Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 10, 2014

Costly silly mistake!

tu dia! kemain tajuk omputeh gitu! kalau dalam bahasa cam ner nak kata ya? kecuaian yang sangat mahal? apa apa je lah.... tapi yang sebenarnya memang sangat costly buat kak rose for this kind of silly mistake.  masa keluar dari Thailand pada ziarah yang lepas, bila lalu kat kastam tu memang tak de officer yang kat meja, so kita pun terus jer lalu... dlm hati tertanya2 jugak kenapa x de orang nak check kereta bagai... dan bila kali ni nak beli insurance untuk masuk semula, dia kata the car is still in the country n already over stayed! huh?.... so insurance pun tak boleh beli dan dia soh pergi jumpa pegawai kastam pulak...sapa yang pernah lalu kat Sungai Kolok boundary post tu akan tahu camner serabutnya kat situ...

 kita yang x paham bahasa Thai ni terpinga2 dibuatnya... dan bila mintak explanation custom officer tu terangkan dalam bahasa Thai jugak....mintak nak cakap dengan someone yg boleh berbahasa Inggeris pun dia kata no.  cuma dia tunjuk arah dengan tangan soh kita g jumpa officer kat pejabat lain... yg ni pun sama jugak, berketul2 paku kat atas bahu tapi bila tanya jawapnya I don't know, I don't know je! dah jadi macam ayam cakap dengan itik jer dibuatnya! at last ni yang dia bagi.... nak baca camner la hai!

 nak terangkan yang kita kena denda sbb overstayed tu pun susah sangat. dan inilah notice yang ditampal kat pejabat custom tu.... jika tidak membawa ini kenderaan dari Thailand keluar pada tempoh masanya, perlu membayar denda 1,000 bahtt/hari. kalau nak kira kereta kak rose dah overstayed selama 7 bulan.... boleh pengsan nak membayar denda tu, tapi nasib baik lah denda maksimum ialah 10,000 bath jer.... jadi amount itulah yang kena bayar....

ini lah borang custom declaration yang x diserahkan masa nak keluar pada ziarah yang lepas tu... at last jumpa jugak seorang pegawai kastam yang boleh kecek kelate bertabur2.... at least kita boleh paham apa yang dia nak sebenarnya... alangkah eloknya kalau yang duduk front line  dan berurusan dengan pelawat di border cam ni tahu sedikit sebanyak bahasa yang lain dari bahasa ibunda...ianya akan sangat membantu.

 dan dengan hati yang sangat reluctant, bertukar tangan lah dengan 10,000 baht ni... dah lah di komplek immigresen tu tak de money changer dan kita tak boleh nak bayar dengan duit ringgit, so terpaksa pergi ke pekan Golok dulu untuk tukar currency... exchange rate rm1=9.8baht. nasib baik ade motor penambang yang boleh tolong hantar dengan cost rm20/-.... kereta memang dah x leh nak gerak selagi x bayar denda tu!

buat pengajaran dan peringatan untuk masa2 akan datang... kecuaian yang sangat mahal buat kak rose yang tak de duit ni.... ya lah as if paying for nothing kan! terbantut segala plan nak berjimba2 di Thailand!

2 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm KakRose. Macam2 Along dah baca citer pasal Thailand ni... mmg teruk service they all tu. Penipu pun ramai so kena hati2.

nasa mulia said...

Kelalaian dorg jaga kaunter, kita yang kena bayar....banyak teruk diorang ini...RM1000 tu banyak nilainya