Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 24, 2013

Nanotron....terbeli jugak!

 salam hujung minggu semua.... dah banyak kali jugak kak rose g ke pusat terapi nanotron ni, x nampak lah sangat perubahannya tp mmg badan rasa selesa dan yang penting mmg berat jugak sudah berkurang about 2 kg... bila rasa ada perubahan cenggini barulah kak rose terpikir nak bli sbb malas nak g ke pusat tu hari2 kan... akhirnya buat keputusan bli je la, boleh lah duduk berterapi kat rumah je sambil melayan tenet dan berblog dan berfb (dan main game jugak...yg ni mmg x leh nak tinggal la kan!) x yah nak jalan keluar rumah dimusim panas2 cenggini kan....

 kawan pun ramai yang dah bli, tp idok ler kak rose terpengaruh dengan kawan2 tu, mmg nak guna untuk diri sendiri... nnti bulan posa boleh duduk bersauna memalam2 kan....harap x la jadi macam treadmill yang x terusik tu, nanti sia2 jer bayar 6.1k for this set.

 encik faizal, staff dari pusat nanotron sedang pasang peralatan nanotron equipment.... harap dapat memberi kelegaan yang optima bila guna peralatan terapi ni... ke x yah nak kena g brisk walk lagi pagi2 hari?

 dah siap pasang dan bagi penerangan camner nak guna, apa lagi masa tuk minum2 la kan.... kak rose cuma dapat sediakan apam gula hangus dan nescafe panas untuk derang ni... puan ema n jiha jugak datang sama

the set of nanotron equipment dengan micro computer adjustment apparatus n nanotron acupuncture pen dah ready untuk guna. mmg berpeluh2 sakan kalau duduk atas kosi ni. banyak sangat lemak kot?  mudah alih n boleh jugak dilipat untuk jimat ruang... sapa2 nak membuang lemak2 yang berlebihan kat badan boleh la try terapi ni, tp kena ingat ni bukan alat untuk nak kurus sebaliknya adalah untuk penjagaan kesihatan... prevention is better than cure kan.

5 comments:

Anonymous said...

berapa ni?

Prof Dr Mohd Rashid said...

Assalamualaikum wbt,,,
Teruskan penggunaan Nanotron dirumah atau setiap cawangan secara percuma.Fahami Nanotron ada kaedah Terapi Haba(Bertungku),Germanium,FIR
Negatif Ion,Negatif Elektron,Accupunture,,kelebihan2 kaedah ini dapat membantu kita yang makan & minum setiap tanpa di sedari purata 80%Asiditi & 20% Akali.

Prof Dr Mohd Rashid said...

www.germanjptech.com
www.ss100biz.com
atau email rashcare@gmail.com sebarang kemushkilan atau keraguan.

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Dr. mmg guna selalu... tp ade kalanya malas jugak nak duduk atas kerusi tu...

Anonymous said...

Salam Kak Rose. sy nak bertanya mengenai Nanotron Terapi ni. Ibu saudara saya ada promote dekat kami anak beranak. Jadi, sy nk tahu sepanjang Kak Rose guna, macam mana review nya ya? Ok ke tak.. berbaloi ke tak utk beli buat nenek kami yang sedang strok.