Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 24, 2013

Telor masak kicap

bulan puasa ni macam2 nak makan kan.... nampak telor masak kicap pun teringin sangat. ni gara2 tayangan amal oleh CMG dengan telor masak kicapnya, berhari2 pulak kak rose nak makan, dan semalam baru dapat buat... mmg sungguh terliur nampak telor goreng berposing dengan soon yg berkilat berkicap tu...x dak leek pun nak buat jugak, dan kak rose buat dengan dua buji telo jer, so pandai2 la nak ejas rasanya kan... kak rose cnp kan resepi dari CMG ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur atau secukupnya
1/2 cekak soo hoon
1 batang leek
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 cawan air
4 camca besar kicap lemak manis Jalen
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata kerbau, toskan. Soo hoon dikerat pendek dan rendam hingga lembut. Leek dikerat pendek dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek (toskan), masak hingga harum, tambah hirisan cili merah dan hijau. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
  3. Masukkan kicap, kacau dan tambah telur mata kerbau, kacau perlahan. Masukkan soo hoon (toskan) dan masak dengan api kecil hingga soo hoon lembut, kalau anda suka lebih kuah, tambah sedikit lagi air. Masak sekejap, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat atau bubur..

4 comments:

JaSSNaNi said...

assalam kak rose..
ni kalau telo gaya masak gini.. jumpa lak ngan nasi panas2.. mmg terangkat betul.. goreng lak ikan masin garing.. perghhhhhhhhhhhhhh!!!!

HALAMANKU said...

Salam akak.. pestime tgk telo kicap + sohoon nampak sedap.. sedap wat lauk bersahur mkn ngan nasi panas2 selera ni kak he he he

Ummiarissa Mahdi said...

tambah soo hoon tu nampak sedap...okay cantik dah resepi ni..

azieazah said...

Saya pun suka telor masak kicap. Boh bawang besar banyak-banyak. Jika dgn ikan, saya suka boh lada hitam!