Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 10, 2022

Udang goreng bercili

lauk simple macam ni memang jadi kesukaan lah sebabnya cara memasak yang cepat dan mudah jer dan yang penting memang sedap lah pada keluarga kecil kami..jom tengok resepinya... resepi tu untuk sekilo udang, jadi kalau nak masak sikit jer pepandai lah nak adjust ya... kita yang baut dia kan, so ikut lah seera kita. Insya Allah sedap 😋😋

BAHAN-BAHAN :
1kg udang

1 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
1 biji cili kering
1 biji tomato
3 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

 *sedikit kacang panjang

CARA MEMASAK :

1. Udang buang kulit dan bersihkan, digaul garam kunyit, dan goreng. Tidak perlu goreng terlalu lama, isi udang boleh menjadi keras
Kemudian toskan.
2. Semua bahan diatas dikisar kasar. Tumis sehingga naik wangi..
Masukkan sedikit air dan masukkan kacang pnjang dan udang, gaul sebati.
(tidak perlu air byk, supaya udang kelihatan basah selepas digaul dan tidak berkuah)
3. Siap untuk dihidangkan.

 

No comments: