Bahan2nya:
2 cawan beras pulut *rendam lebih kurang 3 jam*
pati santan setengah cawan + air = jadikan 3/4(tiga suku) mug (kak rose guna sepaket santan serbuk)
daun pandan disimpul
Bahan Inti
setengah biji kelapa parut puteh
nise kampung/nise siam/gula melaka
sedikit garam
daun pandan disimpul
sesudu teh tepung beras + sesudu/2 sudu besar air masak
**kak rose tambah 2 sudu makan gula putih.
Cara Masak Pulut
Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian dikukus sehingga masak +- 20 minit.
Keluarkan dan masukkan ke dalam besen/periuk, arung dengan santan yang dah
dicampur garam, kukus lagi selama 15 minit.
Cara masak inti kelapa
Cairkan manisan bersama air, sedikit garam dan daun pandan. Masak sampai agak
likat baru dimasukkan kelapa parut. Masak biar serata.
Bancuhkan tepung beras dengan air lalu dituangkan ke dalam inti yang sedang dimasak *untuk tujuan menjadikan inti agak kering dan kental agar tidak berterabur*
2 comments:
buat sarapan pagi ke Kak Rose?? Sy pun selalu macam tu, kata tak nak makan nasi.. diet.. tapi bantai pulut dua pinggan, kekekeke
SK yang ni kak rose makan untuk dinner... nasik tak makan tapi pulut????
Post a Comment