Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 31, 2021

Jom sarapan

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 64 tahun, dan semuga negara tercinta bebas dari pandemic covid 19 yang hebat melanda... tiada apa yang lebih mengembirakan bila kita semua akan merdeka dari penularan wabak ini dan kita semua akan merdeka seperti waktu sebelum ini. rindu sangat waktu2 bebas seperti dulu kan... dan bersarapan dikedai adalah perkara yang sangta no no buat waktu sekarang walaupun telah dibenarkan untuk dine in... tapi kita semua pasti masih ragu2, apa lagi dengan keadaan penularan kes baru yang masih tinggi.
so kita tapau roti boom dan makan kat rumah jer la... since en asben beli banyak roti boom ni, kita frozenkan untuk dinikmati pada hari2 mendatang... memula makan dengan kuah dal yang dibekalkan semasa membali tu, pas tu kita buatlah sendiri kauh kari ayam untuk digandingkan dengan roti boom ni. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan dimusim pandemic ni, walaupun cuma roti boom frozen, tapi tetap syukur Alhamdulillah..
 

Monday, August 30, 2021

Peria goreng udang


  1. Bahan Utama:-
    1 biji peria kambas
    1 mangkuk kecil udang
    1 ketul kiub ikan bilis
    1/2 cawan air

    Bahan Tumbuk Lumat:-
    1 biji bawang besar
    1 biji lada merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 camca teh garam kasar

    Cara membuatnya:-
  2. Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  3. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan kiub ikan bilis dan udang, kacau dan tuang air.
  4. Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi

gandingkan dengan daging masak lemak ciliapi yang tak pedas ni..memang ngam lah buat kami.
 

Saturday, August 28, 2021

Daging bakar thai sedap dan mudah

 Ha... tu dia nama nya, memang mudah jer nak buatnya dan bahan pun tak banyak...

ni sebenarnya dah tinggal sejarah... buat dah lama dah tapi nak jugak tepek kat sini... mulanya nak buat macam harimau menagis tu, tapi tengok sana sini resepi jadi lah cenggini daging bakar kak rose ni... jadi lah ala ala harimau menangis cumanya kak rose tak buat pencicah nya tu... kak rose copy resepi dari fb... daging bakar thai sedap dan mudah namanya...tak de pencicah pun dah sedap yak amat. meratah pun sedap gak.  jom tengok resepinya.
Bahan:
- 1/2 kg daging hiris nipis2
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang Serai
- Kicap
- Sos tiram
- Garam
- Gula

Cara penyediaan (daging):
1. Tumbuk bawang putih & serai sehingga lumat.
2. Gaulkan daging bersama kicap, sos tiram, garam & gula. Perap daging.
3. Bakar daging.
4. Siap!
 

Monday, August 23, 2021

Sentiasa jadi kesukaan.

 macam macam buah, semuanya memang jadi kesukaan lah...











 


musim kan sekarang buah2 tempata ni, rambutan dan pulasan... dan datang bersama gandingan batuknya!

Friday, August 20, 2021

Nasi dagang warong ambo..

 Pasca covid, bila selera makan dah kembali... teringin nak makan nasi dagang pulak..





Alhamdulillah... bersera kami berdua menikmati nasi dagang ni... walaupun tak sesedap macam yang MIL buat tu... tapi cukup untuk hilangkan kerinduan sebab dah hampir dua tahun tak boleh balik ziarah mereka. nasib baik boleh vc selalu, dan semuga mek terus sihat dan kita semua dapat berjumap semula..
 

 

Thursday, August 19, 2021

Bila disahkan positive covid

 Allahuakbar... Allah Maha besar yang menghendaki segala sesuatu... walaupun dah sangat berjaga2 tapi tetap nak kena jugak jangkitan pandemic ini.. selama 24 hari langsung tak keluar rumah, tapi ini lah sudahnya... terima kasih Allah atas ujian ini..

alat self monitoring yang mesti kena ada bila kena home surveillance order... ni lah sebabnya dapo maya kak rose ni terbiar lama... dah sihat betul2 ni lah baru ada kekuatan untuk nak tepek kat sini buat kenangan zaman pendemic yang sangat mencabar mental dan fizikal ini. dan bila dah +ve, rasa memang down sangat... memang amik masa untuk pulih semula... kini Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan kawan2 semua kami berjaya lalui saat yang mencabar ini...
29/7 tengahari tu rasa demam dan bila check suhu tu dia... dan malam tu jugak pergi jumpa doktor di seksyen 18, bila dia check suhu 37.3, so tak de demam lah... no batuk, no selesma pun. so dia cuma bagi ubat demam dan antibiotik, incase, katanya... so lepas tu memang tak de rasa demam or what so ever lah..ubat pun tak makan lah.
tapi bila tengahari 30/7 tu dah rasa hilang deria bau pulak dah... masa ni sangat berdebar dan rasa nak deny that dah ada jangkitan. takutnya Ya Allah. dan en asben beli test kit yang kita buat sendiri kat rumah ni... dan resultnya... memang positive untuk kami berdua. petang tu jugak pergi ke klinik dan buat PCR test untuk kepastian... dan result akan dapat dalam masa tiga hari... tapi masa ni dah pasti lah ada jangkitan tu sbb deria bau pun dah tak de kan, cuma nak kepastian tu yang buat PCR untuk kami bertiga, sebab masa ni cucu duduk dengan kak rose.  untuk cucu buat kedua2 test htk rm 79/- dan pcr rm241/- untuk kami berdua cuma buat pcr jer sbb dah buat htk kat rumah kan..
since kami buat test tu petang jumaat, result cuma dapat pada hari isnin... lamanya menunggu.. result en asben cuma dapat pada hari selasa setelah puas menalipun dan bertanyakan. dan sejak dari hari pertama disahkan positif tu ramailah kawan yang tolong suggestkan what to do, what to amik dan sebagainya... petang hari tested positif tu Datin Dilla hantar air kelapa muda+limaunipis+madu untuk diminum. dia dan keluarga baru habis quarantine dan ini lah yang dia amalkan sepanjang kuarantine tu.. so just ikut jer.. macam2 pesannya, jangan minum air sejuk, kena minum air panas yang dari flusk tu, katanya. Dato K juga tolong carikan kelapa muda dan limau nipis.. Alhamdulillah kami dikelilingi jiran2 yang baik2 semuanya..
dan bermula lah rutin setiap pagi dan petang untuk monitor suhu, bp dan juga oksigen level dalam darah.
for both of us, mine dan en asben.. dua kali sehari pagi dan petang... selalunya awal pagi sebelum subuh kak rose dah check, tak sabar nak cepat baik kan
walaupun tak bergejala dan dah di sahkan untuk HSO, tapi kkm asik called nak suruh jugak g ke cac berhampiran untuk assessment katanya... tapi bila tengok dengan berbaris panjang dan ramainya umat yang terkena jangkitan jadi takut lak nak pergi ke CAC di stadium Melawati tu.. tapi selagi tak pergi, selagi itu lah kkm akan called, so g jugak lah... masa kami pergi sebelah petang tu dah tak ramai sangat lah, so dapat lah sedikit privilege, naik buggy untuk ketempat pendaftaran dan terus masuk ke stadium... tak perlu nak tunggu dan berbaris... semuanya dapat dipercepatkan...sehinggalah ke kaunter saringan vital sign ... tapi
selepas selesai kaunter vital sign ni lah baru dapat nak jumpa doktor... masa ni lah yang lama sangat menunggu... dekat 2 jam setengah  jugak lah baru dapat jumpa doktor..tapi sebab kami ni tak de apa simptom so macam tak de apa yang nak di buat assessment... cuma diajarkan untuk update selangkah dan kekaunter seterusnya untuk dipakaikan gelang merah tu..
so dah hari kelima positive lah baru kami dipakaikan gelang merah ni... simpan sini buat kenangan masa pendemic ni.
bila dah disahkan positive dan memang dah tak boleh nak keluar, called klinik untuk bekalan ubat2.. terima kasih Mira tolong hantarkan bekalan ubat ni
another bekalan ubat2 dari TP Care.. terima kasih adik yang tolong hantarkan ubat ni sampai kerumah.
bila dah disahkan positive maka mysejahtera pun dah bertukar status... merah ko!
HSO dari 30 julai hingga 9 ogos.. tp kat situ tulis 8 ogos pulaknya..dah masih kena jawap all the questionnaire hingga 9 ogos tu.
dan sebab kami diselangor, maka Selangkah pun kena isi jugak... pagi dan petang dengan banyak questionnaire tentang simptom yang ada...
sepanjang sepuluh hari quarantine, ni lah yang kami berdua amik.. airkelapamuda+limaunipis+madukelulut dan sedikit garam.. seorang sebiji setiap hari.. terima kasih pada kak hajjah Yam dan jugak dato K yang tolong beli dan hantar kerumah. dalam pada tu ubat2 klinik pun amik gak... untuk protection kan.
ada kawan yang suggest, guna YL ni untuk cepat dapatkan balik deria bau yang hilang tu... tapi agaknya memang amik masa yang lama jugak lah baru dapat balik deria bau tu. hari ke 11 baru dapat balik deia bau tu, nasib baik kak rose dan en asben pun tak kehilangan deria rasa tu, so kiranya makan pun pun tak de masaalah,,, tapi tetap jugak turun berat tu..risau kan! dari 60 to 58kg, dan en asben dari 69 to 66 kg. tapi syukur Alhamdulillah kami tidak diuji dengan keadaan yang serius... cuma hilang deria bau jer simptomnya dan ada batuk sekali sekala untuk kak rose.. en asben cuma hilang deria bau jer.
terima kasih Dato K dan juga kawan2 en asben yang hantar bekalan makanan kering ni... tapi kan memang tak rajin lah nak masak, so hari2 oder tapau jer..

hari ke 11 quarantine, sekali lagi kami ke cac untuk potong gelang ni... Alhamdulillah dipermudahkan semuanya dan mySejahtera pun dah bertukar status low risk dan kembali biru semula..
 

surat pelepasan dari quarantine...Alhamdulillah bebas lah sudah dari jangkitan covid jahat ni.. dan ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk semua yang membantu kak rose dan en asben dalam masa diuji dengan jangkitan ini... terima kasih, Datin Dilla, Kak Hajah Mariam, Dato Kamaruddin, adik mira klinik yang hantar ubat2, Tuan Basiron yang tolong belikan oximeter dan thermometer, en shahriri yang banyak membantu,  kawan2 en asben yang tak putus hantar sarapan, kuih untuk minum petang juga adik kedai makan yang setia menghantar order kami sepanjang hari quarantine.. terima kasih juga pada keluarga, kawan2 semua yang turut sama mendoakan kesihatan kami berdua... hanya Allah saja yang dapat membalas jasa dan kebaikkan semua... dan semuga doa yang baik2 juga untuk anda semua.. Aamiin

Monday, August 16, 2021

Mee sup mudah

 Asalamualaikum buat semua... lamanya dapo tak berasap, fuh fuhhh tiup habuk dulu lah...

ni kak rose masak masa duk berkurung dalam rumah... masak dengan apa yang ada stok jer, so seadanya.... sambal kicap pun tak buat sebab nak elakkan makan yang pedas2..

Resepi simple..
✔️ Bawang putih 5 ulas ketuk
✔️ Halia potong nipis2 agak2 je utk hilang kan bau ayam n sedap kan sup...
✔️ Sup bunjut adabi seketui
✔️ seketui 2 lg Bunga lawang n kayu manis sb akk masak byk ni ada seperiuk lg
✔️ Potong sayur2 lobak, cauliflower n sawi
Cili besar potong2
✔️ Ayam potong kecik2 ambik bahagian tulang lg sedap utk kuah..
letak minyak agak2 n tumis bawang putih sampai naik bau masuk kan sup bunjut n kayu manis dgn Bunga lawang n halia.. kacau2 masuk kan ayam yg dh di potong kecik... masuk kan kiub ayam seketui depends nk ltk 2 ketui.. kacau sampai masak jangan sampai kering( masa ni ayam akan mengeluarkan Air, tu yg menyedapkan rasa sup).
lepas itu masuk kan air Suam panas masuk kan fish kek n fish ball kacau2... perasakan..
masuk kan carrot, kubis Bunga agak2 dah lembut.. last sekali baru masuk kan sawi sb senang layu.. masuk mee n akhir cili besar potong2...
daun sup n hiris limau masa nak makan nanti..

 

Saturday, August 7, 2021