Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 14, 2012

Chocolate chips cookies

krup krap krup krap!.... sangat crunchy!

semalam memang berhajat nak buat cookies... permintaan anak yg nak makan famous amos cookies tu, tp bila godek2 cari stok chocolate chips semua dah habis, so terpaksalah tangguhkan dulu projek tu. petang tu g bagus cari stok baru.... bila dah sampai situ daripada nak bli chocolate chips je akhirnya berlubang jugak poket... terlalu banyak barang yang sangat menggoda mata....chocolate powder, tepung segala macam, ground hazelnut n almond, segala macam cuppies n mould..... camner nak elak dari teramik semua ni? bayo je la bila dah sampai ke kaunter tu kan....

bila bahan dah ada, mulakan lah projek yg tergendala semalam, dan semalam jugak terpandang resepi chocolate chips cookies ni kat rumah Naz, something new sbb ada campuran tepung kastad dalam adunan tu. mmg rangup sangat kejadian cookies ni. thanks Naz COSK kerana sharekan resepi ni dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya...


Bahan-bahan :
  • 125 gm butter + 100 gm majerin (kak rose guna butter sepenuhnya)
  • 180 gm gula - gula kastor atau gula perang atau kombinasi keduanya
  • 1 biji telur
  • 1 tsp asen vanilla
  • 250 gm tepung gandum*
  • 100 gm tepung kastad*
  • 3/4 tsp soda bikarbonat*
  • 5 gm serbuk koko* (* ayak bersama)
  • 200 gm coklat chips
  • 100 gm badam cincang - boleh je kalau nak guna walnut atau kekacang lain

Cara-cara :
  1. Campurkan coklat chips dan badam cincang ke dalam bahan ayak. Ketepikan.
  2. Pukul butter, majerin dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur serta asen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan 1/2 bahan ayak dan gaul dengan senduk kayu atau spatula. Masukkan pula lebihan bahan ayak tadi dan gaul lagi biar sebati.
  5. Sudukan ke dalam loyang yang dilapik kertas minyak.
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

10 comments:

norlieharumaini said...

sukanya.... kukis ni..

cik cek said...

Kak rose...kita pun dah buat...memang sedapppp...leka makan...bila dah start mengunyah ...susah nak stop oooo...:)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..
Hehehe..berjangkit demam cookies ker ni??
Tq kak sudi cuba resepi tu.. Mmg cookies cam ni selagi tak abis, tak stop mengunyahnya.. Tu yg bahaya tu, selain dari bahaya bila bershopping di kedai alatan kek..hehehe.. Naz pun kalau masuk kedai alatan kek, hishhhh..kena kuatkan iman..hik..hik..Kalau tak rabak poket dan beg duit ku..huhuhuhuuu..

CT Delima said...

As'slaam Kak Rose

wahh ada resipi cookies baru lagi ya, sedap juga ni kalau ada tepung kastard pasti lagi rangruplah kan :)

Chah said...

menci! menci! sana sinus org mengkukis, nk jugak!!!!

"CT CoMeL" said...

sedapnyer......cuti ujung minggu nak try ler...

Kak Sam said...

memang sah deman cookies sedang melanda

faa.rosli said...

berlumbe akak bloger masakan ni buat cookies..hihihi

-tergugat-

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..
Aik??? kat sini pun dah ada balang yg berisi choc chips cookies? Hehehe.. Demam cookies ni.. Best tak kak? Boleh berhenti mengunyah tak kak? Tq ye sbb sudi try resepi tu..

Anonymous said...

По-моему, который бред(((( [url=http://profvesti.ru/o-tekhnologiyakh-stroitelstva/63-monolitnoye-stroitelstvo-tekhnologiya.html]строительный портал тюмень[/url]