Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 31, 2013

Menu jawa lagi....

 betul ker ni menu jawa.... tp yang masak ni dah semestinya orang jawa yang suka makan ubi. teringat masa kecik2 kat kampung dulu, nak makan ubi cuma cabut jer kat kebun belakang rumah.... sekarang ni kalau jadi toke ubi dah boleh kaya raya taw.... maklumlah ubi pun dah mahal ya amat harganya.... ari tu kak rose bli ubi ni rega rm4/kg.... sebiji dah sekilo lebih, tp dapat ciput jer sbb ada batang keras kat hujungnya tu yg buat bertambah berat.... sabo je la, sbb nak buat ubi ungkep ni la...nasib baik ubinya sangat halus n lembut jer, terubat sket la hati.... lagi suka dapat makan kan.... biar berangin satu badan pun x per... sedap!

resepi ubi ungkep ni asal dari nduk hana, kak rose cilok kat sini ya...mekasih hana, nak jugak tepek kat sini ubi ungkep yg tinggal gambar jer ni....

RESEPI UBI UNGKEP @ REBUS BEREMPAH

Bahan-bahan
  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*Link
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best..
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Betul tu kak rose dulu cabut kat blkg umah nak mkn ubi ni.... skrg kena cabut duit dlm dompet pulak :D
Sedapnya ubi ungkep tu... nak cubalah ;)

hana said...

ngencesss lhoooo.... ngolek ubi ora roh roh nang pasar! delek ngendi mboh! eneng pokok e nang buri kuwi .. tp isi ne mboh eneng opo orah... kepingin thoo kak! njaluk sitik!

Princess Diaries said...

sedappnya kak rose..saya suka makananan yang berasaskan ubi nih..