Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 27, 2013

Sos istimewa tauhu sumbat Liza

 salam dan selamat petang semua.... ari ni kak rose mencuba nak wat sos tahu sumbat yang istimewa ni. ada macam2 resepi nak sediakan sos tauhu sumbat ni kan... dan kali ni kak rose cuba resepi dari Lizacomel yg kak rose cnp dari Myresipi. mekasih ya sharekan resepi kuah sos ni..

  • bahan kuah istimewa*
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 - 5 sudu makan cili giling
  • 4 senduk gula pasir
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  1. untuk kuah istimewa: mula-mula,kisarkan bawang merah dan bawang putih...
  2. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi...masukkan cili giling dan gula pasir...kemudian masukkan air asam jawa...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat
jom mencicah... tauhu sumbat dengan sos istimewa.

3 comments:

Sally said...

Harus saya buat kak..fvrt ni..biasa sy makan yg sosnya pakai kacang tanah..pun sodap..

Chah said...

owh..siap tumis bagai ye kak...hummm...ok ok...noted

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap jer tengok kepekatan sos tu kak rose... nak cuba jugak ni :D