Salam hari jumaat yang mulia kepada semua..... hari ini ada satu menu baru kak rose cuba nak buat setelah gagal pada percubaan kali pertama dulu... takut lak nak cuba lagi. tapi dengan adanya tunjuk ajar dan gambar step by step yang ditunjukkan oleh ita diblog MasamManis tu, kak rose gagahkan diri nak mencuba sekali lagi..... dan dengan bismillahhirohmanirohim mudah2an kali ni berjaya lah hendaknya.
kak rose ni jenis malas nak salin resepi bawak kedapur jadi berulang kalilah asik kedepan pc.... baca sekali, bila kedapur dah lupa lagi... adeiiii!!!! setelah berkali2 akhirnya jadi jugak adunan tu dan cepat2 masuk dalam bekas plastik yang dah siap pasangkan nozle munger2..... dan bila picit tu.... alamak panas pulak dan munga jadi macam selonggok gitu..... x de langsung rupa munger.... kutip dan masukkan sekali lagi, dan akhirnya jadilah munga selonggok ni.. dah siap tu terus masuk dalam oven dan g semula ke pc.... adoiiiii sekali lagi terlupa nak spray air pada permukaan puff..... so akhirnya spray je masa dah dalam oven! ampun ita n yani, maklumlah baru nak blaja!
meh tengok resepinya yang kak rose copy dari rumah
Azlita Masam Manis, terima kasih bebanyak ya ita dengan segala tunjuk ajarnya dan izinkan kak rose sharekan resepinya kat sini pulak..
CREAM PUFFby :
Yani100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
- Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
- Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
- Masukkan telur, kacau cepat-cepat
- Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.
CREAM CUSTARDby :
Honey1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.