Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, September 30, 2013

Masih kat sdmc....

 antibiotik time sambil tengok filem harry potter hingga habis 7 series

Salam hari isnin pada kawan2 semua....harap semuanya sihat2 saja ya. tapi buat kak rose masa ni masih berada kat sdmc....temankan anak yang masih belum boleh discharge...petang katanya.....so tunggu je la. Dah boring sangat ni..empat hari kat hospital, tapi tidaklah kak rose bermalam kat sini, pagi datang n stay sampai malam baru balik.

Masa hari pertama lepas operation tu ada sedikit bleeding, risau hati mama ni Tuhan je yang tahu....cepat2 tekan button panggil nurse n lapkan darah yang drip sampai kedada n perut n put another gause yg tebal untuk absorb darah tu...tp tampalan yang asal x leh nak bukak, sb katanya doc je yg boleh bukaknya....so nampak sangat luka jahitan tu akan soak dengan darah pada gause yang dah basah sampai x leh nak absorb drarah yg keluar tu....cuma nurse tu kata kalau ada bleeding lagi barulah dia akan bagitau doktor n advice me no to risau sangat....kejap lagi ok la tu....tp mmg sangat risau, tp tuan punya badan rilek je....tengok movie harry potter complete set lagi!....

Dan memang syukur sangat2 bila pagi esoknya doc datang n bukak tampalan untuk buat dressing kat jahitan tu, nampak dah kering n in place....x lah macam mamanya bayangkan, yg luka tu akan soak dengan darah tu.  aissahhhh.....risau yang berlebihan pulak! cumanya tangan tu x leh nak gerak banyak.....kanan kena operate, yang kiri pulak ada jarum yang terpasang untuk ubat2...so dua2 x leh nak guna sangat, tu yang mama asik nak kena teman masa kat sepital. harap2 lepas ni x de la lagi kisah nak kena operate cam ni lagi.....mintak dijauhkan ya Allah....

Saturday, September 28, 2013

Uppdate dari sdmc

right infront of ot room, again bermacam questionnaire...pucat dah...

To day is the d day....to go under knife again. sabtu lepas dah buat booking untuk admission for next friday. So semalam terus lah datang serah diri for the operation. This is the 2nd time to go for operation untuk his collar bone fractured tu. Kali ni untuk keluarkan blade yang dah sebati dalam diri sejak 6 bulan lepas tu.....so bermalam lah dia kat sepital.

Pagi2 lagi mama dah ayah dah sampai kat sepital, tengok dia dok berselimut lagi...kena kejut cepat sbb nak kena ready by eight. Ayah pulak datang jenguk sekejap je pas tu berkejar ke putrajaya to attend police punya conference kat sana. Tinggallah mama uruskan semuanya. Jam 9 pagi dah ditolak ke operation theatre kat north wing....kata nurse dalam tu "it's only take about an hour dah siap" jadi kita pun pegang pada kata2 tu.... tp bila dah menjelang satu jam setengah x kuor lagi dari bilik ot tu mama pun naik risau...takut ada problem ke, mana kita tau kan. Bila tanya dengan nurse, dia soh kita tunggu je, kalau ada apa2 hal nnti kita bagi tau....lagi lah risau hati mamanya....

So mamanya yang sangat risau berulang ke north n south building le jawapnya....takut2 gak dia dah dibawak balik ke wad di south tower....bila x dak jalan lagi ke north....dah kira macam exercises la pulak walaupun hati manyak risau. dan bila dah x larat, terus je tunggu kad wad....at last after 3 hours of waiting, busu dah sampai ke wad balik....awake tapi masih drowsy.... barulah senang hati mamanya bila dah tengok dia depan mata. x leh nak makan n minum at least for another 6 hours, tp dah lapo sangat katanya sbb start berpuasa dari jam 10 malam lagi.

Alhamdullilah, dah selamat semuanya, it's time for recovering. muga busu akan cepat sihat semula n boleh aktif semula dalam altiviti lasaknya. Insya Allah.

Friday, September 27, 2013

Alahai En. Posmen....

 wahai encik posmen yang sangat rajin.... broommm brommmm laju jer campak surat kat depan rumah, kalau kita sedar kedatangannya, kira ok la kan... tp kalau tidak, cenggini le jadinya... dah banyak kali jadi camni.....rahmat Tuhan yang turun ditengahari Jumaat telah membasahkan bil indah water ni.. apalah gunaya ada post box kat pagar rumah tu kalau bukan untuk surat2 cam ni kan...

masa keluar angkat kain td mmg x dak lagi surat ni....masa tu baru nak hujan. so bersangka baik je la... agaknya en. posmen  tu nak cepat sbb hari dah nak hujan, campak je la surat tu...basah kalo ada apa kesahkan....nasib baik jer surat tu x dicampaknya dalam hutan atau pun sungai kan....so pesanan untuk en posmen yang rajin tu, buat lah kerja yang diamanahkan dengan sempurna, agar berkat gaji yang diterima nanti kan....

Cucur kurma

 salam hari Jumaat penghulu segala hari buat kawan2 semua. kesian pulak kurma yang terbiar lama bertapa dalam fridge ni, meh kita jadikan kudapan petang2 bersama secawan teh panas...kurma yang ni mmg lembut sangat, jadi bila goreng tetap lembut n sedap. resepi yang kak rose kopi dari sifu masak tersohor Dapur gee-hut. mekasih share resepi ni ya. izinkan kak rose sharekan kat sini lak...kak rose buat banyak biji, so pandai2 la ejas bahan2 tu...


Resepi cucur kurma

10 biji kurma (dibuang biji)
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
Sedikt marjerin
Garam dan minyak masak

Bancuh tepung, garam dan marjerin.  jadikan batter seperti tepung goreng pisang.  biarkan pekat sedikit.  Celupkan kurma dengan batter dan goreng garing.  Angkat dan sedia untuk dihidang.

dah buang biji n ready untuk digoreng.....

Wednesday, September 25, 2013

WW: asik makan jer....

 lunch orang malas masak nasik....

 megi goreng bodo bodo....

keledek goreng cicah sambal kicap = kejawaan terserlah!

Tuesday, September 24, 2013

Roti jala lagi....

 petang semalam merajinkan diri bersauna didapur menjala...nak makan punya pasal sanggup berdiri dan berpoloh2 kat dapur yang sangat panas berbahang tu.... nak pasang kipas kang api lak asik x duk diam bawah kuali, ke nak kena request pasang satu ekon kat dapo supaya tukang masak ni tak la asik kepanasan bersauna bila memasak...melampau la pulak kan... kang x terbayar bill api sapa yang susah pulak...ok la bersauna untuk membakar lemak2 dan pas tu pulun roti jala n kuah durain ni banyak2.... fare n square jadinya dan dapat balik la lemak2 yang dah terbuang tu kan....

 resepi roti jala ni masih guna resepi dari cikmanggis yang banyak kali dah kak rose buat, mekasih ya....dan terima kasih juga pada sifu masak2 yang ajarkan buat roti jala kaler maler ni. anda memang keratif!

Bahan-bahan untuk roti Jala:
2 cawan tepung gandum.
2 cawan air
secubit garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning. (kak rose tambah kaler biru)
Cara-caranya:
Masukkan semuanya kedalam blender dan blend hingga sebati  kemudian tapis dengan penapis agar tiada terdapat ketulan yang akan tersekat pada lubang acuannya nanti. Perapkan selama 1/2 jam.Tuangkan kedalan acuan roti jala dan kirai keatas kuali non stick.Guna api yang perlahan.bila  masak boleh digulung atau lipat mengikut selera masing-masing.
 
Bahan-bahan untuk Kuah Durian:
1 cawan isi durian.
2 cawan air.
1/2 cawan santan pekat.
gula melaka secukup rasa-terpulang pada selera masing-masing. (kak rose guna gula putih je)
1 helai daun pandan.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas  kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Siap untuk dihidangkan.

Monday, September 23, 2013

Nasi lemak sarapan pagi semalam...

 Salam isnin kawan2 semua... harap2 x de lah monday blues dan semua ceria hendaknya bersama minggu yang baru. terima kasih pada kawan2 yang masih sudi singgah di blog kak rose yang macam hidup segan mati x mau ni... entahlah, vitamin m tu banyak sangat...dan bila encik asben tukar os pada pc kak rose ni kepada windows 7, serasa macam haru biru jer.... orang malas nak explore dengan benda yang baru cengginilah jadinya kan... dah biasa guna xp, tp katanya sbb xp ni manyak menda dah x support, jadi kenalah tukar... hishhhhh!!!! so pelan2 belajarlah....


banyak nya rambling, padahal nak citer nasik lemak yang kak rose buat untuk sarapan pagi semalam je sebenarnya... entah terasa sangat nak bekpes dengan nasik lemak, so pepegi dah bersilat kat dapo... semuanya nak kena buat masa tu jugak, sambal tu yang lama nak masaknya dan sambil2 tu goreng jugak kangkong dengan udang kering, buat telo dadar dan udang celup tepong malas2...

breakfast yang dah macam hidangan untuk lunch.... dan sememangnya pun, ni bukan untuk bekpes jer tapi dah jadi brunch....sbb bila dapat nikmati nasik lemak ni pun dah dekat pukul sebelas....so jimatkan. yang sebenarnya malas nak masak lagi la tu....

ni jer lauk untuk nasik lemak tu.... x dak telor mata, ikan bilis, timun n kacang bagai.... kenyang kami anak beranak dan selebihnya, bekalkan untuk busu balik ke melaka..

Sunday, September 22, 2013

Sabtu yg hetic

part of hetic hari sabtu... setelah exactly empat tahun dan dua hari dah selesai bayar rumah yang sekangkang kera ni, baru lah hari ni lawyer office ni nak buat perfection of transfer, kiranya nak tukar pada nama kita lah dari nama developer tu - (ni sbb kami x amik bank loan n bayar ikut progress payment) tu pun nak amik masa yg begitu lama kan....tp ya lah kan rumah pigeon hole, sebidang tanah tp untuk beratus buah rumah...jadi susah le nak uruskan....dan lawyer's fee tu setelah dapat pengecualian duty stem of 1% dari harga rumah...nasib baik jugakkan, kalau tidak lagilah rabak poket yg telah sedia terkoyak ni.....dan katanya paling cepat pun kena tunggu lebih kurang enam bulan baru dapat selesaikan proses ni....

walau pun macam pigeon hole, at least ada jugak tempat nak tumpang berteduh kan, tp buat masa ni kami sewakan rumah ni, dan ada bermacam2 ragam penyewa ni....selama 4 tahun ni dah ada tiga penyewa, dan masing2 ada sengalnya.... yang sekarang ni pulak, kita bagi sewa dia murah2 tp dia sewakan pada orang lain dengan almost double the amount. camner tu?

pagi sebelum tu g ke sini.... buat follow-up busu's collarbone fracture n masa tu jugak doctor kata take out the blade....after 3 months da boleh keluarkan, katanya. dan busu punya ni dah enam bulan after 1st operation tu, so terus lah booking for nak keluarkan blade tu pada sabtu depan...tu yang lama sangat kat sepital tu... dari pagi sampai kul 1 petang baru amik no kat admission pulak....sok sek pok pek isi borang bagai, dekat pukul dua barulah selesai semuanya....so have to go under knife again la. kesian anak mama, hope everything will be fine jer. Insya Allah...
 

dan malamnya pulak, attend dinner tempat keja en asben kat one world hotel, damansara....jem nya nak kesana....hampir sejam baru sampai...nak kemana lah agaknya orang kl ni malam2 minggu ceggini kan.... ke kak rose je yang x tau night life kat kotaraya ni... orang kampung la katakan!

Friday, September 20, 2013

Cucur nasi lemak manis

 salam Jumaat penghulu segala hari dan pagi hari ni nak tepek cucur nasi yang kak rose buat petang semalam. ada baki nasi x baik dibiarkan begitu saja kan, so baik lah buat sesuatu yang boleh disajikan buat keluarga...godek2 resepi daru rumah Yatie, mmg sedap bak kata tuan punya resepi tu.... nak tau camner rasanya kenalah cuba buat sendiri. meh tengok resepinya, mekasih Yatie bagi idea cam ni...kalau dah hantu cekodok, apa pun isinya ttp jadi pebret!

Bahan-Bahan

  • 2 cwn nasi sejuk*
  • 2 cwn air*
  • 1/2 cwn gula*
  • secubit garam *
  • 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je*(*di kisar halus)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend bahan2 bertanda *.sehingga halus.
  2. Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum. Tuankan bahan2 yg dikisar tadi.
  3. Gaul sebati dan biarkan sebentar.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga kekuningan atau sehingga masak.
  5. Angkat dan toskan. Bolehlah di hidangkan.
  6. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Thursday, September 19, 2013

Yearly check-up....

 
  salam dan selamat pagi kawan2 semua.... harap2 semuanya berada dalam keadaan sihat2 saja ya....kak rose ni baru je elok dari runny nose yang teramat sangat... rasa macam nak tercabut hidung dibuatnya. bila dah kena 2 kali cetirizine, ha tau dia nak stop terus... tp mengantuknya ya Rabbi la kan...nak tido pun x leh sbb masa tu la ada orang datang nak cat rumah pulak...terpaksalah tahan je kan..
 
  dan ni dia keputusan ujian darah yang kak rose buat 2 minggu lepas.... dah dekat2 nak senja ni kenalah jaga kesihatan diri sendiri... selain dari briskwalk pagi2 yang dah x buat sejak2 demam n runny nose tu kena jugak check apa2 yang patut...terutama kolesterol tu kan.. tengok kat atas tu, yg ada bintang2 tu le yang x bagusnya. nampak sangat x jaga makan. ya lah baru abes raya dengan segala lemak2 makanan, mana x nya naik LDL kolesterol yang jahat tu, tapi nasib baik yg HDL pun bertambah, jadi boleh balance kan...tu doc kata la.  apa pun sendiri kena ingat la!


dan pagi pagi hari sebelum nak bekpes kena cek bp dulu....

 tiap tiap hari bekpes toast n jam cam ni... susu omega tu pun baru nak stat minum balik selepas tinggalkan masa sibuk berhari raya dengan segala macam juadah... bila dah tengok kadar kolesterol tu, semangat la nak minum balik, tapi yang oats tu entah bila nak mulakan... rasa cam x lalu nak telan lak...nampak gaya kena paksa kalau nak turunkan ldl yang jahat tu!

selamat bersarapan dan jaga kesihatan ya kawan-kawan.... kiranya entry ni untuk galakkan kawan2 semua untuk buat check-up dan monitor kesihatan kita. bak kata orang "prevention is better than cure" kan....

Wednesday, September 18, 2013

Kuih lapis cokelat

 salam hari rabu buat semua.... buat kuih lapis emergency ni untuk jamuan kawan yang mengadakan kenduri doa selamat untuk sianak teruna yang akan melanjutkan pelajaran ke UK. kak rose namakan kuih lapis emergency sbb mmg suntuk masa nak buatnya... pagi semalam juga kak rose memenuhi jemputan bacaan Yasinan untuk jiran setaman yang akan berangkat ke tanah suci, semuga jiran2 kak rose ni akan selamat pergi dan kembali dan mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segalanya....

 dan bila dah jumpa ramai2, pasti ada makan2 dan juga pot pet tambahan, tentu lah lambat jugak nak balik. dah menjelang tengahari baru balik, jam tu la kelam kabut nak siapkan kuih emergency ni...  masa ni terpk nak buat yg mudah2 jer.... terus kuorkan kelapa yang keras kejung dalam freezer, microwavekan dan perah dengan air panas, and terus buat the rest...

 dah siap kukus, sejukkan kejap terus masuk dalam freezer, nak bagi cepat sejuk supaya mudah nak potong... nasib baik x terus beku jadi ais kan.... dan inilah kuih lapis cokelat emergency kak rose untuk kenduri dirumah ita...resepinya dari special moments....

1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 sudu teh garam
pewarna kuning dan Coklat Emulco (kak rose tambah 1 tsp nescafe)

Cara:
sapu loyang dgn sedikit minyak masak dan panaskan dlm kukusan.
campurkan semua bhn dan tapis,
selepas itu bahagikan kepada 2 untuk warna kuning dan coklat.
Kukus setiap lapisan selama 8 minit. (buat 6 lapis)

Sunday, September 15, 2013

Talam abuk-abuk

 salam ahri minggu dan selamat hari Malaysia buat semua.... kuih abuk2 versi malas ni kak rose buat dua hari lepas tp nak jugak tepek kat sini...malas bena nak amik daun pisang yang kat depan rumah tu tp nak makan kuih abuk abuk ni, so penyelesaian yang paling mudah, tanya je cik google.... ha jumpa pun, mmg keratif la sifu2 masak kat alam maya ni...kira nothing is impossible la kan....mek kita cuba buat pulak...mmg pebret sangat dengan kuih2 yang berasaskan sagu ni....  loyang terbesar, jadi nipis je kejadian talam sagu ni...apa pun habis licin kami makan 3 beranak... resepi dari Teratai Desa@Myresipi . mekasih ya.

Bahan-bahan ( 1 loyang bulat )

  • 1 paket sagu biji( biasa rm1.50)
  • 1/2 biji kelapa parut (yg putih je)
  • 2 sudu gula pasir + 2 sudu gula merah
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Basuh Sagu biji & toskan
  2. Campurkan sagu biji tadi, kelapa parut dan garam
  3. Masukkan 1/2 campuran tadi kat loyang
  4. Taburkan gula pasir +merah hingga rata
  5. Masukkan 1/2 lagi campuran dan ratakan.
  6. Kukus 1/2 jam. Dan boleh dimakan. Senangkan.
  7. Kalau nak cepat, panaskan kukusan semasa nak mula buat kuih ni. So siap adun, kukusan pun dah panas. Saya masak lepas makan tgahari. Petang dah ada kuih tuk dimakan. Selamat mencuba.

Friday, September 13, 2013

Laksam.... lamanya x makan ni!

 akhirnya.... dapat jugak membuat laksam yang lama sangat diidam2kan ni...balik raya kerumah mil baru ni pun x dapat makan, so mmg kira sangat termengidam nak makan laksam ni lah! dulu2 mmg x pandang pun dengan menda ni tp bila pindah ke langkawi dan berjiran dengan mek kelante, dia pulak rajin buat dan bagi kami merasa terus lah jatuh chenta dengan laksam ni.... dan bila dapat resepi, boleh buat sendiri lagilah nak makan saja.... cuma x rajin nak membuatnya. tapi semalam kak rose merajinkan diri sbb nak sangat makan, kenalah buat sendiri kan....

 masih guna resepi dari Yani@Myr, memang menjadi dan elok je kejadian laksam ni. kak rose kongsikan kat sini lagi resepinya ya. mekasih banyak2 ya Yani.

Bahan-bahan

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau 
 bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
 
 puas dapat mengulang-ulang makan....mengalahkan orang mengidam pulak!

Cara-cara
  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Wednesday, September 11, 2013

Kuih bakar keledek kale pepel

 keledek kale pepel yag jauh datangnya.... kiriman dari MIL yang nun jauh diseberang masa balik raya ari tu, mekasih mek.  bila dah simpan dalam fridge mmg terus lupa dengan kewujudan keledek ni...ialah lepas balik raya terus pulak balik ke johor semula, pas tu jaga mak yang tak sihat dan bila balik semula ke shah alam terus lupa...bila semalam berkemas2 terjumpa la keledek ni, nasib baik jer belum bercambah tumbuh dalam fridge tu, bolah la kak rose transferkan menjadi kuih bakar ni...


resepi asal guna kentang, tapi kak rose dah derhakakan dengan guna keledek pepel ni, maaf ya tuan punya resepi, kak rose tukar main ingredient kuih bakar ni... tp tetap sedap taw!

KUIH BAKAR KENTANG
Source: Kak Jun, Copy: Kak Asma
sumber : Izah & K.Nor

Bahan-bahan 2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek (kak rose gantikan dengan 1 caw. keledek lecek)
1 biji telur
2/3 cawan gula (kak rose guna 1/2 caw je)
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau (no additional color- warna asli keledek pepel)
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair(ni akak tambah)

 baru keluarkan dari acuan.....

Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam keledek tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min (guna acuan ni kak rose bakar selama -+40 minits)

WW: berbaloi tak?

one hour brisk walk + heavy bekpes = back to square one!

Tuesday, September 10, 2013

Ayam bakar halia

 salam dan selamat petang.... ni la akibat kalau dah malas sangat nak mengupdate rumah ni. ayam yang nak ditepek kat sini pun dah lama tinggal gambar jer.... masak minggu lepas, masa anak masih kat rumah cuti semester ari tu, dia yang request nak makan roasted ayam ni...mama pun buatlah mana yang mudah2 jer bersama dengan pelakun tambahan yang semuanya home made. rajin la konon nya. kak rose kongsikan kat sini resepi ayam panggan ni ni ya, mekasih pada Ummi yang share resepi ni.. banyak kali dah buat resepi mudah ni....makan dengan home made potato wedges resepi kat sini dan coleslaw bersama fresh salad, cicah dengan cili sos dan back pepper sauce dari lebihan lemak ayam....semua ubat untuk gumuks kan....

Bahan Utama:-

  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose 3 keping whole leg jer)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - kak rose terus jer bakar dalam oben
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

Sunday, September 8, 2013

Kuih bakar

 salam dan selamat berhujung minggu buat semua... terima kasih pada yag masih sudi menjenguk rumah maya kak rose dah lama terbiar ni. memang dan berabuk bersawang dah rumah ni.... x tau la, masa nak mengupdate tu macam dah kelaut dalam dah...tapi sayang jugak kalau terbiar cam tu jer kan... masak2 pun cam malas je nak amik gambar, apa lagi nak buat entry kat sini....muga pas ni vitamin r tu akan datang balik lah!

kuih bakar ni buat petang semalam, konon nak bawak g rumah kawan yang buat open house, tapi rupa kejadiannya sangatlah hazab, dengan hangit yang bertompok2 terus lah jadi menu minum petang kak rose n jiran sambil gebang2 petang....

resepi kuih bakar ni kak rose amik kat sini, mekasih ya.... dan mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya...

bahan-bahannya: 
 260gm tpg gandum, 
240gm gula, 
300ml santan, 
500ml air, 
3 biji telur, 
1 sudu paste pandan, 
1 sudu teh esen vanila, 
2 sudu besar minyak sapi, 
1 sudu teh garam dan bijan untuk hiasan

Cara-caranya: 
 Satukan tepung, gula, air. Kacau rata. Kemudian masukkan santan, paste pandan, telur, minyak sapi, esen vanila dan garam.
Kacau lagi~
p/s: sementara tu, lenserkan loyang dengan minyak sapi dan panaskan loyang di dalam oven lebih kurang 5 minit. Biarkan minyak sapi tadi mencair.

Keluarkan loyang dari oven dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang panas tadi. Bakar hingga masak dengan suhu 180C-200C. Lebih kurang 1 jam~
p/s: bila kuih separuh masak, tuangkan bijan ke atasnya dan sambung bakar lagi.
 
 


Wednesday, September 4, 2013

WW: jaga hak kita

comelkan?...ada sapa sanggup buat cam ni?

Tuesday, September 3, 2013

Rewiring... alahai rumahku

 masaalah rumah lama ni mmg x abes2.... bila ada kilat dan petir gedebommm, maka ruamh ni pun black-out.... selalu jer trip bekalan eletrik dan banyak jugak peralatan letrik dah jadi mangsa...jadi sangat takut nak tinggal rumah lama2... pernah bila kami g jenjalan ke penang selama 5 hari, bila balik mmg rumah dah power trip, cepat2 g tengok fridge... mmg masakla, nasib baik je tak berbau busuk lagi...habis rosak segala ikan dalam tu. kalau lambat lagi nak balik mmg naya la kan!

 so jalan penyelesaian, buat rewiring the whole house, tukar mcb lama yang selalu trip tu..

 semacam kapal karam....dia orang buat drilling kat dinding n siling, habuk tok sah nak citer la...berkampung la kak rose kat luar sehari suntuk tu...

 serabutnya tengok begitu banyak wire.... nasib baik boleh siap dalam masa sehari jer

sebeban wire masuk dalam lubang kat bumbung.  drilling kat bumbung tu yang buat habuk debu banyak sangat...vacuum n mop berkali2 pun x abes lagi...adoyaiiiii la.

dan at last, siap jugak, main circuit breaker yang baru dah siap pasang....sekarang tunggu nak mengecat pulak, kasi cantik balik dinding yang bercapuk2 tu.  kalau dulu semua wire x nampak, tp kini ada batang paip berselirat atas bumbung. harap2 x la asik nak trip lagi kan. kami mintak additional 4 numbers of plug point, charging at rm70/point...tp at least ada banyak soket kalau kita nak guna...