Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 23, 2013

Udang goreng telur masin

 salam Ramadhan ke 14.... cepatnya masa berlalu, dah hampir separuh perjalanan puasa kita dibulan mulia ini dan semuga segala ibadah kita dapat diterima olehnya, Insyaallah. terima kasih juga buat kawan2 yang bertandang ke blog kak rose yang tenggelam timbul ni...entah lah, bz ke malas ke atau mmg x de mood nak mengupdate rumah maya ni. bulan puasa ni masak yang biasa2 jer, nak tepek kat sini pun asik menda yang sama... ya lah, tukang masak ni pun bukan pandai sangat, jadi masak pun apa yang kita tau nak buat la kan... yang penting dapat berbuka dengan selamatnya. tp semalam ada sket rajin nak masak, masa browsing tu ternampaklah resepi dari secubit garam ni...teruslah nak mencuba. mekasih Nor dan Zila4ever yang sharekan resepi ni ya. kak rose mintak izin nak cnp ya.


UDANG GORENG TELUR MASIN
resipi asal  : Zila4ever (Ketam Goreng Telur Masin)
diubahsuai : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
350 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
~~~~~
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar

Cara:
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.
Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

6 comments:

Liza said...

salam kak rose, nmpak gayanya Liza kena masuk list jugak lauk ni...hihihi

NenetPenne (NP) said...

haiihhh terliur nih..

Gee® said...

Aduh mak aii..!!! kuatkn iman ku Ya Allah.... heeeee... terlior!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Menarik resepi ni kak rose... boleh cuba .. simple jer :D

JaSSNaNi said...

pernah buat yg sotong goreng telo masin je kak.. nanti leh cuba udang pulak.. sedap nampak.. :) lemak2 masin tu kan..

fazianbatrisyia said...

menggoda tul tuk buka puasa ni...