wahai lempeng yg sedap, kenapa kau pekak?
Asalamualaikum dan selamat pagi semua....memulakan pagi hari dengan sarapan jawa yang enak....pada tekak jawa kak rose ni la. ni pun sbb dah kehabisan roti dan x ingat nak bli lak...sudahnya pagi2 hari balik dari brisk walk terus wat lempeng pekak ni. kenapa nama dia lempeng pekak tidak lah ku tahu melainkan kena tanya dengan tuan punya resepi asal iaitu CMG yg pemes tuh. resepinya..... tp kak rose dah tambah dengan sebiji telor, masih kah nama dia lempeng pekak? entah ler!!!! jom sarapan dengan lempeng pekak+susu omega+nescafe o x dak gula. Bismilahirohmannirohim....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder (optional)
1 1/4 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sebiji telor - yg ni kak rose tambah
Sambal tumis sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan semua bahan diatas kecuali sambal tumis, kacau rata dengan whisk, atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Biar 10 minit.
- Panaskan non-stick pan, lenser sedikit minyak masak, mat cuma sapu permukaan pan tu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak. Bila panas, tuang 1 senduk bancuhan lempeng, ratakan.
- Bila bahagian tepi nya kelihatan mengecut dan renggang dari pan, berhati2 terbalikan dan masak hingga perang keemasan, pada kedua2 bahagian. Alih dalam pinggan dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis....
5 comments:
Assalamualaikum....
Pekabo kak rose...lama nya tak bw...harap kak rose sihat...
Lempeng ...bestnya...cecah ngan sambal tumis....:)
licinnya lempeng tuuuuu...
salam kak rose..
lempeng pekak yang sedap..sya suka makan dengan susu..hihi
Lempeng pekak? Org Johor ni mcm2 gelarannya kan..walaupun kakpb ni org Johor, tak sedar pula ada lempeng nama tu.
Kakpb suka sgt kaswi, tak pandai sgt buat. Keras la, lembik la...
lempeng akak mengancam
Post a Comment