Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 29, 2013

Laksa penang





 sangatlah laksa penangnya.....1st time buat ni.  actually nak sangat buat laksa ni walaupun x cukup bahan ulam2 tu, tapi nasib baik je untuk kuah semua bahan cukup, jadi le laksa penang yang simple2 untuk memenuhi keinginan yang nak makan sangat tu....sendiri buat, sendiri makan dan kenalah kata sedap jugak kan... cili potong pun x dak, nasib baik kuah tu dah sedikit pedas...puas ati dapat makan....hilang kempunan rasanya!

resepi kak rose amik dari Myr oleh leenz85, kak rose kopikan kat sini untuk rujukkan nanti2 kalau datang kerajinan nak buat lagi...mekasih ya leenz85

Bahan-bahan

  • sebungkus laksa direbus dan toskan
  • 1kg ikan kembung/ selayang (kak rose guna ikan selayang)
  • 2 liter air
  • 3 biji bawang merah
  • belacan sebesar ibu jari (kak rose x letak)
  • 6 sudu besar cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
  • 4 keping asam keping
  • 1 bunga kantan dibelah dua
  • seikat daun kesum
  • secubit garam
  • sedikit minyak untuk tumis
  • ulam: timun, bawang besar, cili merah, telur dsb

Cara-cara

  1. rebuskan ikan dengan 2liter air.
  2. asingkan isi ikan dan kisarkan bersama sedikit air rebusan yg ditapis, belacan dan bawang..
  3. panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili boh..kemudian masukkan bahan kisaran tadi..
  4. sementara itu, kisarkan sisa tulang bersama baki air rebusan ikan, tapis dan tuangkan tapisan air rebusan ikan dalam periuk..
  5. masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping dan masak sehingga pekat..perasakan dengan garam..kecilkan api dan biarkan masak hingga kuah pekat..
  6. setelah masak, hidangkan bersama laksa yg telah direbus dan ulam..

8 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak rose..


wah, laksa penang ni memang favourite saya..paling suka yang mama buat..em, memang sedap..

Bbwana adienia said...

salam kak rose..


wah, laksa penang ni memang favourite saya..paling suka yang mama buat..em, memang sedap..

cik ayu said...

sedapnyAAAaa :3

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang peberet saya juga ni kak rose, nasib baik dah makan minggu lepas open house kakak :D

Cream Anisa said...

Salam Ziarah Kak Rose

Mama D' Creative Cakes said...

Kalau guna ikan Kayu+Ikan sardin lagi best...sayuran tu plak kena la ada bawang, timun, salad, daun pudina, cabai merah / cabai melaka, nenas, dan bunga kantan yg di hiris sanggat halus...baru la terangkat...dan tak lupa jugak mesti ada benda ni kalau tak ada tak jadi la laksa penang...OTAK UDANG

Leen her said...

kak..tq ye sbb link kn resepi laksa tu kat blog akk.. :-)

Leen her said...

kak..tq ye sbb link kn resepi laksa tu kat blog akk.. :-)