Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 26, 2013

Kuih ketayap

 kuih ketayap yang sedap ni buat petang semalam... bila dok rumah ni asik lapo memanjang, so asik nak kedapo jer.... dan pas tu mike apa yang nak dibuat n dingap.... yang penting bahan2 mesti ada barulah boleh mulakan projek kan... kelapa parut putih mmg kak rose sllu bli untuk stok. bli sekilo n then pack kecik2, bila nak guna stok dah ade kan... so jadilah inti untuk kuih ketayap ni... resepi kulit dari rumah hana dan intinya dari izah, mekasih ya..

Bahan-bahan untuk kulit:
sumber: Hana

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar


Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.

 
Bahan untuk inti
sumber:izahdaut

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.

5 comments:

Torviewtoronto said...

my favourite deliciously done

Sheila Shafeareen said...

salam kak...kuih fv juga ni...lama x mkn..rajin akk menebar ketayap tu...cantik hijaunye

Anonymous said...

Salam kenal kak rose

Sy ni silent reader blog kak rose. baru nk bertegur sapa. nak Tanya kelapa parut beku tu bila nk guna just biarkn dia thaw dlm fridge atau kt luar. ada beza byk tk dr segi rasa dgn yg fresh? blh ikut petua kak rose ni, tq.

kc

Bbwana adienia said...

salam kak rose..

kuih ketayap ni salah satu kuih tradisi yang saya suka makan..penah juga buat tapi kurang cantik..kena blajar lagi..hehe

Kak Rose said...

Torontoview, my favourite too.

Shiela, jom la menebar ketayap... kak rose suka yg kurang kaler... takut allergic to food coloring lg.

Anon, salam kenal jugak n tq jd silent reader blog merapu kak rose ni...
kelapa tu kak rose thaw kat luar or masuk maicrowave jap, n guna la cam biasa...but make sure masa nak simpan tu x terkena bahan lain n guna plastic yg baru. x mo recycle nyer plastic ya. no different on rasa n kaler jugak!

Bbwana, guna non stick pan n sapu minyak di pan dengan kitchen towel..bila x de bekas minyak nnti dia akan jadi licin jer...cuba ya.