Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 24, 2014

Terung goreng with cili n shrimps

Lauk sempoi yang mudah disediakan dan sedap.... buat kak rose la, dan sapa2 yang suka terung pasti suka dengan masakan cam ni... terung ni kalau buat pajeri lagi la kak rose suka - suka makan tapi tak suka nak membuatnya. bila terasa nak makan pajeri terung baik la beli jer sebab dalam rumah ni kak rose sorang jer yang suka pajeri tu. tak berbaloi kalau nak buat kan? tapi yang ni en. asben pun suka jugak, tapi anak cuma makan sambalnya saja. macam2 punya selera kan!

kak rose kongsikan resepi sempoi dari AlongRoz ni kat sini pulak ya.

Bahan2:

2-3 terung panjang (kak rose guna 1 jer tp mmg pannnnjang)
2 biji cili merah*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 tsb udang kering* (*dikisar)
garam

Cara:

1 Gorengkan terung dalam minyak yg sedikit hingga kekuningan.
Angkat dan letak dalam serving plate
2 Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi
curahkan atas terung yang telah digoreng tadi.
3 siap.

***nampak tak sambal yang hitam tu.... nasib baik jer tak hangus terus. konon multi tasking, sambil menggoreng sambil buat kerja lain, pas tu terus lupa kuali atas dapo!

4 comments:

Bicara Kak Noor said...

adoiii sedap kakrose syg nya dha mkan nasi kalau tak gerenti melelehhh

Kak Rose said...

Noor, sayur orang2 v ni yang kak rose suka sangat... meratah pun laaaaagi suka!

aida said...

Biasa buat tak letak udang kering. nnt bolehlah cuba :) tq yer

Kak Rose said...

aida, boleh cuba... pasti nanti terasa kelainannya.