Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 27, 2013

Kerana teringin.....

salam dan selamat petang... kerana teringin nak makan kuih lapis cenggini maka kena buat lah kan. sebenarnya kak rose teringin nak makan kuih lapis macam yang dihidangkan oleh pihak hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang semasa mak was admitted kat situ minggu lepas. kuih lapis nan seketul ni lah yang menjadi idaman kak rose.... rasa nak mintak dengan encik yang tukang hantar dulang tea time tu, ishhhh malu la kan... masa ni mak dah ada selera  selepas beberapa hari x lalu nak makan.... semua hidangan yang disediakan cuma dicuit sket2 jer.... seminggu admitted mak hilang almost 14kg! , so bila mak dah ada selera x kan nak mintak pulak kan kuih yang seciput ni.....

 ni lah kuihnya yang sangat kak rose nak makan tu... salah satu hidangan minum petang mak di sepital...

 
so bila balik rumah kak rose cuba lah buat kuih lapis ni.... gigih cari acuan yang sama cam hidangan kat sepital tu....resepi biasa yang kak rose guna bila buat kuih lapis cam ni... untuk acuan ni kak rose dapat exactly 10 biji comel2 ni...

Bahan-bahan: (loyang bulat 7 inci)
  • 2 cawan santan pekat - hana lebihkan 1/4cwn
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad - hana buh tpg jagung (kak rose pun)
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna merah
 

Cara Menyediakan
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian.
  2. Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
  3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
  5. Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
  6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  7. Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali Ummi biarkan kukus selama 15 minit)
(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wah saya tengok pun teringin kak rose... rajinnya kak rose melapis ye...

Semoga mak kak rose cepat sembuh ye :)

Unknown said...

Ermm D5 suker kuih lapis tp xpenah buat nampak sedap kuih nie :)