Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 12, 2013

Kerabu mangga muda ala Thai

 salam dan selamat petang.... dah sedia nak masak apa untuk juadah berbuka hari ni? meh kak rose kongsikan resepi kerabu mangga yang kak rose cnp dari rumah CMG ni..... puasa ni mata jadi jahat sangat kan, nampak apa saja menu kat rumah orang mula lah nak merasanya, gitu juga dengan kerabu ni, nasib baik jer mendapat sambutan, siap boleh meratah lagi. mekasih ya mat kongsikan resepi ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh sebiji jer + cili merah)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.

2 comments:

fazianbatrisyia said...

sedapnya ...sy suka ni...

inahar ali said...

salam ramadhan wat kak rose sekeluarga ye! kerabu mangga yg mengancamm jiwaa..aduhh!