Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)
- 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
- 250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
- 250 gm tepungberas (cap Gajah)
- 50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
- 1/2 st. esen vanila
- 1 sk. garam
- (kak rose buat separuh dari adunan ni)
Cara-Cara:-
- Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
- Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
- Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
- Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
- Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.
2 comments:
Assalamualaikum kak Rose sdp tu bingka putih mcm ni..nak pulak garing2...pekena teh o panas mmg syok layan
salam k.rose…..saya baru makan ptg semalam (bkn buat tapi jiran bagi)…….sedap juga & terfikir2 apa bhn2 digunakan. sekali krose dah share resepi. saya simpan ye kot2 terajin nak bt.tq
Post a Comment