Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 21, 2012

Kabus di tengahari....

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.... ewahhhh macam cikgu sekolah pulak dah! eh, kalau kak rose ni jadi cikgu mau habis lah anak murid semua... cikgu ni nak mengeja pun x betul kan.... jd cikgu pada diri sendiri dan anak sudahlah.... hari ni saja kak rose nak sharekan gambar2 yg kak rose capture semasa dalam perjalanan ke Thailand hari tu.... dah lama dah, tp saja nak tepek kat sini buat kenangan.... bukan selalu dapat melalui perjalanan yg berkabus camni kan. pemandangan berkabus ni kak rose capture semasa melalui lebuh raya timur barat Grik.... gelap, berkabus walaupun masa tu dah hampir menjelang tengahari...

masa ni masih terang lagi wpun cuaca agak mendung sket..

kat depan tu dah stat berkabus..... ni baru saja melepasi sempadan Perak Kelantan....

kabus makin tebal..... semua kenderaan mesti memasang lampu malam...

getting worse..... bertambah tebal kabus.....

laluan bertambah gelap.... kenderaan yg datang pun x berapa nak nampak... perjalanan 70 km/hr jer

terpaksa sangat berhati2 semasa melalui kawasan ini..... masa ni dah stat hujan renyai2 pulak

macam malam je... walaupun jam menunjukkan 11.26 pagi.....

dan akhirnya.... setelah melepasi immigration n kastam of both side, voila!..... welcome to Thailand.

2 comments:

Tina Othman said...

wow seronoknya ke thailand, mesti byk memborong kan

kakna said...

kakna pun nak ke kelantan minggu depan.