nampak renyah nak buat kuih ni sbb sampai empat item nak kena sediakan, tapi camner pun siap jugak akhirnya.... tapi sayang sampai waktu nak minum petang tu, lapisan hijau tu tak sempat sejuk sepenuhnya, so bila potong jadi comot kemomot sudahnya! agaknya yang ni kena siapkan awal2 kot.... harap lain kali kalau nak buat lagi kena siapkan awal2 baru lah sempat nak sejukkan sepenuhnya. resepi dari Maz, mekasih ya....
Kuih Lopat Tikam
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung beras
- 2 1/2 cawan air
- pandan paste/pewarna hijau
- secubit garam
1. Satukan semua bahan dalam periuk (guna periuk non-stick) dan masak
dengan api perlahan sambil dikacau selalu dengan senduk kayu hingga
adunan masak (dalam 30-35 minit).
2. Tuang dalam loyang dan sejukkan sepenuhnya.
Pulut Merah
- 1 cawan beras pulut - rendam pulut+sedikit pewarna merah 10 minit dan toskan
- 1/3 cawan santan cair+secubit garam
- 1 helai daun pandan
Cara
1. Didihkan air dalam pengukus, ratakan pulut dalam pengukus dan masukkan daun pandan. Kukus pulut selama 8-10 minit dan kacau balik biar sekata.
2. Kemudian angkat pulut dan gaulkan dengan santan. Kukus balik sekejap lagi (5-6 minit). Bila dah masak masukkan dalam bekas yg ada penutup agar pulut kekal lembut.

Air Gula Merah
- 250g nisan/gula melaka
- 2-3 sudu besar gula pasir
- 1 1/2 cawan air
- 1 helai daun pandan
- secubit garam
Santan
- 2 cawan santan
- 2-3 sudu besar tepung beras
- sedikit garam
- sehelai daun pandan
1. Satukan semua bahan dan masak dengan api perlahan sambil dikacau
selalu hingga pekat. Perasakan dengan garam agar rasa masin sedikit
menyerlah. Kalau tak pekat boleh tambahkan sikit lagi tepung beras
(bancuh dulu dengan sedikit air, baru masukkan dalam santan) atau kalau
pekat sangat tambahkan air panas sikit dan kacau sebati.
2. Bila nak hidang, letak lapisan hijau dalam pingan, tuang santan kemudian tuang air gula melaka dan baru letak pulut.
2. Bila nak hidang, letak lapisan hijau dalam pingan, tuang santan kemudian tuang air gula melaka dan baru letak pulut.
No comments:
Post a Comment