Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 15, 2013

Sambal ikan bilis +kacang

 salam dan selamat pagi kawan2 semua.... ni projek hari sabtu dan ahad semalam... x pernah buat sambal ikan bilis begini banyak.... adoyaiiii lenguh tangan2 menggoreng ikan bilis n kacang jugak masa masak sambal tu.... baca bakyak review untuk buat sambal ni, maklumlah sllu tu buat seciput jer, kali ni anak mintak soh buatkan untuk kawan2 kat rumah sewanya... sambal tu kena masak lama supaya nnti ikan bilis dan kacang x lemau bila dah digaul dengan sambal tu... mula masak pada petang dan sambung semula lepas balik dari solat tarawih... lama gila kan dan Alhamdullilah menjadi dengan jayanya...cumanya ikan bilis tu agak masin. dan resepi yang jadi rujukkan kak rose dari Chef Hanieliza dan blog Mimie cinta itu indah, mekasih pada mereka dan harap2 kawan busu akan suka dengan sambal ni ya.

kak rose guna 1 1/2 kg ikan bilis n 1 1/2 kg kacang, jadi pandai2 la nak ejas bahan2 supaya menepati citarasa. tq Mimie, siap ada note n petua camner nak bagi ikan bilis ttp crispy gitu.

bahan-bahannya :

- cili kering
- ikan bilis (goreng n ketepikan)
- kacang tanah (goreng n ketepikan biar betul2 sejuk)
- sedikit garam
- sedikit gula
- minyak masak
- sedikit bawang merah
- sedikit bawang putih

- (kak rose tambah udang kering n kiub ikan bilis megi, asam jawa jugak) 

cara membuatnya :


- panaskan minyak & masukkan bawang  merah  & bawang putih yang telah ditumbuk tadi. goreng sehingga ia nampak garing.

-masukkan cili kering tadi yang telah ditumbuk lumat. masak sehingga ianya garing & pecah minyak. (nak masak cili ambik masa yang lama, rasanya dalam 2 jam ke 2 jam lebih saya buat sebab nak biarkan ia betul-betul kering & pecah minyak) *kena banyak bersabar & bertahan ye kat dapur* hehehe

- setelah ianya hampir masak, jangan lupa masukkan sedikit garam dan sedikit gula.

-setelah ianya betul-betul masak (tempoh 2jam or 2 jam lebih saya buat) tutup api dan biarkan ianya sejuk.

- pabila bahan yang telah ditumis tadi sejuk, baru gaulkan ikan bilis, kacang tadi sehingga rata.


nota masakan :

- masak sambal kering ni seeloknya tidak menggunakan air langsung. sebab air boleh menyebabkan ikan bilis tu tak tahan lama. lebihkan minyak dalam masakan tersebut.

- ikan bilis yang nak di gaulkan tu juga kena betul-betul sejuk. sama juga dengan kacang tadi. semua bahan digaulkan bersama apabila ternyata telah sejuk untuk mengelakkan ianya cepat liat.

- cili kering itu seeloknya ditumbuk. bukan di blender untuk membuatkan ia bertahan lama. saya sediakan cili tu sehari awal sebab nak tumbuk cili tu ambik masa yang lama. kalau kita blender, cili tersebut telah bercampur dengan air. (kak rose blend je tp mmg lama gila masaknya!)

- ikan bilis tu juga saya sediakan sehari awal. sebab nak ianya betul-betul kering sebelum di goreng.

- gula dicampurkan sedikit untuk mengekalkan kerangupan sambal tersebut.

- cili tu memang kena masak lama tau..xleh masak kejap je.. 

13 comments:

Anonymous said...

salam, kak saya minta copy resepi ye..

Asyifa Mustaffa said...

gitu ye buatnya ye kak..ptutla ikan bilis sy cepat lemaunya....

Kak Rose said...

Anon, amiklah... kak rose panjang2kan resepi dari kawan2 maya

Kak Rose said...

Asyifa, sebelum buat tu banyak baca review... baru lah dapat resepi yg dikehendaki... mmg thumb up dengan resepi ni.ikan bilis ttp rangup krup krap gitu!

Gee® said...

Best ni Kak Rose...resipi sepanjang zaman, kan...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Slam kak Rose..apa kabar?MMg poberet anak2 atie gak ni...sedap sgt!

BUNDA a.k.a KN said...

buat untuk makan sahur sedap ni,,baru berselera..

Toko Herbal said...

terima kasih sdh berbagi informasi, salam sehat selalu

Sya Mimie said...

waaa..akk cuba resepi dari sy ye? mcm mna? bertahan lama x?

Anonymous said...

TQ kak rose,boleh sy cuba.hrp2menjadi..

Mohd Aries Aries said...

kak rose saya ambil resepi sambal ikan bilis dan kacang sahaje yang lain xde

mohammad firdaus said...

Heheh, member bawak balik asrama, sedap punye pasal, terus google...trimas bnyak2 kak rose

Rahayu Abdullah said...

Bukan ke ni resepi hanyadihatiku.blogspot ? Copypaste ea.. heheheh