menu minum petang semalam.... ada lebihan kuah durian untuk makan roti jala semalam, so kak rose buatlah kuih lipat ni pulak. sayang jugak kalau lebihan kuah tu terbiar je, sbb ada lebih banyak lagi. dapat idea ni dari dapur
ibundo, mekasih ya. akhirnya habislah kuah durian kak rose tu. sedap lemak manis kuih lipat bersos durian ni. tp kak rose buat kulit dia nipis2 jer. kalau sapa2 nak buat kak rose kongsikan kat sini resepinya.mekasih ya ibundo.
Bahan:
1 cawan isi durian
1 cawan susu cair
1 sudu besar tepung
1 sudu besar gula
secubit garam
Cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar halus. Tuang ke dalam kuali dan masak sehingga pekat. Ketepikan.
lipat pandan bersos durian in the making....
Bahan lempeng:
125 gm tepung gandum
200 ml susu cair
1/2 sudu teh ragi (mauripan atau yang sewaktu)
25 gm gula castor
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar majerin
1 1/2 sudu kecil pandan paste
1/4 sudu teh pewarna hijau
Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blender halus.
Tuang bahan blender ke dalam mangkuk dan biarkan selama 1/2 jam.
Sediakan kuali leper tidak melekat yang berukuran lebih kurang 12 cm.
Sapu sedikit majerin. Tuang satu senduk sayur adunan ke dalam kuali.
Masak sehingga permukaan kering dan berlubang-lubang. Gunakan api kecil
sahaja.
Ketika masih panas, sapukan permukaan lempeng dengan sos durian. Lipat dua dan susun dalam pinggan.
satu adunan dapat 16 keping lempeng, sedap dinikmati bersama secawan nescafe o dikala hujan turun.... baca wassek kawan2 kl banjir kilat, shah alam cuma hujan renyai2 jer....