Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, July 13, 2013

Kuih cara manis

 salam dan selamat pagi ramadhan yang ke empat.... cepat saja masa berlalu kan. x sedar dah hari keempat kita berpuasa, Insya Allah. dan yang pasti para ibu mmg sibuk memikirkan apa juadah berbuka puasa yang nak disediakan untuk keluarga. yang x sempat memasak tu pasti lah kuih tunjuk2 di param untuk hidangan berbuka... tp sllunya la kuih2 yang dijual mmg x menepati citarasa, lainla kalau kita buat sendiri kan....tp apakan daya...so pilihan ditangan kita sendiri. buat kak rose yg x keja ni mmg lah banyak masa nak siapkan menu berbuka, tp vitamin m pun banyak jugak...so buat yg mudah2 jer n sedap ditekak keluarga. kuih kegemaran anak yg baru balik dari melaka....resepi dari rumah CMG lagi... mmg blog rujukan dibulan puasa ni!. mekasih ya Mat.


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

2 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak rose..

kuih cara ni memang sedap..ngam jadi menu kuih untuk berbuka puasa.

Cida de' Nuanza said...

suker sgt...ada dlm list gak..tp x tau nk buat yg mana dulu..hihi