Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 23, 2012

Bubur candil

cuaca panas2 ni rasa nak makan bubur or pengat. ingat nak buat pengat keledek + cha cha, tapi bila terpandang bubur candil ni kat rumah Mama-hawa terus je tukar pikiran.... nampak macam mudah jer buatnya kan.... seakan2 bubur biji nangka kot rasanya... cuma bentuk pulut tu yg lainnya. kisah bubur biji nangka yg sedih kat sini... hu hu hu. apa pun puas dapat makan bubur candil buatan sendiri.... siap bertambah2 lagi! dari mana dapat nama bubur candil tu x tahula pulak! terima kasih pada Mama-hawa dan kak rose nak sharekan kat sini resepinya ya..

bahan2nya.

  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan


  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat.Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat

14 comments:

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..
Sedap lak nengok bubur akak ni. Terasa cam nak makan bubur ker pengat ker atau apa2 yg seangkatan dgnnya lah...Nak 2 magkuk kak.. nak yg sejuk ek!

Anna Qawina said...

aslmkm cik puan..hamba datang bawak mangkuk ni, tulunla isi barang 2/3 senduk itu bubur..huhu

Kak Rose said...

Walaikumsalam Naz

ni kak rose antar mangkuk isi ice je bole? sbb bubur dah abes la.

Kak Rose said...

Anna, alamak terlambat sudah! tinggal mangkuk jer ni!

IeRA said...

salam kak...

saya singgah cari BF ni???

Jom singgah teratak saya

Yatie said...

bubur candil kegemaranku..tak kira masa mmng sedap di makan...

HALAMANKU said...

mmmm lamanya tak makan bubur candil ni.. selalu sebut pengat tepung he he he sedapnyer kak rajin akak siap kaler2 best tu..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ros...Selalu kalau ada orang bagi bubur candil ni macam tak terasa pula nak makannya, tapi bila tgk kat sini terus nampak sedap..maybe pasal kuah dia kaler coklat kottt dan ada biji sagu sekali..selalu dapat kaler putih jeeee

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, this is very nice, looks very sedap best!
I have not eaten pengat more than 25 years, ha ha.
I like to eat ada ice inside......
I think 2 bowls would do me fine...ada lagi?
You have a nice weekend, Kak Rose.
Lee.

Kak Rose said...

Iera, tq dropping bye kat sini. nnti kak rose datang ya>

Kak Rose said...

Yatie, sama la macam kak rose... suker!

Kak Rose said...

Erma, pengat tepung ya... apapun lah janji sedapkan!

Kak Rose said...

Sue, boleh la mencuba kalau suka, taruk gula merah sket.

Kak Rose said...

Uncle, kalau dekat kak rose boleh bagi rasa, to break your 25 years of x makan pengat tu. yes, tambah sedap makan sejuk2....2 mangkuk pun x cukup!