Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 31, 2013

Gulai pisang muda berempah

 gulai pisang muda dari pokok yang kak rose tanam sendiri didepan rumah yang sekangkang kera .... ni kali kedua lah kiranya pokok pisang ni berbuah dan dapat merasa hasilnya. x pernah terpikir nak buat gulai pisang ni, tp jiran sebelah rumah mention nak mintak pisang ni nak buat gulai katanya.... so kak rose pun soh la en asben tebang, dan pagi semalam terus lah kak rose mengoperasi buat gulai ni... orang lain yang nak buat gulai kak rose pun nak jugak! sebelum tu mmg merata cari resepi ni, dan dari dapur CMG jugak yang kak rose berkenan...so inilah gulainya, berbuka dengan meratah gulai pisang berempah ni sampai en asben tegur macam kemaruk sangat katanya!.

 mekasih ya Mat sharekan resepi ni, mintak izin nak kongsikan kat sini lak ek.... kak rose buat 6 biji jer, tp punyalah banyak jadinya, so dapatlah jiran kak rose merasa gulai pisang ni.... dan kak rose gantikan ikan masin tu dengan ayam. kira menderhaka sketlah dengan resepi CMG ni. tak pe kan mat?

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang sayur muda
6 - 7 kepingan tulang ikan kurau, rendam (kak rose gantikan dengan 2 keping whole leg ayam)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
1 liter santan cair
2 keping asam gelugor
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
1 camca besar penuh kerisik

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
Secubit belacan (kak rose x bubuh)
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

hasil dari tanam sendiri.... molat2 & montoks2 dan dah selamat bagikan kat jiran2....

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Dalam periuk, masukkan tulang ikan kurau, bahan kisar halus, serai titik dan baki asam gelugor. Toskan pisang dan masukkan ke dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair, kacau perlahan dan masak hingga pisang lembut. Tambah kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan kerisik dan daun kunyoit kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh mati kan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....Kalau makan keesokkan hari lagi sedapppp!!..

5 comments:

fazianbatrisyia said...

tak penah lagi makan lauk cam ni...mesti sedap makan ngan nasi panas, pastu ada sambal belacan skit + ikan masin skit..agaknya lah kann...

JaSSNaNi said...

untung ada tanah besar sekangkang kera pun.. nani tak kangkang kera pun takde tanah kak.. umah burung merpati.. ada tanah dalam pasu kecik2 tu je.. hahahahahahaha..
>> kalau simpan masak sedap tak pisang ni kak? macam sedap je..

GREENJADE said...

waaahh sedap ni..saya asal pisang muda aje mmg feveret..

selalu buat kari aje..or masak lomak cili api...nk try resepi sis pulak lepas ni..tq tq..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Elok cantik Pisang tu kak rose.. ada lagi le.. hulur lah semangkuk ehe :D

azieazah said...

Ohh gulai ikan masin pun Kak Rose boh kerisik ya? Saya ingat ayam daging jer boh kerisik.

Saya nak try la, sebab saya minat gak pisang muda buat gulai camnih!