Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 31, 2012

Selamat hari merdeka

selamat menyambut hari kemerdekaan ke 55

kenangan soooo many years back.... masa kemas2 td terjumpa lak gamba ni dalam kotak.... macam kebetulan jer kan... terjumpa pada hari merdeka pulak tu terus la nak tepek kat sini.... pembawa placard masa marching merdeka.... sebulan belatih kawat untuk perbarisan ni kat padang stadium hoki jalan duta sampai hitam berkilat muka... dimanakah pasangan kak rose tu sekarang ya? bila memasing dah amik option untuk berenti keja terus lah putus hubungan.... kak rose tukang bawa placard ni sebanyak 3 tahun berturut. bangga menjadi rakyat merdeka gitu!

Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 55 buat semua.... semuga kita akan terus merdeka fizikal dan mental! Insyaallah.

Thursday, August 30, 2012

Kuih ketayap

asalamualaikum dan selamat petang.... lambat benar nak dapat balik mood mengupdate blog ni... bukan x masak tp terasa sangat x rajinnya nak mengambik gambar bagai.... siap jer masak terus ngap. tp petang ni ada rajin sket nak amik gambo..... mulanya plan nak buat tepung gomak tapikan bila kedapur tengok tepung pulut sudah ilek pucek terus la tukar pikiran... buat jer mana yg ada bahan kat rumah kan..hasil dari meronda2 rumah maya, terpandang resepi kuih ketayap jalur2 yang cantik ni kat sini, teruslah buat... jadi juadah minum petang kami anak beranak...

mekasih pada Reen Khan yang sharekan resepi ketayap jalur2 ni.... keratif sungguh kan. ketayap pun dah dimodenkan dan diberi rupa yang baru. kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak ya....

Bahan
1 cawan tepung gandum
2 biji telur(saya tak taruh pun telor)
2 helai daun pandan
1 cawan air suam
1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung
(kak rose buat double the adunan)

Cara Penyediaan
Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya.
Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah.
Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Untuk dadar :
Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul.Tapis Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan masukan sedikit aduanan yang diwarnakan ke dalam botol muncung 3.picitkan diatas pan menbulat tunggu kering kemudian sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus

Wednesday, August 29, 2012

Tuesday, August 28, 2012

Bingka crackers

Asalamualaikum dan salam pagi selasa yang sejuk dan hujan .... semuga nnti akan ada sinar matahari menyinar menjelang tengahari dan x akan sejuk memanjang la kan... susah jugak nak panaskan enjin selepas bercuti panjang berhari raya.... apa lagi dengan cuaca yang sejuk2 begini. dah jemu makan cookies raya, mari kita makan kuih2 lama ni pulak. kuih lama yang telah diperbaharui dengan berbagai perisa... x pernah terpk pulak crackers ni boleh buat bingka. kemudahan intenet telah menemukan kak rose dengan sifu2 masak alam maya dengan berbagai2 resepi yg x pernah terfikir nak dicuba.... tp inilah hasilnya. terima kasih pada tuan punya resepi asal kh267tm@myresipi.com.

Bahan-bahan
  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum
  • 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
  • 3 biji telur
  • 710ml santan @ susu cair
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning
  • garam secubit
  • bijan sangai - jika suka
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.
** kak rose ikut tuan asal resepi yg masak sekejap atas dapur dulu adunan baru masuk dalam oven

Sunday, August 26, 2012

Kuih lapis

salam hujung minggu semua.... dah habis beraya tp masih malas nak mengemas rumah maya ni. bila dah lama x mengupdate mmg susah la nak mulakan balik kan... buat kuih lapis ni petang td untuk minum petang, so nak jugakla tepek kat sini.

resepinya kak rose pernah buat, tp versi pelangi dengan kaler yang terang benderang, tp kali ni kak rose cuma buh kale ijau jer dan yg kuning tu warna asal tepung kastad. jimat kaler, yang sebenarnya malas la tu! mekasih pada hana kak rose cnp resepinya ya.

Bahan-bahan: (dengan acuan kecik2 ni kak rose dapat 20 biji)
  • 2 cawan santan pekat - hana lebihkan 1/4cwn
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad - hana buh tpg jagung (kak rose pun)
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna merah, hijau, kuning & ungu ( x buat pelangi, cuma buh kaler ijo jer!)

Cara Menyediakan
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian.
  2. Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
  3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
  5. Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
  6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  7. Kukuslah hingga kuih masak.


Friday, August 24, 2012

Dari Gerik lagi.....

Asalamualaikum dan salam syawal ke enam....

another short up-date dari Gerik. kami masih dalam perjalanan balik dari Kelantan dan singgah bermalam di Gerik lagi... Hotel Gerik yang sama kami singgah masa nak balik kelantan ari tu. bertolak dari KB jam 12.30 pm dan cuma sampai kat Gerik jam 5.30 petang. mmg sangat banyak kenderaan disepanjang perjalanan dan juga di setiap r&r. nasib baik ada bawak bekal, x la berlapo diperjalanan.... berhenti di r&r Titiwangsa, tp punyala ramai maknosia, nak bli kopi panas pun berbaris panjang.... at last lupakan saja n makan bekal bila dah sampai kat hotel. esok pagi akan teruskan perjalanan raya kami.

sampai jumpa lagi nnti ya...

Monday, August 20, 2012

Short update dari Gerik

Asalamualaikum dan selamat berhari raya. Bagaimana dengan sambutan raya kawan2 semua? harap semuanya berjalan lancar dan bergembira disamping keluarga tersayang... buat kak rose semuanya ok saja, syukur sangat2.... cumanya perjalanan nak balik kg tu mmg sangat mencabar!

pagi raya kedua kak rose dah mulakan perjalanan nak kerumah MIL. dari Johor singgah di shah alam untuk tukar beg pakaian dan meneruskan perjalanan ke kelantan... dan kini singgah bermalam di Gerik sbb x nak drive memalam melalui lebuhraya timur barat Gerik tu. bertolak dari Shah Alam jam 2 petang dan cuma sampai kat Gerik pada jam 8malam.... 6 jam perjalanan yang sangat memboringkan sbb jem yang amat2 ditambah pulak hampir sepanjang perjalanan tu hujan on and off.... panas montot duduk lama dalam keta!

sekarang nak berehat2 sambil melayan clash of the titans... esok sambung perjalanan ke kelantan lak... dan jumpa lagi bila kak rose dah balik nnti... tu pun kalau ada angin rajin nak mengupdate la. bye!

Friday, August 17, 2012

Salam lebaran 1433H

Asalamualaikum dan salam diakhir ramadhan ni. x sedar begitu cepat masa berlalu dan kini ramadhan sudah berada dihujungya... dan dikesempatan ini kak rose ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat teman2 dan juga pengunjung Seripayaku ini. walaupun kita tidak pernah berjumpa dialam nyata, kak rose susunkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa dan tersilap kata disepanjang berblogging dialam maya ini.

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin dan terimalah kad simple dari kak rose ni. pada yang akan memulakan perjalanan balik kampung tu berhati2 lah dijalan raya dan harap2 pengguna jalan raya semua pun macam kita jugak... bersopan dijalanraya dan semuga sampai ketempat dituju dengan selamat.

Thursday, August 16, 2012

Kole kacang versi malas...

ni dia kole kacang versi malas kak rose.... kole kacang minus the tahi minyak! malas sungguh nak buat tahi minyak tu, so olah sendiri guna je minyak masak biasa tu, alhamdullilah menjadi. mintak maaf banyak ya che'iza sbb kak rose dah derhakakan resepi asal kuih sedap nih!

walaupun tanpa tahi minyak, tetap sedap ditekak kak rose untuk bukak pose semalam.

resepi asal dari che'iza @ Myr... mekasih ya dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak....

Bahan-bahan ( 7-8 orang )
  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

ni versi rajin yang kak rose pernah buat dulu...

Wednesday, August 15, 2012

Bukak posa dengan berge

ikut je la apa anak nak makan... petang tadi dia request nak bukak posa dengan beger yang homemade punya.... x nak mekdonal tu pulak. masa g carefour tadi pagi bli mustard n roti bege tu je dan bahan yg lain2 suma dah ada kat rumah
mama punya portion.... bila dah banyak minum air, susah nak abeskan berger yang mewah dengan isi ni!

while mama bz sediakan menda lain, dia buat sendiri berge ni.... letak la segala mak nenek dalam tu..... coleslaw, timun, 2 slices of cheese, 2 burger patties, sos cili, mayonis n yellow mustard tu banyak2... kesian nasik dengan gulai daging n ikan merah goreng yang mama masak x de sapa nak makan!

ni untuk mama n anak... ayah punya x de dalam ini gambar!

Tat bunga bunga

buat lagi tat muner2 ni... nak buat yang gulung2 cantik tu mmg keras tangan la. x pandai sungguh nak menekan doh tu bagi elok2... so buat jer yang senang terap n masuk dalam paper cup, kalau pecah2 pun dah tutup dek jem tu dah x nampak kan... apa punya alasan kan?

sejak pertama kali jumpa resepi dan nengok kehalusan hasilnya oleh tuan punya resepi mmg berkenan sangat dengan tat munger ni. jem tu suka la nak isi apa kan. kak rose buat dengan jem strawberry dan juga jem nenas. semalam bukak posa dengan tat ni dulu. fresh n best! mekasih pada nor secubit garam untuk resepinya. kak rose tepek sekali lagi kat sini ya.

Bahan-bahan
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (Ghee lagi sedap)
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)


* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli) (kak rose guna starwberry jam)

hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati. (kak rose x sapu pun... x rajin sebenarnya!)

Cara2:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.

* Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.
* masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.
* sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak. K.Nor akui mmg cun bila buat gini, cantik jer warna kuning telur tu bila tart siap dibakar. Tapi kerana leceh sket dan nak cepat, K.Nor cuma dpt buat utk 1 tray jer.. Cuba la kalau nak tart kita cun jer outlook dia..


Caught red handed!

akhirnya!!!! gigih pepagi hari menjadi cameraman di tepi jalan! tau lah kak rose sapa yang punya keja cakar kat bumbung n bonet keta anak bujang yang paking kat tepi jalan.... keta yang ni pun banyak dah dicakarnya wpun paking diporch. macam x de tempat lain dah nak mengasah kuku tu kan. x kiashla kalau nak tidur baring lepak2 atas tu tp jangan la cakar2... sayang reta kita ni kucing oi! dah lah laman rumah yang sekangkang kera tu dijadikan jamban dia, keta pulak untuk dia nak mengasah kukunya!

wahai tuan punya kucing, didiklah kucing mu itew untuk tidak meyesakkan dada kak rose ni! sekian rambling dipagi hari!

Tuesday, August 14, 2012

Butir nangka....bute nako?

menu bukak posa semalam.... x tau dah nak wat kuih apa so ni la yang paling mudah disediakan dan disukai keluarga jugak... jadi berulang2 tayang la kan. resepi yang sama tp nama bermacam2... kali kedua buat sepanjang puasa ni dan bila dapat makan semangkuk bubur ni terus kenyang... apa lagi bila berbuka mmg banyak minum air, goncang rasa perut masa g terawih!

takut jugak kalau kaler2 tu akan buat allergic tu datang lagi... tp sehingga pagi rasanya x de pulak gatal2 tu... Alhamdullilah. harap2 pas ni pun jangan lah ada lagi allergic pada food colouring ni.

Monday, August 13, 2012

Biskut kelapa delima

biskut kelapa delima yangg dah dibuat dua hari lepas.... x pe kan, mmg buat untuk rayakan, jadi x salah kalau nak tayang sampai hari raya pun! teruja bila tengok kegebuan biskut dengan jemari CMG yang sama gebus tu kak rose pun teringin nak mencuba... something different sbb ada serbuk badam n kelapa kering yang dikisar halus. jom tengok resepinya yang kak rose cnp dari rumah CMG ni. mekasih banyak2 ya Mat.

AHAN-BAHANNYA :-)
225 gram tepung jagung (mat guna jenama Brown & Polson, jenis dalam tin)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 gram gula aising
75 gram kelapa kering, kisar halus
25 gram serbuk badam
1 biji telur gred A
Beberapa titik esen rose @ 1/2 camca teh esen vanilla
200 gram mentega (kurang lebih, sebab ikut kelembutan adunan)

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan kecil ceri
Kelapa kering

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan kelapa kisar, serbuk badam dan tepung yang telah diayak tadi, gaul rata dan ketepikan. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Tambah esen rose atau vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi seakan2 teksture serbuk roti.
  2. Tambah mentega sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga adunan tadi menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Bahagikan doh tadi pada 3 - 4 bahagian, tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  3. Ambail 1 bahagian doh, canai setebal 1/2 cm,kemudian terap dengan acuan kegemaran anda. Susun atas loyang pembakar, sapu kuning telur, hias dengan ceri dan tabur sedikit kelapa kering. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit, bergantung pada oven masing. Biarkan biskut sekejap atas loyang sebelum disejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..


Puding roti karamel

slama pagi isnin semuanya.... harap2 semuanya berjalan lancar dan ceria saja dalam menjalani ibadah puasa yang tinggal x berapa hari saja lagi. Alhamdullilah masih diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan mulia ini. puding roti karamel ni kak rose buat hari jumaat lepas tp x sempat nak buat posting kat sini.... entah apa yg bz sangat. resepi puding ni kak rose amik dari rumah Nor secubit garam, sedap sangat disuap masa bukak puasa.... sejuk dan nyaman jer. Nor, rosaliza tuan punya resepi asal dan hana yang telah mencuba, mekasih ya dan izinkan kak rose sharekan resepinya kat sini lak.

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana, Nor Secubit Garam

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Saturday, August 11, 2012

Mocha crunchy

salam dan selamat berhujung minggu semua. sibuk buat cookies? kak rose nak jugak menyibuk buat sekut raya ni... ni cookies ketiga kak rose la kiranya. buat pun yang mudah2 jer dan bahan yang ada kat rumah...semalam buat 2 cookies ni tu pun dah rasa macam nak pengsan dah sbb pas siapkan yang ni kak rose buat pulak mertabak kecik2 tu untuk buat moreh kat mesjid. ni giliran kali kedua buat lorong rumah kak rose ni. jenuh berdiri depan dapur nak siapkan 50 biji mini murtabak tu... tp berbaloi, bila selesai terawih tu amik piring tu dah abes isinya. Alhamdullilah.

cookies crunchy ni mulanya nampak kat rumah Noorma terus saja nak buat. mekasih ya sharekan resepi ni dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak....

Bahan2
300gm mentega
300 gm tepung gandum
150gm gula kastor
120gm cornflakes - diramas
100gm coffee chips
50 gm hazelnuts dicincang kasar (kak rose guna yang serbuk)
2st mocha essence
1 pek nescafe 3 in 1
1st emplex

Cara2
pukul butter, mocha essence, nescafe 3 in 1 dan gula. pukul sebentar, sekadar sebatikan semua bahan2 tu
masukkan semua bahan2 lain... gaul sebati
dengan menggunakan sudu kecil (sbb adunan ni lembik sket) sudukan adunan ke atas loyang yg berglis
bakar pasa suhu 180'c selama 35-40 minit
siap

Friday, August 10, 2012

Biskut badam madu


salam tengahari jumaat dan x berapa hari lagi kita akan merayakan Aidilfitri... pastinya para surirumah sibuk membuat persiapan hari raya terutama menyediakan cookies. bila tengok ramai yang tayang cookies kak rose nak jugak rasa teruja menyambut hari raya. dan ari ni kak rose buat 2 jenis, satunya biskut badam madu ni... sebenarnya list dah panjang tp bila nampak resepi ni terus je nak buat... tolak tepi list yg dah ada. pagi tadi nampak resepi ni dari Dapur CT dan ni lah hasilnya, wpun x secantik CT punya!

CT, kak rose cnp resepinya n kongsikan kat sini ya, terima kasih banyak2 share resepi cookies ni.. tp mintak maaf banyak2 sbb x dapat nak backlink. kak rose buat 2 adunan, so doublekan all the ingredients.


Bahan-bahan :
125 gm butter - suhu bilik
2 sudu besar madu
50 gm gula icing - ayak
180 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
75 gm serbuk badam
1/2 sudu teh baking powder
1 biji kuning telur - sapu atas biskut

Hiasan :
kepingan badam secukupnya



Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar 170 C selama 10 minit. Bakar adunan biskut rak paling bawah dan guna api bawah sahaja.
2. Masukan butter dan gula icing dalam mangkuk adunan dan pukul hingga kembang dan putih. Tambahkan madu dan pukul sebati.
3. Masukan tepung gandum , baking powder, susu tepung yang diayak kedalam mangkuk adunan dan badam. Gaul rata. Jika adunan lembik boleh ditambah sedikit tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
4. Gelek adunan atas meja yang ditabur sedikit tepung setebal 1/4 inci dan terap dengan acuan pilihan. Jarakkan adunan dalam 1 1/2 inci.
5. Sapu kuning telur atas biskut dan letak badan hiris dan tekan sedikit.
6. Bakar biskut selama 15 minit hingga tepi biskut perang keemasan. Sejukan atas loyang 2 minit dan sejukan sepenuhnya atas rak dawai dan simpan dalam bekas kedap udara.

Garlic mashed potato

menu bukak puasa yang merapu.... atas pemintaan anak yang nak makan mashed potato mama pun buatla... ikut resepi yg cik google carikan.... dari blog Fiza Nordin. ikut sepenuhnya seperti dalam resepi tu tp kak rose rasa macam muak sket mungkin sbb butter n susu tu kot... entahlah mungkin tekak kak rose ni x leh nak makan yg merapu meraban cenggini.. biasanya buat mashed potato ni guna resepi yg lain2 tu ok jer... makan lak dengan frankuter, fries n nasik goreng. nasik goreng makan dengan mashed potato? perut jawa ni nak jugak nasik, tp anak n ayah makan dengan bread stick pizza hut mari punya... tp x dan nak amik gambo dah!

mashed potato in the making..

Fiza kak rose cnp resepinya ya n banyak2 tq.

Bahan-bahan(Mashed Potato):-

* 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
* Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
* 3 sudu besar butter
* 2 sudu besar mayonaise
* ½ cawan susu segar/ fresh cream
* 1 sudu kecil black pepper

Cara-cara (Mashed Potato) :-

1.Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.

my plate yg penuh kejawaan, minus the bread stick

Bahan-bahan (Gravy) :


* 2 ulas bawang putih dicincang halus
* 2 sudu kecil black pepper
* 2 sudu besar Worcestershire sauce / lea&perrin
* 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air (kak rose guna 1 sudu jer... x la hitam sangat kuah tu!)
* 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
* 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
* sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara-cara (Gravy) :

1)Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
2)Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
3)Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
4) Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi.

Thursday, August 9, 2012

Biskut coklat urai

salam dan selamat pagi semua.... dah masuk fasa ketiga ramadhan dan bila tengok kat mesjid pun jemaah muslimah makin berkurangan... agaknya memasing sibuk membuat persiapan hari rayakan.... ya lah selagi x raya selagi itu lah semuanya nak disempurnakan. dan kak rose pun kena lah jugak merajinkan diri untuk mengukis dan hasil pertama yang kak rose cuba semalam biskut cokelat urai dari Qasey Honey ni....

tp ada kisah nya disebalik kejadian biskut ni...itu lah kalau membaca x abes, cuma tengok sukatan bahan2 je dah konfiden nak buat dan hasilnya sendiri mau ingat la kan.... sukatan tepung tu adalah sangat banyak untuk adunan ni dan nasib baik belum masukkan semua tp dan nampak macam keras sket.... bila baca semua coretan QH tu barulah tau tepung x perlu digunakan sepenuhnya.... dan kak rose punya masih berbaki 120gm pun dah nampak cam keras... terpaksa lah kak rose uli semua dengan memasukkan sedikit butter.... nasib baik menjadi elok dan x lah keras kejadian biskut ni.... huh! urut dada kak rose! pas tu barulah baca kat blog Naz... mmg kena kurangkan tepung!

resepinya kak rose cnp dari QH, mekasih sharekan resepiya ya... dan untuk kengkawan yg nak cuba.... ni dia resepinya.

BISKUT COKLAT URAI
Oleh: Chef Jamaliah Ahmad
Sumber: Majalah Rasa (Selera Syawal) Ogos 2011
Anggaran 40 – 50 biji

Bahan2
250gm mentega
140gm gula halus
2 biji kuning telur
480gm tepung gandum + tepung red rose (kak rose guna 360gm jer, tu pun keras sket, terpaksa uli balik dgn menambah sedikit butter!)
50gm serbuk badam
50gm serbuk koko - QH guna van houten
2 sudu teh esen vanilla
Sedikit coklat urai – untuk hiasan

Caranya
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla.
3. Masukkan serbuk badam, serbuk koko dan juga tepung (untuk tepung dimasukkan sedikit demi sedikit). Pukul lagi hingga menjadi adunan yang lembut.
4. Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan.
5. Taburkan dengan corak urai di atasnya dan bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

Info Chef: Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan biskut ke dalamnya.


Wednesday, August 8, 2012

Murtabak segera ulang tayang

murtabak segera untuk iftar semalam.... kak rose buat inti dengan isi ayam dan kentang. 2 biji kentang tapi isi ayam tu taruk banyak2 dan bawang jugak banyak2.... semua nak tamak. sudahnya makan sekeping dah x larat hinggalah balik dari mesjid baru jamah sikit nasi... tu pun sbb kena jugak amik nasik sbb masa sahur cuma makan toast n nescafe o jer....

kak rose buat sepuluh keping beso2 ni dan rezeki jiran kak rose la dapat merasa murtabak segera ni. nak resepi leh tengok kat sini tp kak rose buat sebiji telor untuk sekeping murtabak ni.... sure kanyang la kan! cicah dengan bawang cuka yg kaler merah macam kat pasar malam tu.

Ikan merah bersos asam jawa

salam dan selamat pagi semua... pagi2 subuh nak menayang lauk petang semalam. masakan ulang2 tayang tapi nak jugak letak kat sini. rasanya lama dah x masak ikan dalam sos asam jawa ni. mmg kena betul dengan nasik panas2, x yah santan bagai dan yg pasti x muak menikmatinya... tp bulan posa ni, makan sket pun dah kenyang, apalagi macam kak rose makan pun dah lewat pas balik dari terawih... tu yg x brapa nak makan. perut kenyang dek minum air! buat ikan ni 2 keping je pun, tapi sampai boleh anak makan untuk sahur!

resepinya dari leen yg dah menghilang dari dunia blogging ni.... entah kemana menghilangnya ya tp resepinya tetap menjadi kegemaran kak rose n keluarga. terima kasih ya.

Bahan-bahan:-
1 ekor Ikan Siakap (kak rose ganti ngan ikan merah)
1-2 labu Bawang Besar **
4-5 ulas Bawang Putih **
Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
(tapi leen belasah semua sebiji) (kak rose guna cili merah n hijau jer)
7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
(tomato dipotong dadu - yg ni kak rose tambah spt yg leen suggset tu)
** - cincang kasar

1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:-
-Ikan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
-tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau
(leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
-masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
-dah didih dan cukup semua rasa, leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu, dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
-tuang atas ikan tadi
-sedia dihidang...

nota: lainkali leen nak tambah tomato cincang atau nenas... mesti lagi sedapppp!...
cuba korang try....

Tuesday, August 7, 2012

Air kelapa muda

salam dan selamat petang... hari yang sangat panas berbahang ni kak rose saja nak tayang air kelapa muda yang baru kak rose buat... sungguh x pandai nak belah kelapa muda ni... ade ke orang belah kelapa macam kepak durian... x mengapakan asalkan dapat isi dan airnya sudah le! waktu berbuka masih jauh tp air dah ready? x pe kan sediakan awal2 n sejukkan.... biar nyaman ditekak bila dihirup masa bukak posa nnti... penat sepagi ni melayan anak bujang yang nak tukar tayar n rim moto dia.... mama yang koyak poket dibuatnya!

nak minum? amik sorang saty ya... jangan rebut2! x cukup boleh refill.

Bila vit m menyerang....

bubur cha chayang lemak manis.... keledek kuning n oren, keladi n cha cha.

salam dan selamat pagi.... wah! pagi pas sahur terus ngadap komputer.... sllunya malam pas terawih mmg ni la kejanya tp mlm tadi x dapat nak mengupdate. pas balik dari mesjid terus siap2 nak g up-town kat sek 24 tu. actually x pernah g pun sbb memang x rajin nak meronda malam2 hari tp sbb nak temankan anak yg nak macam2 tu pergilah jugak.... mak dato, ramainya manusia tok sah nak cakaplah.... camnerlah derang boleh bawak anak2 kecik berdukung, dengan stroller ketempat2 yg sesak n panas cam tu kan. kesian kat anak2 kecik tu. kenapalah up-town tu cuma bukak waktu malam je? parking lagi satu hal, jadinya kena la jalan kaki jauh sket dari tempat tu, kiranya ekersies malam la tu kan!

semalam kiranya hari berkemas rumah, pagi2 lagi mmg dah plan nak tuko langsir yg bukan baru... guna jer yg lama tu, tp baru pakai sekali jer pun. pagi tu mmg terik panas dan cepat2 basuh tp bila siap basuh jer hari pun dah mendung n hujan pulak.... kat mana la nak sidai langsir yg berat dan lebar tu... jadi masaalah la pulak. tu yg menjadikan bertambah2 malas nak wat keja.... so bukak posa pun cuma sediakan bubur cha cha jer dan mekdonal yg ada value meal tu. senang keja dan jimat kan?

mmg terbuntang perut nak ngabiskan sekeping foldover tu....
kesian kat fries, kejung dah pagi ni, kenyang la cik tong dapat makan!

Sunday, August 5, 2012

Penghilang dahaga

salam dan selamat berhujung minggu semuanya.... petang ni nak tayang hasil dari balik kampung semalam. sayang jugak buah kedondong yang melayut didepan rumah mak tu tp x de sapa pun yang peduli. kesian dia kan, masa bulan posa ni la segala buah pun macam terbiar x termakan. apa lagi ada rezeki kak rose nak buat jus kedondong asam boi lagi untuk penghilang dahaga petang ni. Alhamdullilah... dapat dua jug beso, satu untuk kami 3 beranak dan satu jug lagi kak rose antar rumah jiran...

sila la jangan terliur dengan jus kedondong asam boi ni, bawak2 bersabar.....
dan selamat berbuka puasa untuk semua

Saturday, August 4, 2012

Ayam masak asam pedas

salam dan selamat pagi 15 ramadhan.... sekejap jer dan setengah bulan kita berpuasa dan pastinya ramai dah sibuk dengan persiapan hari raya terutama mengukis la kan... bermacam2 resepi cookies yang ada untuk dicuba, cumanya belum ada semangat nak membuatnya... nnti2 lah kalau dah datang angin rajin. sementara belum mengukis kak rose nak tepek gulai asam pedas yang kak rose buat petang semalam... lauk simple dan x muak. resepinya kak rose cnp dari rumah yatie yg asalnya dari rumah hana. mekasihya semua...


Bahan Kisar
  • 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
  • 1 labu bawang besar
  • 4 bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan (kak rose x bubuh yg ni)
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk halus

  • 1 ekor ayam- di potong, bersihkan dan di toskan
  • segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawan air
  • 1 sudu besar halba
  • 1 batang serai - diketuk
  • daun kesum - ikut suka banyaknya
  • 1 btng bunga kantan-saya tambah (kak rose x de!)
  • 1 biji tomato - di belah empat
  • 1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
  3. Masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula dan garam secukup rasa . * masam, pekat atau cair kuahnya ikut selera masing2*
  4. Siap untuk di hidang dan dimakan