Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 8, 2013

Cendawan kukur masak lomak ciliapi

 salam semua..... lama dah kak rose x masak gulai lomak cili api. antara masakan pebret, tp x leh nak makan selalu2 la sbb lemak tu. bila teringin sangat kena buat jugak kan. cendawan kukur ni jauh datangnya menyeberang sungai golok tau! masa ronda2 kat pasar narathiwat tu ternampak lah orang jual cendawan kukur yg fresh ni, dan kak rose bli 3 pot... satu pot dia jual 20bhat, kira macam 2 hengget la kat sini. pas tu kak rose keringkan dan bawak balik sini, hari ni baru dapat masaknya...

 
 pasar petang di narathiwat.... macam kat kb, most of the penjual adalah wanita

resepi gulai ni kak rose amik dari Ros jintanmanis, gulai lomak tipikal nogori semilan punyo! sodah eh! tp kak rose dah derhaka sket sbb tambah jantung pisang dalam tu.

Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Padi
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
Satu Piring Cendawan Kukur yang telah dibuang kulit bawahnya dan dibersihkan
sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar (kak rose guna udang kering)
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor ( tak nak letak pun takpe)
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
jantung pisang yg dah dicelur - yg ni kak rose tambah.

simpan dalam keta sepanjang percutian.... sampai kering keras kejung, rendam dulu bila nak guna

caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air serta ikan bilis, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan cendawan kukur dan jantung pisang yg telah dicelur tadi, biarkan seketika, akhir sekali baru masukkan  asam keping, sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau selalu.
3. Biarkan kuah mereneh seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, selamat mencuba.

makan dengan nasi panas2 mmg ngam punya, lagi2 kalau ada ikan masin kan.... tp kak rose x de, cuma gandingkan dengan daging masak kari, rasa x ngam la pulak, so kak rose makan dengan ikan bilis goreng lak.. bertambah2 makan nasi lunch tadi.


9 comments:

Gee® said...

Gulp..! terlior...

JaSSNaNi said...

haaaahhh.. punya lama tak penah nampak cendawan ni.. dulu dok tepeng penah nampak and beli kat pasar pagi or pasar malam... now days dah lama tak jumpa.. ohhhhh betapa rindunya rasa cendawan ni sedap.. nani suka tumis pecah telo je..

Aziela said...

Aduhai...sedapnyaaaa. Cendawan kukur nie unik. Bila dikunyah, terasa macam kunyah daging. Tak sama macam cendawan tiram. And yes, saya sebagai anak jati N9 iktirafkan bahawa resipi yang Kak Ros guna memang original N9 mari...

P/S : Makan dengan telur masin pon sodapp.

suka suka said...

sodap nih... dah lama tk makan..

Sweet red cherry said...

salam kak rose..

baru namoak cendawan tu..tapi nampak sedap la..

Mat Gebu said...

Kak rose...entri akak yg ni betul2 buat kecur air liur jee...kat Johor ni punya lah payah nak dpt cendawan nih...zaman pokok getah dah habis, tu pasal susah nak dpt...huhu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Aduh meleleh air liur saya kak rose dah lama tak mkn cendawan kukur ni... ada lagi tak, nak dtg rumah ni :D

fazianbatrisyia said...

sedapnya....dulu masa kecik2 pernah jugak merasa...skrg ni susah jumpa..sib baik tak mengidam...tumpang tengok lauk org jadi le..

Kak Rose said...

Gee, sesekali dapat cendawan ni mmg gluppppp!!!!

Nani, mmg susah nak jumpa sekarang ni... pasar pun x dak jual

Azela, dulu duk ngan kak angkat N9, tu yg tau masak lomak cili api style ni..no bawang2 segala kan...
Ado tolo masin, lupo lak nak makan ngan nyer!

faziyan, tengok pun ok gak la kan...

suka suka, sesekali dapat ngalahkan macam ngidam ko!

Bbwana, sedap tp nak menyiangnya mmg jenuh!

Mat, ko kena cari kat pokok kelapa sawit lak pulak...

Yati, ado lai... meh nak ngulang2 makan!