Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 31, 2021

Apam perlis

Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua... dah ready untuk total lockdown? sebenarnya buat kak rose ni dah macam setahun dah total lockdown tu.. sebabnya memang tak keluar g memana, jada diri, jaga sop tai dek kedegilan segelintur yang susah sangat nak patuh apda arahan, yang sentiasa patuh ni pun sama jadi mangsa total lockdown yet again. rasa dah jemu sangat dengan keadaan macam ni, tapi apa kan daya kita rakyat marhaen ni kan... tak guna nak disesalkan sebab corona dah macam mengganas sekarang, so the best solution is duduk rumah, jaga diri dan keluarga kecil kita. Insya Allah akan ada sinar dihujung tunnel nanti.. teruskan berdoa dan be positif sementara menunggu hari di vaksinkan jom lah buat kuih untuk gembirakan hati dan perut jugak.
apam perlis inti kacang merah yang sedap, boleh buat untuk minum petang nanti kan...

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 biji telur
 sedikit pewarna kuning dan hijau.

** kak rose guna inti kacang merah, store bought, senang kerja kan!

Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya. kak rose guna acuan karipap.
dah siapppp... mudah kan. 

 

 

Thursday, May 27, 2021

Sup sayur

sup sayur mudah yang pasti sedap untuk menghirup dan ratah sayur2 tu.. kak rose buat dengan sayur apa yang ada dalam stok jer, semua sikit sikit, bila dah masuk semua dah jadi banyak pulaknya... dan makan pun jadi banyak jugak lah..dalam tu kak rose bubuh sayur celeri, carrot munger2dan bunga kubis, rebus semua dan perasakan dengan kiub ayam, tak perlu tambah garam dah. ketukan sebiji cili api dan tabur bawang goreng dan daun sup... siap dah. boleh lah meratah sup ni... kalau kawan2 nak bubuh ayam ke udang pun boleh jer kan... kita yang buat dia, ikut lah tekak sendiri. masak jadi mudah kalau ikut tekak sendiri ni kan... itu kak rose ler... terpulang pada selera memasing lah kan..
 

Tuesday, May 25, 2021

Lempeng pisang comel

ha ha suka suki bagi nama lempeng pisang comel ni.. buat satu semulut, memng comel la kan.. sesuai dengan kejadian dia, tapi jenuh nak menunggu masak satu2 tu... sabar banyak2 je kalau nak jadi macam ni..
sebenarnya pisang i en asben beli dah too ripe, ya lah nak g pasaraya macam tak berbaloi dengan berbaris panjang nya dan menunggu nak masuk tu satu hal pulak, nak membayar pun satu hal lagi kan... so pilihan yang ada g jer lah kedai runcit acheh yang harga kayangan tu.. nak buat cam ner kan, covid punya pasal lah ni. dan pisang ni jer lah yang ada kat kedai tu, so beli jer la... boleh jugak buat lempeng kan... maka jadilah lempeng comel ni untuk minum petang kami semalam... Alhamdulillah... dan hari ni bermulalah PKP yang diperketatkan SOPnya dengan harapan covid akan cepat lenyap dari muka bumi ini... rindu sangat nak balik kepada keadaan sebelum pendimik ni melanda kan... kawan2 dah vaksin ker? jangan dengar cakap mak teh tu lah ya... #Allahjagakita, #kitajagakita.
 

Saturday, May 22, 2021

Nyonya kerabu telor

 

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
5 - 6 biji cili padi (kak rose buh 2 bijik je!)
1 genggam pucuk kesom (laksa leaf)
4 - 5 biji limau kasturi (x de, kak rose perahkan limau nipis)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Telur didadar satu persatu, kemudian gulung dan hiris, tomato, dibuang biji, dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus, bawang besar dihiris halus, cili padi dihiris kecil begitu juga dengan pucuk kesum. Satukan semuanya dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam no 1 dan gaul rata2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Perahkan jus limau kasturi secukupnya. Seimbangkan rasa, mesti ada rasa, masin, manis, masam dan pedas.
  3. Hidangkan segera bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2, jika suka..

 

Tuesday, May 18, 2021

Fillet ayam panggang

kalau rasa dah jemu dengan rendang ayam dan daging, moh ker kita buat ayam panggang cenggini.. meratah pun sedap jugak masa hangat2 baru angkat dari pemanggang. rasa nak order sate tapi dengan pkp dan covid yang sangat bermaharaja lela ni rasa takut nak keluar ataupun nak jumpa orang lain selain ahli keluarga dalam rumah jer kan.. kita jaga kita, so makan jer apa yang ada dalam stok... pandai lah tukang masak ni olah jadikan menu yang sedap cenggini kan.. jom tengok resepi ayam panggang simple ni..

Bahan

  1. 1 sudu kecil lada hitam
  2. 2 biji bawang besar
  3. 3/4 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 1 kiub ayam
  6. 1 sudu kicap manis
  7. Garam

blend semua bahan tu dan gaulkan denga fillet ayam yang dah potong nipis2. perap sekejap... bakar atas pan, sekejap jer setiap sebelah dan siapppp... boleh hidangkan dengan fries atau nak buat lauk makan nasik pun ok jer.. kita yang buat dia kan...

  

panggang sekejap jer.... dah siapppp

Sunday, May 16, 2021

Kuih tepung gomak


 kuih tepung gomak yang kak rose buat masa bulan puasa hari tu, nak jugak tepeka kat sini resepinya untuk rujukan kemudian nanti... kalau rajin nak buat lagi lah... tapi memang sedap sangat kuih ni, masih terasa2 nak makan lagi ni.. jom kita tengok resepinya yang kak rose dapat dari mstar, resepi asal dari mas cotek. mekasih ya..

Bahan-bahannya:

1. Bahan doh

2 cawan tepung pulut

1 sudu makan tepung gandum

1 cawan santan

Cara-caranya;

Satukan tepung pulut dan tepung gandum

Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh

Pastikan doh tidak terlalu lembik atau keras.

2. Bahan inti

3 cawan kelapa parut

1 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

1 sudu makan tepung gandum dibancuh dengan sedikit air

2 helai daun pandan disimpul

Cara-caranya;

Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut. Kemudian tapiskan

Masukkan kelapa parut dalam larutan gula dan masak sehingga ia hampir kering

Sesudah itu masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air

Kacau semua bahan-bahan itu dengan api perlahan sehingga inti lembap. Biarkan ia sejuk.

3. Bahan salut

Tepung kacang hijau secukupnya.

Cara-caranya;

Bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan inti kelapa di dalamnya sebelum rebuskan di dalam air mendidih

Pastikan doh yang direbus terapung sebelum diangkat

Golekkan atau salut doh itu dengan tepung kacang hijau sambil tekan2 kan untuk dapatkan doh yang leper. Siap dihidangkan

 

Saturday, May 15, 2021

Kuih bom

kuih bom yang kak rose buat untuk iftar hari tu.. memang a keeper resepi lah kiranya nya, memang sedap lembut dan tak liat walaupun dah seharian.. terima kasih alongroz yang kongsikan resepinya. kak rose kongsikan sekali lagi kat sini ya... tak rugi mencuba buat kuih bom dengan resepi ni tau.. tapi yang ni kak rose dah derhaka kan sikit lah resepinya... masa ni ta de sweet potato tu, so kak rose gantikan dengan ubi kentang, sama sukatan... wah!!! lagi lembut jadinya>

INGREDIENTS:

  • 80g Sweet Potato - steamed & mashed
  • 120g Glutinous Rice Flour
  • 20g Plain Flour
  • 35g Castor Sugar
  • A pinch Salt
  • 100ml Water
  • Sesame Seeds - for rolling
  • Coconut/Bean Filling (kak rose guna inti kelapa jer)
METHOD:
  • Mix all ingredients to form a soft dough.
  • Divide into 12 balls.
  • Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.
  • Roll onto sesame seeds.
  • Deep fry until golden.
  • Enjoy!


 

Thursday, May 13, 2021

Selamat Hari Raya

 

Alhamdulillah, ramadhan beransur mengundurkan dirinya dan bulan kemenangan syawal pula menjelma. walaupun raya dalam keadaan norma baharu, tetap juga kita rayakan kemenangan ini... dan pastinya kita akan merindui ibadah malam3 bulan ramadhan ini. syukur sangat sangat  masih diberikan kesempatan untuk  melakukan ibadah puasa dan terawih di bulan ini. Alhamdulillah. kini tiba lah hari kemenangan itu... selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat semua..

dan menu berbuka pada hari terakhir berpuasa semalam... kak rose cuma buat goreng mee dan gorengkan karipap frozen home made tu. juga buah2an tembikai merah, kiwi hijau dan sun melon

seharian sibuk berkemas dan buat persiapan untuk nak sediakan menu esok hari, so menu berbuka pun buat yang simple jer. no nasik lah hari ni. selamat tinggal ramadhan dan selamat datang syawal. semuga kita dipertemukan seula dengan ramadhan yang akan datang. Aamiin

Wednesday, May 12, 2021

Iftar #29 cucur badak

Semakin hampir kepenghujung ramadhan, semakin tak tahu dah nak masak apa untuk juadah berbuka.. tanya cik google pun tak dapat jugak jawapan yang dicari... sekian banyak kuih muih dan dessert for bukak puasa, yet semuanya pun tak berkenan dihati. aduhai la kan... so end up buat je dengan apa bahan yang ada kat dapo... cucur badak kentang, hence la kalernya! tak de keledek, kak rose gantikan dengan ubi kentang tu yang jadi cenggitu kalernya. pucat jer kan.. tapi memang lembut sangat walaupun dah sejuk masa berbuka tu. inti kak ros masih guna serunding ikan yang masih ada berbaki.. tak lah membazir kan. Alhamdulillah dapat 10 biji ni habis kami tiga beranak makan.
buah yang masih ada.. tembikai, murcott orange dan kiwi hijau.. nak keluar untuk top up buah pun rasa tak selesa bila kes covid menggila ni kan... semalam ada satu kematian kat kawasan kejiranan kak rose ni disebabkan covid...seorang nenek yang dapat jangkitan dari cucunya di pra sekolah dan menjangkiti seleuruh isi keluarga seramai 11 orang. cucu dah ahli keluarga yang lain survived, tapi sinenek tak dapat diselamatkan... Inalilahiwainailaihirojiun untuk arwah.
main course untuk semalam, kak rose masak jer nasi lemak... so lauk pun seadanya jer la.. no fancy2. tukang masak dan tak berapa nak rajin... sepagi semalam berkemas rumah, vacuum lantai bagai.. walaupun raya sendiri2 tetap jugak nak rayakan kemenangan kita kan. langsir pun dah tukar yang baru.. penat tapi tetap bersemangat nak raya kan..
goreng sayur untuk nak tambahkan lauk untuk nasik lemak tu... Alhamdulillah dengan rezeki ramadhan kali ini.
 

Tuesday, May 11, 2021

Iftar #28 sambal tempe je lah..

bila tanya tukang makan pasal menu berbuka jawapannya cuma apa pa je lah, maka tukang masak pun sesuka hati jer sediakan apa yang patut... semua sekali harung dalam tu pun lagi mudah kan.. dan ini lah hasilnya, isi ayam tu dah jemu asik goreng je, maka kali ni masak lemak cili api tak pedas cam pur dengan kacang panjang.. kira sekali harung lauk dengan sayur dalam tu kan.. mudah kerja tukang masak!
dan tempe goreng bersambal campur dengan fish cake. goreng kan tempe dan fish cake tu, pas tu tumiskan bawang merah potong bulat2 dan gaulkan dengan sambal tumis ready made yang kak rose buat stok siap2. lagi senang kerja tukang masak!
gorengkan home made karipap frozen yang kak rose buat awal2 jugak.. lagi senang kerja tukang masak.
pulut serunding, ha serunding ikan ni pun dah buat awal2..
buah yang ada dalam stok... tukang beli asik nampak buah ni jer... apa pun Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan..
 

Monday, May 10, 2021

Iftar #27 kari kepala ikan

 Alhamdulillah, satu Syawal semakin menghampiri dan Ramadhan akan mengundurkan diri..

menu berbuka kami semalam... lama nak buat kari kepala ikan ni, tapi asik tak kesampaian dan akhirnya petang semalam baru lah tercapai hasrat dihati.. kari kepala ikan tenggiri dengan taruk kacang bende banyak2...
 

sayur tauge dengan sawi semata..

dan untuk berbuka cuma gorengkan tempura nugget cicih dengan cili sos, dan just panaskan kuih bom yang berbaki hari tu dalam air fryer... masih lembut as if macam baru digoreng..

buah zespri kiwi kuning ni selalunya sangat manis, tapi kali ni ya Allah masamnya... dah lah harga kayangan, masam pulak tu. baik yang hijau tu pulak harga marhaen jer tapi adalah masam manisnya. murcott dan tembikai tu memang lah manis.

Sunday, May 9, 2021

Iftar #26 cendol tanpa santan

semalam adalah hari malas sedunia agaknya... malas segalanya lah tuan tanah ni.. plan nak buat cookies raya pun tak jadi tak tahu lah nak rasa apa dengan keadaan yang macam ni. dah dua kali raya tak dapat nak bersama dengan adik beradik semua, MIL pun dah setahun lebih tak jumpa, entah bila la agaknya sempadan nak buka,...dan semalam sop terbaru yang dikeluarkan, rentas daerah dan negeri tak dibenarkan diseluruh negara... just like hari raya tahun lepas lah. makanya duduk rumah diam2 sudah dan berharap sangat covid ni segera hilang dari bumi bertuah ini.. tu lah yang buat sangat tak de mood nak raya... juadah berbuka pun seadanya jer untuk kami berdua... cendol ni en asben beli, tapi tak nak makan dengan santan dan gula merah macam biasa tu.. so cuma masakkan gula putih n buh ice cube, jadilah menu berbuka kami.. ni first time berbuka dengan air sejuk lah kiranya.
buah mangga susu dan tembikai merah yang sangat manis..
lasagna frozen, just reheat dan ready untuk serve lah... tapi kan separuh jer termakan nya sebab dah rasa kenyang dengan buah dan cendol tadi tu..
dan lewat malam baru lah makan nasi lemak ni.. senang kan tak perlu nak fikir lauk apa kalau masak nasik lemak macam ni.. cuma kak rose panaskan ayam kicap leftover dan gandingkan dengan nasik lemak ni.. Alhamdulillah dengan rezeki Allah dibulan mulia ini.
 

Saturday, May 8, 2021

Iftar #25 nasi ayam hainan rangup

ha... nasi ayam yang panjang namanya.. nasi ayam hainan rangup one pot meal katanya. sedap dan mudah jer nak masaknya... dah nama pun one pot meal, so masuk semua sekali dalam periuk dan tet tettt tujuh minit dah siap hidangan ni. tapi kalau nak ayam tu jadi rangup tu kena lah tambah sikit cara masaknya... keluarkan ayam dari periuk dan masuk dalam air fryer 180ⷪ  yang ni kak rose set 5 minit dah siap... resepi dari ig superdaddy yang pandai masak dan presentation yang cantik2. sangat envy lah!
dayang2 untuk nasi ayam onepotmeal tu... kicap, sup dan sos merah. resepi sos merah tu boleh tengok kat link tu . timun pun tak de, so guna jer lah apa yang ada dalam fridge kan. Alhamdulillah, bertambah2 nasi makan petang semalam.. kena dengan selera kami lah.
buah manisan untuk petang semalam... mangga gading gajah dan kiwi hijau
popia sayur untuk menu berbuka petang semalam cicah dengan home made cili sos. banyak ni pun tak habis untuk kami berdua.. dua keping cik tong yang dapat! ampun ya popia. bila dah makan buah dan minum air, memang dah kenyang hingga nanti nak makan nasik pulak kan..
dan buat lagi apam perlis ni.. yang ni semua untuk isikan bekas jiran sebelah, bertukar tukar juadah lah kiranya... harap anak2 ustazah suka dengan kuih mans ni ya.
 

Friday, May 7, 2021

Iftar #24 kuih bom

semakin sampai ke penghujung bulan puasa, makin buntu fikir nak menu apa untuk berbuka. ya lah selalunya kak rose cuma sediakan yang ringan2 jer untuk minum petang aka dinner kami. memang jarang sangat lah nak makan nasi atau yang berat2 untuk dinner. siang hari cuma makan yang ringan2 jer.. dan kebiasaannya roti lah yang paling mudah nak sediakan, ataupun memang malas lah sebab sorang jer kat rumah kan. bila puasa ni kenalah ikut selera tukang makan... macam2 menu requestnya..so ikutkan jer lah, semalam nak makan kuih bom. dan ini lah kuih bom yang pasti tak meletop masa menggoreng dan dijamin sedap dan lembut walaupun dah sejuk. larat makan dua biji jer sorang, dan ada lagi lapan biji... harap2 nanti boleh panaskan dalam air fryer, tak la membazir kan.
dan sianak pulak tak nak kuih manis, so kak rose gorengkan homemade karipap inti daging ni.. nasib baik dia habis makan empat biji karipap gemok2 ni..
buah2 yang sentiasa ada untuk masa berbuka.. dan yang pasti habis lah..
dan bila ada jer nasi yang berbaki, so mesti ada lah nasi goreng kan. taruk udang banyak2 dan sayur dalam tu, gorengkan pop corn chicken dan potongkan salad dan tomato, taburkan bawang goreng. siapkan awal2 semua bahan dan lepas maghrib baru lah kak rose gorengkan, so dapat lah makan nasi goreng panas2 kan.. Alhamdulillah dengan rezeki untuk ramadhan ke 24 ini.
 

Thursday, May 6, 2021

Iftar #23 pulut gulung serunding

Asalamualaikum dan selamat pagi buat semua.. selamat ber pkp 3.0 lah kita ya. dan semalam jugak kat tempat kak rose ni jalan jem yang tak terkata lah... sudahnya berbuka lah sorang2 sebab en asben dan anak pun terperangkap dalam jem yang amat teruknya, en asben sampai rumah almost pukul 8pm, dari cyberjaya ke shah alam amik masa yang begitu lama dan anak pulak hampir 11 malam baru sampai rumah. dari sek 20 nak ke sek 19 tu yang jalan tak gerak langsung.. makan lah sorang2 pulut gulung serunding ni, kak rose merasmikan bazooka sushi mould untuk dapat bentuk bulat cam ni.. dulu kak rose guna sushi rolling mat tu jer, pun boleh lah..


 ni yang anak hantar, pukul 10 malam ... meriah dengan kenderaan yang macam parking jer kat jalan raya! dah dekat sangat nak sampai rumah tapi laaaaammaaa sangat sangkut kat situ. kalau jalan kaki dah lama sampai rumah dah, tapi kereta nak parking kat mana pulak kan??
untuk lauk kak rose buat nyonya kerabu telor... yang ni sedap meratah jer. resepi dulu kak rose pernah tepek kat dapo maya ni.
dan bila rasa nak menghirup kuah, kak rose buat sup sayur simple ni... cauliflower, carrot dan celery rebus jer, masukkan setengah keping maggi kiub perasa ayam... dah siappp
yang ni pulak ayam masak kicap rempah kari dari resepi CMG,  bila dah buntu tak tahu nak masak apa, en google bawak kak rose kat sini... so mencuba lah walaupun terlupa tang tomato tu..
manisan untuk berbuka semalam... buah yang masih banyak stoknya, mangga belalai gajah dan juga murcott yang manis...
 

Wednesday, May 5, 2021

Iftar #22 cek mek molek gemok

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 23 dah hari ini... macam sekejap jer dah sampai ke minggu terakhir sebelum kita berhari raya kan... tapi sayang raya kali ni, tahun kedua kita berhari raya dalam keadaan pkp.. no rentas daerah dan negeri... sedih kan. tak dapat lah nak berkumpul sesama adik beradik macam raya sebelum ni. sejak mak dan bapa dah dijemput pulang, kami pastikan akan berkumpul adik beradik, tapi kini tak dapat nak buat macam tu lagi lah.. berzoom sajalah nampaknya.  apa pun yang penting kita sempurnakan puasa dan ibadah dibulan ramadhan ni dulu lah ya.. dan menu berbuka petang semalam, en asben nak makan kuih yang manis2.. so tukang masak buat lah cek mek molek ni. kelam kabut buat sebab ada kelas on line petang tu, jadi macam gini lah jadinya cek mek molek tu... gemok2 dan besoooo2... cepat lah siapnya kan..
buah untuk petang semalam... sun melon yang manis dan crunchy, tembikai merah dan pisang berangan
masak lemak cili api daging dengan kentang ni kak rose buat masa tengahari tu, takut kalut sebab setiap selasa dan rabu ada kelas online jam 3 hingga 4 petang ... dan kadang meleret hingga terlajak waktu, so siapkan lah awal2 mana yang boleh kan..
kalau ada masak lemak cili api tak pedas sangat tu, mesti lah ada gandingan yang paling istimewa buat kak rose lah.. ikan masin goreng. kali ni kak rose beli isi ikan kurau pulak. sedapnya mengalahkan ayam goreng gitewww.
sayur caca marba asalkan sedap ditekak kami berdua lah... kobis, baby sawi dan carrot  campur semua sekali lah. Alhamdulillah dengan rezeki yang sentiasa melimpah ruah... Aamiin