Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, July 21, 2013

Kawan2 pernah dapat ni?


salam ramadhan ke 12 dan salam hari minggu juga buat kawan2 semua... huh!!! dah bersawang berhabuk dah rumah maya kak rose ni, tapi nasib baik kan sbb sambal ikan bilis kacang tu x cepat rosak, jadi masih boleh juga buat hidangan buat kawan2 yang bertandang kesini...maaf banyak2 sbb tuan rumah balik kampung ke kelantan untuk ziarah MIL yang kurang sihat..  x de paln nak balik pun masa bulan posa ni, kira mengejut je nak balik ni. tengahari tu en asben called boleh cuti n balik kg. so kak rose pun cepat2 siapkan kain baju and masak untuk bawak bekal bukak posa nnti. en asben balik keja petang tu terus gerak dan kami bermalam di Gerik. bukak posa diperjalanan sebelum sampai di pekan Gerik dan bila dah rushing tu mmg ade je yang x kenanya...dan inilah yang kami dapat.... terlupa pulak nak on kan aes detector tu dan bila dah kena capture baru lah teringat nak on kan... nasik dah jadi buburkan, sediakan je lah duit raya 300 tu untuk bayar! kena capture ni 124km/hr, tepi2 jalan tu ada tengah buat construction n banyak cone disepanjang jalan dan kamera aes jugak...

peringatan buat kawan2 yang nak ke utara, camera ni terletak di km 375.9. dalam perjalanan balik semalam, saja tengok baik tempat kena capture tu, mmg banyak sangat kenderaan yang kena flash...mmg off guard la kalau x on kan aes detector tu. dan dalam print out list yang kak rose dok bawa di km ni x de pun tercatit adenya kamera ni, tp yang paling hampir ialah di km 373.2 dan 367.9 tp x nampak pun..... apakan nnti akan dipasang jugak di sini, kiranya kalau siap nnti akan ada 9 lagi kamera aes ni disepanjang lebuhraya di Perak antara Kuala Kangsar ke Slim River?

meh kita tengok video ni....when punishment become a business! perlahan2 memandu.... not more than 120km/hr ya!
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=M1bL0fd0ekU
 baca yang ni jugak ya...
http://aesdetector.blogspot.com/2013/07/673339-saman-aes-telah-dikeluarkan.html

3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Rose...surat cinta dr JPJ yer :)

tenku butang said...

Follower ke : 1369
Hai.. Salam Kenal..
done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

azieazah said...

Alahaiii... tak pasal-pasal kena kuar duit raya.

Semoga MIL Kak Rose, segera sembuh dan sejahtera. Aaminnnn