Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 26, 2013

Potato wedges

buat potato wedges ni nak makan dengan ayam bakar semalam... tu dia, panas2 baru angkat dari koli terus berposing dengan bakul penapis... dah lewat, so x de la nak berposing lawa2 bagai kan... sedap, crispy diluar n lembut didalamnya.... sambung meratah lepas balik dari solat tarawih, konyang den! resepi sempoi dari Myr oleh tulip77. mekasih ya.

Bahan-bahan ( 2 biji )

  • 2 biji kentang - saiz besar (kak rose guna russet potato)
  • 5 sb tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit gula (x letak)
  • sedikit serbuk kunyit (kak rose gantikan dengan serbuk kari)

Cara-cara

  1. Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak. Dah siap toskan.
  2. Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.(kak rose x campur air)
  3. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili.

6 comments:

intandayani said...

sedapnye potato wedges tu..tq kak kongsi resepi

Bicara Kak Noor said...

makan panas2 pasti terangkat sangat2 ni sabar saja lah dulu pasti nak buat jugak nanti..

fazianbatrisyia said...

sedapnya ayam bakar ngan wedges ni

Delima Zamrud said...

Ermm sesekali layan menu camnie best kan akak :)..

azieazah said...

Paberet anak-anak saya nih!

MamaDaniel said...

sedapnya kak.. nak cuba nanti.. :)