Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, July 13, 2013

Gulai lomak cili api udang + kacang buncis

 gulai lomak pebret sepanjang masa... x kisahla kolesterol, ke lemak2 ke asalkan sodap ditokak bulan2 posa ni....lama sungguh x masak gulai sebenarnya tp bila posa ni kenalah merajinkan diri memasak sbb sendiri nak makan kan. kalau x buat sapa nak sediakan pulak? masak mana2 yang mudah disediakan dan menepati citarasa en somi dan  anak...dan maknya jugak! tp x leh makan banyak2 nnti lomah jer masa tarawih... sllu jamah sikit sebelum g dan balik nnti sambung lagi. camner la x gumuks kan.... ni kalau digandingkan dengan ikan masin goreng lagila terangkat...tp x dak ikan masin cuma ayam goreng jer. ok gak .

resepi dari sini. mekasih ya dan kak rose nak kongsikan kat sini pulak...suka gulai cam ni, x de bawang bagai segala macam gulai orang nisemilan. sedap!

Bahan:
Udang secukupnya (bersih dan tos)
100g kacang buncis (bersih dan potong ikut citarasa masing-masing)
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
santan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa)
1-2 keping asam keping (2 tsp air limau nipis)
garam

 (kak rose buh sebatang serai - ketuk)

Cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
3. Masukkan udang, asam keping dan garam secukupnya.
4. Kacau sesekali sehingga mendidih.
5. Masukkan kacang buncis dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
6. Hidangkan.

4 comments:

suri solehah said...

Sedapnya tgk udang besar2 gitu k.rose..ahli rumah suri pun cukup suka msk lemak gitu,,agaknya warisi darah n9 ayah,,hehe..mlm ni suri tak pg terawih..si kecil tidur awl..tu yg bertandang umah org time terawikh ni

Cida de' Nuanza said...

best2...pedas2 menyentappp..
kaler pun berseri2 je..gabungan kuning n hijau..

azieazah said...

Ni paberet saya dan juga Toklaki. Kadang-kadang saya masak udang ni dengan nenas. Ahhh nikmat...!

Datin Seri Nia Shamsudin said...

memang tak payah bubuh bawang ke ?