Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 28, 2022

Masak lemak cili api daging salai+mangga muda

entry sebelum masuk bulan baharu...

Bahan-Bahan

  • 500gm Daging Salai
  • 1 biji Mangga Muda
  • 1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
  • 20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
  • 1 inci kunyit
  • Garam secukup rasa
Cara-Cara
  • Daging salai dihiris nipis.
  • Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
  • Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
  • Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
  • Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab. Tutup api.

  •  

gandingkan dengan kerabu mangga sempoi ni pulak.
dan udang kertas yang digoreng salut dengan tepung bistari ni.. cara kak rose buat uang senang yak amat ni.. bersihkan udang kertas... (mmg leceh sangat sbb kecik2 kan), basuh dan toskan. masukkan tepung bistari dan udang dalam bekas bertutup, goncangkan hingga semua bersalut dan goreng hingga garing. kalau ada daun kari masukkan sebelum angkat udang tu, lagi lah sangat sedap aromanya... suka makan cenggini, meratah pun sedap jer. cumanya kurang rajin tang menyiang udang tu khennn
 

Monday, February 21, 2022

Nasi goreng bodo-bodo..

jumpa lagi dengan nasi goreng bodo-bodo ni... lepas ni tak tau bila lagi nak ada entry baru.. huhu
 

Friday, February 11, 2022

Brokoli bawang putih


sayur pebret sepanjang masa... cepat dimasak sedap dimakan. macam megi jer kan...
Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli


GaramCara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
 

Thursday, February 10, 2022

Udang goreng bercili

lauk simple macam ni memang jadi kesukaan lah sebabnya cara memasak yang cepat dan mudah jer dan yang penting memang sedap lah pada keluarga kecil kami..jom tengok resepinya... resepi tu untuk sekilo udang, jadi kalau nak masak sikit jer pepandai lah nak adjust ya... kita yang baut dia kan, so ikut lah seera kita. Insya Allah sedap 😋😋

BAHAN-BAHAN :
1kg udang

1 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
1 biji cili kering
1 biji tomato
3 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

 *sedikit kacang panjang

CARA MEMASAK :

1. Udang buang kulit dan bersihkan, digaul garam kunyit, dan goreng. Tidak perlu goreng terlalu lama, isi udang boleh menjadi keras
Kemudian toskan.
2. Semua bahan diatas dikisar kasar. Tumis sehingga naik wangi..
Masukkan sedikit air dan masukkan kacang pnjang dan udang, gaul sebati.
(tidak perlu air byk, supaya udang kelihatan basah selepas digaul dan tidak berkuah)
3. Siap untuk dihidangkan.

 

Wednesday, February 9, 2022

Sayur sempoi..

kubis, bak choy dan carrt munger munger
bahannya cuma minyak untuk menumis, bawang putih, bawang merah dan pati ikan bilis. sempoi kan!
 

Tuesday, February 8, 2022

Kuih bom sedap

Asalamualaikum dan jom mulakan hari ni dengan entry kuih bom sedap nih... resepi ni dah banyak kali kak rose tepek kat dapo maya ni. keeper resepi lah kiranya ni dan dengan resepi ni juga kak rose belajar buat kuih bom yang tak meletop bila digoreng... pernah buat dan masa menggoreng tu meletop sky high bom tu... memang jeran lah nk mencuba lagi hinggalah terjumpa resepi dari Along Roz ni... mekasih kongsikan resepinya dan hingga kini jadi keeper resepi kuih bom pasti tak meletop, gitewww.
 

INGREDIENTS:

  • 80g Sweet Potato - steamed & mashed
  • 120g Glutinous Rice Flour
  • 20g Plain Flour
  • 35g Castor Sugar
  • A pinch Salt
  • 100ml Water
  • Sesame Seeds - for rolling
  • Coconut/Bean Filling (kak rose guna inti kelapa jer)
METHOD:
  • Mix all ingredients to form a soft dough.
  • Divide into 12 balls.
  • Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.
  • Roll onto sesame seeds.
  • Deep fry until golden.
  • Enjoy!

Monday, February 7, 2022

Terjaga dari lena dah ker???

 February dah... cepatnya masa berlalu atau tuan tanah ni jer yang ketinggalan..😕😕


harap2 terus lah terjaga dari lena yang panjang dan tak tersesat lama sangat sehingga tak terjumpa jalan pulang... sayang jugak dengan dapo maya ni tapi kan kerajinan tu entah hilang kat mana dah... 😢😢