Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 3, 2013

lagi lagi cucur kembung!!!!


 x jemu2 makan cekodok kembung! buat lagi dan lagi dan lagi lah jadinya! mekasih pada
Sajian Dapur  Bonda yang share resepi asal ni.

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (kak rose guna tpg gandum + 2tsp baking powder)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara menyediakannya: 
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.

8 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak rose..

tayang cucur kembung ya..haa, ni nak mintak buat secawan milo panas nih..heheh..

faa.rosli said...

sedapnya nak try laa..

Amie said...

Ohooo.. memang betul2 bolat! Cantik kejadiannya...teruja pulak nak cuba buat!

Lesung Batu said...

salam kak rose..jelesnya tgk cekodok kembung bulat2 tu..klu sy buat tak penah nyer nak jadi bulat2..heee

Cida de' Nuanza said...

sedapnya...suka gak mkn cucur ni, tp lom penah wat sendiri lg...
tgk mcm senang je...

Gee® said...

Nakkkkk...!!!

Kengkawan said...

tiap kali tgk masakan kak rose, kita msti berazam nak try... tp pas tu idak jugek...
tp yg ini rs misti nk terai ni... nmpk simple

Kengkawan said...

tiap kali tgk masakan kak rose, kita msti berazam nak try... tp pas tu idak jugek...
tp yg ini rs misti nk terai ni... nmpk simple