Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Tuesday, February 20, 2024

Stellar Diamond Pearl

 Bukan main lagi kan nama kaler dia... kalau tengok macam silver jer pun.

Dah dekat sebulan dah new big boys toy ni ada kat rumah, tapi baru ada kerajinan nak tepek kat sini. Jangan tertipu, kat show room dia parking kat tempat all new crv... tapi crv tu beyond our means la kan.. so amik jer yang adiknya... kurang sikit lah rmnya kan... so Stellar Diamond Pearl WR-V RS ini lah additional to our  Alabaster Silver Civic L series yang dah bertahun guna tu..


nak jugak tayang montot dia... walaupun size dia kecik sket dari civic tu tapi tak pe lah cuma untuk kami berdua jer pun penumpangnya... dan kalau ada dua cucu kekcik2 tu kalau nak ikut kami. bak kata sang anak.. kan ayah downgrade kereta, so jterima je lah kan...
adik KA pun nak ikut jugak masa nak amik kereta ni di show room di Glenmarie Shah Alam, tempat yang sama kita amik civic dulu... dan deal dengan salesman yang sama jugak..
ade peluang parking sebelah menyebelah dua beradik ni.. WR-V RS dan Civic L series bersama tuannya dan cucu pun nak posing bersama..

L series ni dah banyak berjasa buat keluarga kecil kami... pernah kena denda kerana silly mistake dan semua itu pasti jadi pengajaran dan kenangan..Apa pun Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan buat keluarga kami. tepek kat sini buat kenangan dan bacaan dikemudian nanti

Sunday, August 27, 2017

Seharian semalam...

 hari sabtu yang sangat banyak errand nak kena buat...ngalahkan pak menteri sibuknya... sibuk camner pun, sarapan kena amik dulu kan.. dan ubat jugak... masa ni kepala ade sedikit ting tong... tapi makan tetap laju jer.... roti kosong dan nescafe o kosong. en asben makan roti telo dan nescafe nya lah!

 disebabkan kepala yang rasa ting tong tadi tu... rajinkan diri pergilah jumpa doktor... masa tengah menunggu giliran, ada pulak emergency kes, sakit jantung agaknya, so doctor pun rushing sana sini... hinggalah pesakit tadi tu dihantar ke hospital... barulah dia sambung to attend the patients... dan kak rose pun kenalah tunggu lamaaaaa kat klinik tu...

lepas keluar dari klinik terus ke sepital, en asben nak ziarah kawan yang masih koma sejak pembedahan 23 hari yang lalu. tapi kini dah dipindahkan dari wad ccu ke hdu pulak... ada perubahan yang positif dan itulah doa dari kami semua kawan2 nya... si isteri setia menunggu disisi suami.  sayu sangat hari ini, sepatutnya hari bahagia menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 29, tapi sisuami masih tidak memberikan response bila dipanggil... jatuh jugak air mata walaupun puas menahannya tadi... semuga Emma tabah dengan ujian ini...

 on de way balik singgah kat Al Ikhsan dekat tol batu tiga tu... mulanya en asben jer yang nak bli, tapi mana boleh kan... so dapat jugak lah sepasang kasut ni... muga lepas ni bertambah semangat nak berbrisk walk lah pagi2 hari tu... dan harapnya dapatlah capai tenthousandstepsaday tu... ataupun akan hanya tinggal angan2 jer, time will tell... tengok lah minggu depan nanti...😁😁😁

 beli kasut dapat pulak free botol air ni.... 😊😊😊

 dah lewat baru dapat g makan... restoran Azira jadi pilihan.. tiap kali ke sini, pecal jawa, kerabu dan sayur je pilihan kak rose... dan teh limau panas. pas tu berbondong2 bungkus goreng pisang dan bubur pulut hitam untuk minum petang. menternak lemak bagai tak hengat!

 lepas tu settlekan yuran penyelengaraan untuk rumah pigeon hole kak rose kat batu tiga tu...walaupun rumah kosong, tapi maintenance fees tetap kena bayar kan... tapi ramai jer yang tak endah langsung pasal yuran ni... so as if kita bayar untuk kesenangan penduduk kat situ jer... rasa macam tak adil kan? tapi itulah hakikatnya...jmb pun pening kepala nak buat collection untuk maintain the building well being!

 lagi $$$ mengalir laju... perbaharui cukai jalan dan insurance kereta di honda showroom glenmarie... walaupun dah ade ncd, tapi gst kena 48 hengget!... tak nak bayar boleh tak?

lagi sekali kena gst... g service pulak... ya lah nak jalan jauh balik kampung berhari raya, kenalah belai dulu supaya tak merajuk nanti.. dan bertambah2 lah koyak poket hari ini...sekian merapu meraban dihari sabtu yang hetic!



Saturday, May 7, 2016

2nd hand punya jer....

 selepas buat major service for 80k km dan ganti tayar kini giliran nak kan sport rim pulak... tapi tak de la nak beli yang baru.... second hand punya pun jadi la kan... tapi kata tuan kedai tu rim ni pun dari kereta baru yang nak ganti rim masa kuor kedai... so amik jer la, harap boleh nampak cantik sket instead of guna yang clip tu jer kan.

 jauh kami g nak tukar rim ni.... sampai ke sungai petani nun... dan kalau tengok kat kedai ni, most of the rim yang ada dalam tu untuk kereta jenis macam ni... masa kami sampai tu pun ade beberapa kereta comel2 ni sedang mendapat layanan..

bill untuk second hand rim... lain kali kalau nak tukar lagi kena lah support sendiri ya, busu.

Tuesday, May 3, 2016

Dia pun nak jugakkk

lepas dapatkan gelang untuk si glittering silver tu yang si alabaster silver pun nak gelang baru jugak.. selepas g service, kena pulak tuko gelang baru... tapi yang ni cuma belikan 2 biji jer... sbb yang rear tyre tu elok lagi... jimat sikit poket tu lepas dah kena dek Myv tu hari... macam jeles la pulak dua ni kan... tp actually dah sampai masa pun kena belikan gelang baru tu...

 
 gelang baru yang mahal... michelin 205-55-16 primacy 3.. apa punya nama kan tayar ni... lantak la labuuuu... harap2 selamat sepanjang masa lah kami penggunanya..

dua biji gelang pun dah lebih dari yg si glittering silver tu punya...

Monday, April 18, 2016

Service dan gelang baru...

 hari yang membocorkan poket untuk kereta ni.... memula g service untuk 80k km, major service katanya... memang berjalan sungguh budak ni... 3 tahun lebih dia guna, dah jalan sejauh 80k km, kereta ayah yang 3 tahun lebih tua pun baru 70k km perjalanannya..so banyak lah yang kena tengokkan... parts n service pun suma kena tengok.... so end up sampai kena about 600/- dan tambah gst lg... kena bayar jugak la kan...

pas buat major service tu, g tukar tayar pulak... bertambah berlubang lah poket mama dan ayahnya. ok la kali ni mama bayar, nanti bila dah keja dan ade duit sendiri, jadilah tanggung jawap sendiri untuk maintain keta tu... boleh mama dan ayah lepas tangan pulak....

Monday, December 29, 2014

Gelang dan manik2 baru untuk sisilver...

 dalam sibuk2 berkemas dan packing barang untuk nak berpindah, si silver ni pun tak mau mengalah, berkehendakkan gelang dan brake hub bearing yang baru. dan terpaksa layankan kehendaknya sbb masa travel balik dari johor pada sabtu lepas tu memang ade bunyi yang menyatakan ade something yang tak kena... bila bawak g workshop mmg kena kaw kaw la...

 ni la menda brake hub bearing yang betul2 boleh mengoyakkan poket tu...

dan sepasang gelang baru yang tambah membesarkan lubang koyak tu....

Friday, October 10, 2014

Costly silly mistake!

tu dia! kemain tajuk omputeh gitu! kalau dalam bahasa cam ner nak kata ya? kecuaian yang sangat mahal? apa apa je lah.... tapi yang sebenarnya memang sangat costly buat kak rose for this kind of silly mistake.  masa keluar dari Thailand pada ziarah yang lepas, bila lalu kat kastam tu memang tak de officer yang kat meja, so kita pun terus jer lalu... dlm hati tertanya2 jugak kenapa x de orang nak check kereta bagai... dan bila kali ni nak beli insurance untuk masuk semula, dia kata the car is still in the country n already over stayed! huh?.... so insurance pun tak boleh beli dan dia soh pergi jumpa pegawai kastam pulak...sapa yang pernah lalu kat Sungai Kolok boundary post tu akan tahu camner serabutnya kat situ...

 kita yang x paham bahasa Thai ni terpinga2 dibuatnya... dan bila mintak explanation custom officer tu terangkan dalam bahasa Thai jugak....mintak nak cakap dengan someone yg boleh berbahasa Inggeris pun dia kata no.  cuma dia tunjuk arah dengan tangan soh kita g jumpa officer kat pejabat lain... yg ni pun sama jugak, berketul2 paku kat atas bahu tapi bila tanya jawapnya I don't know, I don't know je! dah jadi macam ayam cakap dengan itik jer dibuatnya! at last ni yang dia bagi.... nak baca camner la hai!

 nak terangkan yang kita kena denda sbb overstayed tu pun susah sangat. dan inilah notice yang ditampal kat pejabat custom tu.... jika tidak membawa ini kenderaan dari Thailand keluar pada tempoh masanya, perlu membayar denda 1,000 bahtt/hari. kalau nak kira kereta kak rose dah overstayed selama 7 bulan.... boleh pengsan nak membayar denda tu, tapi nasib baik lah denda maksimum ialah 10,000 bath jer.... jadi amount itulah yang kena bayar....

ini lah borang custom declaration yang x diserahkan masa nak keluar pada ziarah yang lepas tu... at last jumpa jugak seorang pegawai kastam yang boleh kecek kelate bertabur2.... at least kita boleh paham apa yang dia nak sebenarnya... alangkah eloknya kalau yang duduk front line  dan berurusan dengan pelawat di border cam ni tahu sedikit sebanyak bahasa yang lain dari bahasa ibunda...ianya akan sangat membantu.

 dan dengan hati yang sangat reluctant, bertukar tangan lah dengan 10,000 baht ni... dah lah di komplek immigresen tu tak de money changer dan kita tak boleh nak bayar dengan duit ringgit, so terpaksa pergi ke pekan Golok dulu untuk tukar currency... exchange rate rm1=9.8baht. nasib baik ade motor penambang yang boleh tolong hantar dengan cost rm20/-.... kereta memang dah x leh nak gerak selagi x bayar denda tu!

buat pengajaran dan peringatan untuk masa2 akan datang... kecuaian yang sangat mahal buat kak rose yang tak de duit ni.... ya lah as if paying for nothing kan! terbantut segala plan nak berjimba2 di Thailand!

Saturday, August 30, 2014

Beli gelang untuk keta busu....

 
Berlubang besar poket mama dan ayahnya hari ni... service dan beli gelang baru untuk keta busu. dah setahun setengah guna keta ni dan hari  ni kena g service 40k km... major service katanya. pagi2 dah terpacak kat service centre di Glenmarie... disebabkan appontment penuh, kena lah jadi walk in customer, tu yang seawal 8.15am dan sampai kat situ, ... nasib baik lah tak lama sangat masa menunggu dah dapat giliran untuk diservice...dan by 9.20 cam tu dipanggil untuk register dan pot pet bla bla apa yang patut diservice, since it is major service jadi bill pun lebih dari service yang biasa tu.  before 10am dah siap. terperanjat jugak sbb cepat sangat, tanya jugak kat technician tu betul ker apa yang diservice sbb rasa cam cepat sangat siapnya, takut jugak kalau dia buat cincai boncai jer kan....

 dah siap semua, terus g kedai tayar pulak.... belikan 4 gelang baru pulak. ya lah sejak mula guna belum pernah tukar tayar lagi... dan minggu depan dah nak balik Melaka pulak, memang guna keta sepanjang masa jadi tayar pun nak jugak yang baru.... bertambah lah besar lubang poket mama n ayahnya...

 glittering silver dah dapat gelang baru.... 4 biji lak tu, pas tu buat alignment n balancing.... ade jer yang sakitnya keta ni...lasak bebeno ke gamaknya busu ni guna keta sampai tayar jadi tak balance, kengkang... tu yang kena additional charge seratus sembilan poloh hengget!

and the bill untuk kedua2 projek pagi tadi.... pesan mama dan ayah, jagalah keta dan guna dengan sebaik2nya.... janganlah asik bertambah calar dan kemek merata tempat.... depan dan belakang.

Sunday, July 21, 2013

Kawan2 pernah dapat ni?


salam ramadhan ke 12 dan salam hari minggu juga buat kawan2 semua... huh!!! dah bersawang berhabuk dah rumah maya kak rose ni, tapi nasib baik kan sbb sambal ikan bilis kacang tu x cepat rosak, jadi masih boleh juga buat hidangan buat kawan2 yang bertandang kesini...maaf banyak2 sbb tuan rumah balik kampung ke kelantan untuk ziarah MIL yang kurang sihat..  x de paln nak balik pun masa bulan posa ni, kira mengejut je nak balik ni. tengahari tu en asben called boleh cuti n balik kg. so kak rose pun cepat2 siapkan kain baju and masak untuk bawak bekal bukak posa nnti. en asben balik keja petang tu terus gerak dan kami bermalam di Gerik. bukak posa diperjalanan sebelum sampai di pekan Gerik dan bila dah rushing tu mmg ade je yang x kenanya...dan inilah yang kami dapat.... terlupa pulak nak on kan aes detector tu dan bila dah kena capture baru lah teringat nak on kan... nasik dah jadi buburkan, sediakan je lah duit raya 300 tu untuk bayar! kena capture ni 124km/hr, tepi2 jalan tu ada tengah buat construction n banyak cone disepanjang jalan dan kamera aes jugak...

peringatan buat kawan2 yang nak ke utara, camera ni terletak di km 375.9. dalam perjalanan balik semalam, saja tengok baik tempat kena capture tu, mmg banyak sangat kenderaan yang kena flash...mmg off guard la kalau x on kan aes detector tu. dan dalam print out list yang kak rose dok bawa di km ni x de pun tercatit adenya kamera ni, tp yang paling hampir ialah di km 373.2 dan 367.9 tp x nampak pun..... apakan nnti akan dipasang jugak di sini, kiranya kalau siap nnti akan ada 9 lagi kamera aes ni disepanjang lebuhraya di Perak antara Kuala Kangsar ke Slim River?

meh kita tengok video ni....when punishment become a business! perlahan2 memandu.... not more than 120km/hr ya!
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=M1bL0fd0ekU
 baca yang ni jugak ya...
http://aesdetector.blogspot.com/2013/07/673339-saman-aes-telah-dikeluarkan.html

Saturday, January 19, 2013

Malas2 dihujung minggu

 salam hujung minggu semuanya.... hari sabtu yang malas2 ni ada jer kerja nak buat. pas bekpes terus g ke subang jaya untuk nak pasang tinted pada keta anak ni. tp punya lah jem jalan nak ke kedai tu, jadi sampai pun dah dekat kul sebelas gitu. pas tu pot pet pilih kaler n bagai terus pasang. belikan jugak carpet mat tu. tok tek abes la jugak setengah k. lama jugak nak siapkan ni, sampai dah kelaparan dibuatnya...

 on the way balik lagi la jem gila jalan.... banyaknya keta dijalan.... nak kemana agaknya semua orang ni ya... pusing2 cari jalan alternatif, lalu kat smc terus bli ayam golek tepi jalan tu... balik rumah tinggal goreng nasi  ni.... late lunch dengan ayam golek dengan nasi goreng bodo2. plan asal nak g makan2 kat luar, tp bila tepon anak, asik voice mail jer. tu yg kensel n terus balik rumah je la. esok boleh la plan gantung piok makan kat luar!

 cempedak kematu goreng 60 sen sebiji!

kat sebelah gerai ayam golek tu ada jual goreng pisang, keropok jugak goreng cempedak ni.... so bli goreng pisang 2 hinggit n cempedak 2 hinggit. kak rose pun bayarlah 4 ringgit, tp bila dah jalan dia panggil balik, "kak kurang singgit!" kak rose pun tanya balik,  td dah kasi rm 4 kan, baru la dia kata cempedak ni 5 for 3 ringgit! kalau lah dia letak tanda harga kat situ kan senang, x yah nak terjerit panggil customer yg dah bagi terkurang singgit ni! rasa x berbaloi lak cempedak kematu yg cenonet tu bernilai enam puloh sen sebiji! atau duit kita yg x bernilai sekarang ni?  entah ler!

Sunday, December 30, 2012

Untuk anak....

 the glittering silver masih berada di delivery bay

selamat pagi dan salam hujung minggu dihari2 terakhir tahun 2012.... time flies kan. x sedar 2012 dah sampai kepenghujungnya dan 2013 akan tetap menjelang dengan harapan tahun yang akan mendatang akan menjadikan kita lebih baik dari sebelum2nya, Insyaallah. dan sempena menyambut ulang tahun kelahiran anak yang kini memasuki twenty-series tu, ayah n mama dengan besar hati menghadiahkan glittering silver buat anak bujang mama tu. biar pun terlambat dua hari dari hari dari his actual birthdate tp x pe la kan.


n masa dapat this glittering silver semalam, tuannya berada di melaka preparing for his exam, so belum dapatlah merasa nak drive around. sabar2 ya, n jangan lupa jaga elok2.

Wednesday, December 26, 2012

Bye bye Waja

 Sayu jer.... it's time to say goodbye pada waja yang banyak berjasa pada keluarga kak rose ni... menjadi sole owner sejak mac 2002 tp kena terima hakikat jugak, walaupun dengan hati yg reluctant to let it go. apakan daya kan, bila dia dah berusia, maka maintenance pun bertambahlah.... ada jer yang sakitnya terutama power windownya dan juga menambahkan sakitnya lah poket tuan owner dia. jadi kena lah terima kata2... learn to let it go dengan hati yang lapang, cumanya berharap new owner nanti akan dapat jaga dia macam kami menjaganya....

 amik gambar for the last time depan rumah ni...

 dah bertukar tangan..... bekas owner turun dari wajanya for the last time....

bye bye waja.... semakin jauh dibawa pergi oleh new owner

Wednesday, August 15, 2012

Caught red handed!

akhirnya!!!! gigih pepagi hari menjadi cameraman di tepi jalan! tau lah kak rose sapa yang punya keja cakar kat bumbung n bonet keta anak bujang yang paking kat tepi jalan.... keta yang ni pun banyak dah dicakarnya wpun paking diporch. macam x de tempat lain dah nak mengasah kuku tu kan. x kiashla kalau nak tidur baring lepak2 atas tu tp jangan la cakar2... sayang reta kita ni kucing oi! dah lah laman rumah yang sekangkang kera tu dijadikan jamban dia, keta pulak untuk dia nak mengasah kukunya!

wahai tuan punya kucing, didiklah kucing mu itew untuk tidak meyesakkan dada kak rose ni! sekian rambling dipagi hari!

Sunday, May 29, 2011

Aduhai, wajaku....

kisah sedih dihari minggu.... waja yang kami sekeluarga guna selama hampir 9 tahun tetiba jadi cenggini.... so instead berehat2 dirumah sepanjang hari ni kami anak beranak berarak ke balai polis IPD Sepang untuk buat polis repot pasal eksiden td tu.... nasib baik the lady police yg terima repot tu sangat membantu jadi x la terasa tense sangat dengan keadaan keta yg cam tu... so lepas selesai buat repot terus je ke workshop tengok keta yg sangat tenat keadaannya...


inilah woksop nya di kawasan nilai 3.... Lai Hong Ming Motor, terus teringat iklan raya petronas satu masa dulu kan...Tan Hong Ming in love...I like her... her name is Umi Qazrina.... qute sangat!

the car.... beginilah keadaannya... sedihkan.

bahagian kiri depan yg teruk terhempas ke railing divider...

another pandangan sisi yang tersagat kat railing tu...

dari sebelah depan kanan... bumper depan yg nak tertanggal dah!

the severe one.... sampai tercabut tayar! and it will take about 3 weeks to get it done. tunggu je la kan...