Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 5, 2013

Cucur udang versi malas

 cucur udang versi malas buat untuk berbuka petang semalam.... sedap sampai menjilat jari anak bujang mama, makan sampai habis dan ari ni nak menda yang sama jugak. sibapak nak kan yang manis pulak... bulan puasa ni kenalah melayan permintaan ahli jeamaah dalam rumah ni...so kena buat jugaklah, nasib baik semua bahan pun ade lagi, x lah susah nak g cari lagi kan. resepi dari kak hanilieza tp sosnya kak rose guna resepi yang ni...

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
udang kertas secukupnya (kak rose guna udang biasa je)

Bahan Mesin
1 s/b udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan.
4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak. (versi malas kak rose: goreng je macam cekodok tu... sorry ya kak liza)
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Menggoda jugak cucur kak rose ni... patutlah sibujang hingga menjilat jari ;)