Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, July 14, 2013

Iftar Ramadhan ke 4

 salam hari minggu buat semua...cepatnya masa berlalu dan hari ni hari kelima kita menjalani ibadat puasa. untuk ibu2 pastinya juadah berbuka lah yang selalu saja pening nak menyediakannya... apa lagi masa ni lah anak2 pasti nak kan sesuatu yang istimewa dan sebagai ibu tentunya seboleh mungkin nak memenuhi permintaan mereka. begitu juga kak rose ni, bila anak balik macam2 dihendaknya... dan satunya ialah bubur pulut hitam ni...gigih g cari dan tengahari baru dapat merendam pulut ni, nasib baik jer turn out lembut n nice bubur pulut hitam emergency ni... bermangkuk dia makan dan maknya pun sambung makan lagi selepas balik dari tarawih..

 tauhu sumbat dengan sos istimewa ni permintaan bapaknya pulak... kena la jugak turutkan. cuma bli tauhu jer sbb bahan yang lain mmg dah ada dan sediakan sos guna resepi ni... tp mmg amik masa jugak nak memasak sosnya ni... so kira sepetang jugak duk kat dapo. tp puas ati bila tengok anak n bapak selera je makan..

 lauk pulak goreng ikan siakap, tp lupa lak nak amik gambo... kira seekor besar tu anak sorang je yang makan.... sambung sampai kesahur, sbb anak sorang jer yang sahur dengan nasi.... kami ttp jugak dengan toast n nescafe jer n lot of plain water.... udang goreng ni jugak anak punya pebret, makan sampai x hengat allergicnya!

buat jugak sup ayam sempoi dan en. somi lah tukang masaknya... nasib baik ada penolong didapur, cepat jugaklah siap semuanya.... walaupun sedikit penat nak sediakan semuanya tp bila tengok derang berselera makan, mamanya pun happy jer.

6 comments:

eray said...

tengok bubur hitam, terus teringat buka pose kat rumah ibu
sedapnya...

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/07/esp-shaklee-1-keburukan-yang-mudarat.html

K.Nor said...

salam k.rose.. sedap2nyer menu k.rose..

slmt berpuasa kak :)

Cida de' Nuanza said...

bila ada yg mkn, mmg hilang semua kepenatan di dapur kan...

Toko Herbal said...

Hmmm, Makananan yang mengundang selera. Salam Ziarah dari indonesia

azieazah said...

Di bulan posa ni, para mak lah yang banyak berkorban masa dan tenaga nak memenuhi selera anak-anak yang berpuasa. Bulan istimewa. Takpa, insyaAllah ada pahala menanti orang yang menyediakan juadah berbuka, kan?

Apapun, saya suka Bubur Pulut Hitam dan Tahu Sumbat. Suka sangat!

Anonymous said...

Assalam ros..amboii sedap2 menu.. :) zila66