Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 16, 2013

Kuih kaswi

 kuih tradisional yang simple n sedap sangat...tp gula melaka yg kak rose guna ni x nampak gelap....jadila kuih kaswi yg pucat je sudahnya! apa pun, mmg sedap dan boleh makan berulang2...kuih kaswi untuk minum petang semalam.... resepi dari Yatiememories, mekasih ya. nak tengok kejadian yg sangat cantik leh g kat link yg kak rose dah bagi tu ya..

Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam

Cara-cara :
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama

8 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak rose..
nani pernah wat kuih kaswi.. mmg sedap.. mudah lak tu.. :) kan.. kelapa yang masin2 tu yg sedap lawan dengan kuihnya yg manis2 tu.. kan..

Yatie said...

wow menariknya kuih akak, cantik una acuan mcm ni...

HALAMANKU said...

Salam Kak Rose.. rajinnyer kukus mengukus neh.. sejak lepas bersalin dah pandai n suker mkn kuih2 kukus.. sedap.. teringat masa pantang mkn kuih kaswi.. he he he ader lagi bolh join..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...saya sukee sangat kuih ni..buat individual macam ni ok gakkk..senang nak hidang cuma klu guna loyang kecil macam saya ni kena 2 kali kukuslah..itu pun klu buat portion yang sedikit... ^----^

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Rose
Sedapnya kuih kaswi.. Suka kaswi yg lembut tapi bukan lembik dan goyang2 skit bila dipegang.. sedap dan nikmat masa menggigitnya..

fazianbatrisyia said...

sy suka kuih kaswi...sedap...cantik mould ye...

kasihredha said...

Salam kak
Sedap ni kak..fav Saya

Uncle Lee said...

Hi Kak Rose, first time I see this cake name....looks a bit macham tu Nyonya kuehs. But da lupa apa nama.
Love the colour and tu coconut atas kuih looks like volcano asap. Ha ha.
Agak2 dua will be fine with me. Ada iced coffee? Ha ha ha.

I think your kitchen bila masuk wangi selalu with your always boleh lupa nama mak cake making.
Kak Rose, not sure you heard or da makan before...
But here a Nyonya recipe for you.
If you make, send me telegram, ha ha.

Rose, Rose, I Love You Pudding
Type of Dish Dessert.

Cooking Method Boil .
Ingredients:
50g agar-agar strips
3 screwpine leaves (pandan leaves)
1,000ml water
1 cup plain milk
75g sago, soaked and drained
1 egg white, beaten till stiff
Red and green colouring, for roses and leaves

Method:
Cut up the agar-agar strips, wash, then soak in water for about 10 minutes. Bring water to the boil with the screwpine leaves.

Add the agar-agar and cook till dissolved.
Put in sugar and bring to the boil. Remove half cup of agar-agar solution.
Add colouring and pour into rose-and-leaves portion of the mould.

Add sago to the rest of the agar-agar and cook till transparent. Remove from heat, add in milk and stir in the beaten egg white.
Use a whisk to beat well. Pour over set roses and leaves.
Leave aside then chill well in the fridge.
Then send telegram to Toronto, Canada.

Have a nice weekend, Kak Rose, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
ps, senang datang. No need bring kuih. Just wear sarong kebaya da boleh. Ha ha.