Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 9, 2013

Kuih bakar jagung

 kuih bakar jagung yang sedap untuk minum petang semalam.... sejak baik dari demam ni asik nak makan jer....semua teringun nak makan dan kaki pun asik nak melangkah kedapur je. bila dah kat dapur tu ada saja la nak digodeknya kan... apa yang ada dalam stok, itu le yang jadi sudahnya. jagung manis ni pun dah lama bli n tersimpan dalam peti, elok la buat sesuatu kan... santan fresh x de boleh je guna yang serbuk...pandaila nak mereka reka dengan bahan apa yang ade! dan inilah dia, kuih bakar jagung yang umphhhhh!!! resepi dari Myr oleh zana. mekasih share ya.

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan (kak rose guna sepeket santan serbuk + secawan air)
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit bijan jika suka 
  •  

Cara-cara

  1. "Blender" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
  2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.(kak rose guna muffin pan)
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam

10 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak ..
sedap plak.. resepi nampak mudah.. boleh try.. mohon copy resepi ye..

Kak Rose said...

waalaikumsalam Nani. silakan.... mudah n sedap lak tu!

Bbwana adienia said...

salam kak rose..

wah, nampak senang ja buat kuih bakar jagung ni kan..saiz pun comel ja, ngam2 untuk sekali ngap..hihi..

ummisara said...

kak rose,

kalau dikurangkan gula, boleh tak? manalah tahu kalau kurang gula, x jadik pulak.

fazianbatrisyia said...

Sedapnya...bila nak rajin buat kuih ni...

HALAMANKU said...

Salam rindu kak Rose.. lama tak jengah dapo akak neh.. sedapnyer.. comel2 lak tu.. pernah wat sebelum neh tapi taram jek dalam loyang.. nampak akak buh dlm acuan kemas n mudah dimakan.. nak join gak 3-4 ketui he he he

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya kak rose... boleh cuba ni ;-)

azieazah said...

Orang kalu dah ada seni dan expert masak, campak apa pun stok yg ada, tetap jadi menu sedap!

Alahaiii.. nak jadi jiran Kak Rose la camnih!

dZana said...

aslmkum kak.. tq coz sudi cuba rspi ni.. saya pun dah lama tak buat.. teringin pulak dah ni..

Anonymous said...

wah,,cantik kuihnye,,rase misty sdp ni,,,tergugat nengok