Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 1, 2013

Red pearl cookies

 Salam 23 Ramadhan dan salam bulan August jugak.. tinggal brapa hari lagi nak raya dah, camner persiapan  hari raya kawan2 semua.... kak rose buat sokit2 cookies ni sbb nak bagikan kerumah emak jugak MIL, so kena siap awal2. buat pun yang mudah2 jer dan pernah buat dulu.. resepi red pearl cookie ni dari Noorma, mekasih ya kak rose kongsikan kat sini sekali lagi... kak rose doublekan adunan ni, cukuplah untuk 3 buah rumah...

Resepi Biskut Red Pearl
Sumber: Cendanakasih

Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip (kak rose guna chocolate rice)
20gm ceri kering (merah,hijau)
25g badam/gajus/hazelnut (bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex (kak rose x letak... tp ttp rangup)

Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur


Cara:
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. CK jemput dan buatkan spt bebola.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
4.Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
5.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 30 minit.

sebelum kebakaran.... ready nak masuk oben

5 comments:

fazianbatrisyia said...

tu la...buat biskut yg senang2 jek...memandangkan masa terhad & anak kecik yg lasak...

JaSSNaNi said...

terima kasih kak rose sebab bagi resepi ni.. nani memang cari sangat resepi biskut yang tak pakai acuan.. :) entah mana acuan tahun lepas.. ingat2 lupa letak mana.. agak2 dlm bakul mainan haikal apa.. hahaha

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Boleh cuba ni kak rose :)

Cendana Kasih said...

waaa...ada balance lagi tak? nk sebalang?? hehehe.... selamat hari raya kak Rose. Maaf zahir batin

Delima Zamrud said...

Ermmm comey jer kuih raye Kak Rose musti meriah raya nie kan..