Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 25, 2013

Ayam masak paprik

 salam Ramadhan ke 16 dan selamat pagi buat semua. pagi kak rose nak tepek lauk dinner petang semalam buat mengisi dapur maya yang tenggelam timbul ni...semalam g jumpa doktor buat follow-up pasal kak rose nyer frozen shoulder tu, the first question yg doc tu tanya ialah "dah kurangkan guna komputer x? masih main game lagi x?". masa ni dia belum pun nampak kak rose sbb dia masih dibiliknya dan kak rose berada dibilik rawatan bersebelahan yang bertutup dengan langsir.... adoyai la Dato Dr. Anuar Onah ni, macam lawak la pulak. ade ke dia tanya cam tu kan.... so kak rose jawap la "dah very much less tapi x leh nak tinggal terus la" bila dia datang jumpa kak rose sambil senyum dia geleng kepala "tu pasal la susah nak baik" n soh sambung physio tu.... nntilah lepas raya jumpa dia balik n talk about sambung physio tu sbb nak raya dulu la kan. dia kata "boleh dengan syarat kena buat exercises yg diajarkan oleh therapist tu kat rumah, kalau tidak nnti back to square one, sakit macam memula tu!" so mmg kena kurangkan sangat mengadap menda ni dan x dapat berbw n jawap komen dari kawan2 semua... terima kasih banyak2 pada yg masih sudi datang kat sini n tinggalkan komen. really appreciated n thank you sooooo much.

so mask pun yg simple2 jer.... ni kira lauk suma dalam satu... ayam n sayur suma taruk kasi dalam. senang keja kan dan buat jugak sotong goreng celup tepung.  resepinya dari mutiarazura dari Myr. mekasih ya dan kak rose kongsikan kat sini lak..


Bahan-bahan
  • 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
  • Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan (x letak sbb I dont like the smell!)
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)
 

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
  7. NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!

6 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak rose..
ni kalau masak menu ni satu je pun dah cukup kan.. complete dengan sayor mayor skali.. cantek sangat kaler dia ni kak..

Gee® said...

Alahai siannya...kena dgr nasihat Doktor yer Kak Rose...hehehe moga Kak Rose cepat sembuh kan...

Delima Zamrud said...

Semoga cepat sembuh ek Kak Rose...

faa.rosli said...

sedap sedap sedap

faa.rosli said...

sedap sedap sedap

Norzuryati Mohamad Basir said...

sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
nk kene try ni..

jemput ke blog saye..

http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

Moga bermanfaat :)