Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 2, 2013

Chocolate chips famous amos cookies

 Salam 24th Ramadhan.... kejap jer dah nak sampai ke penghujung Ramadhan dan yang pastinya nak raya la kan... dan ni cookies yang terakhir kak rose dapat buat masa ni... buat pun mostly untuk emak n mil, yg kat umah ni ade lah simpan sket2 jer...takut nnti x termakan pulak, x nak membazir la kan. cookies ni dah banyak kali buat sbb tau kesedapannya dan terima kasih pada semua yang kongsikan resepi ni...mrnamie.com, Naz COSK dan Tun Telani. sekali lagi kak rose tepek kat sini untuk sapa2 yang nak cuba buat nnti.

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
  • (kak rose  gajus )

 

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

1 comment:

icE said...

macam resipi yg selalu saya buat..makan takleh berhenti ni!!

Hi nice blog!!..

jemputlah ke blog saya!!
Mak in Progress