Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 30, 2013

Mixed fruits cookies

 my 2nd cookies yang buat semalam... mixed fruits cookies yang sangat crunchy dari resepi citarasawan lagi...tp rupa mmg x de lah macam yang kak wan tu buat... keras tangan kak rose ni x dapat nak membentuk secantik itu. x kisah la kan asalkan sedap. nak sedapkan hati sendiri... apa ada pada rupa kan? hu hu hu. kak rose kongsikan kat sini resepi dari kak wan ni ya. mekasih kak wan.

Bahan A

180gm butter
20gm shortening
80gm gula kacter
1/2 sudu teh esen vanilla
250gm tepung rose/gandum (kak rose guna tepung gandum jer)
50gm tepung kastad
30gm susu tepung
1/8 sudu teh baking powder

Bahan B
20gm apricot kering
20gm blackcurrent
10gm kismis kering
atau pilihan buah2an kering (kak rose guna mixed fruits yg dlm kotak tu)

Cara:
Pukul butter, shortening, gula dan esen vanilla hingga berkrim.
Satukan semua tepung dan baking powder, ayak. masukkan bahan B dan gaul bersama adunan butter hingga menjadi doh lembut
Bahagikan doh kepada 3  bahagian, bentukkan setiap doh menjadi kiub 4 segi yang panjang spt bar dan bungkus dengan kertas minyak dengan kemas dan padat. simpan dalam fridge selama 30 minit.
Keluarkan dari fridge dan potong dengan pisau yang tajam setebal 1cm.
Bakar dalam oven, suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga kekuningan.
(kak rose guna acuan terap je.... tp jadi x cantik la sbb x nampak potongan buah tu)

mixed fruits cookies yang sememeh tp sangat sedap n crunchy....

6 comments:

JaSSNaNi said...

nampak sedap yang ni.. kelainan dalam biskut tu kan.. tq kak rose.. :)

gocke said...

salam kak...nak tnya,kalo ganti dgn mix fruit dlm kotak tuh..sukatan dia 50g jugak ke mcm mana..

Kak Rose said...

Nani, sedap n crispy n masam manis dek mixed fruits tu.

Kak Rose said...

gocke, kak rose letak 100gm, sbb bila sukat 50gm tu cam sket sangat lak...mungkin sbb mixed fruits tu lmbab n berat

fazianbatrisyia said...

kekadang cookies yg xde rupa tu lagi sedap drp yg berhias cantik, rasa lom tau...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap tengok biskut tu kak rose... raya nanti boleh yatie dtg rumah ehe :D