Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 23, 2014

Daging dendeng

 Asalamualaikum dan selamat pagi kengkawan semua.... pastinya hari ini dah kembali bertugas setelah bercuti deepavali semalam. hari cuti semalam kak rose ade undangan kenduri dirumah jiran kat taman ni dan lepas tu barulah mulakan projek nak buat daging dendeng yang telah lama diidamkan ni...nak buat pun kena tunggu ada assistant untuk nak menumbuk daging tu.... tak larat la nak buat sorang2 kan.... so kiranya kena ada buruh paksaan baru jadi daging dendeng ni.

resepinya kak rose amik dari blog Nor SecubitGaram yang asalnya daging dendeng pandan.... tapi kak rose tak bubuh pandan pun, apa pun tetap sedap walaupun makan dengan nasi saja... mintak izin kak rose kongsikan resepinya kat sini pulak ya Nor, juga buat Ummi Home Sweet Home, mekasih banyak2... kak rose buat double dari resepi ni, so bahan2 pun kena doublekan.

DAGING DENDENG PANDAN
resepi: Ummi @ Home Sweet Home
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia

Cara Memasak:-
Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.

tunggu assistant aka buruh paksaan ni balik baru ade kekuatan nak buat daging dendeng ni.... dan dia la jugak yang suka sangat dengan masakan ni, siap jer masak terus nak makan dan bawak bekal balik ke Melaka hari ni....

4 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Sekarang.. Sham pun dah ada assistant kat dapur. Tapi kut nak dia masuk dapur.. kena masak benda2 yang dia suka makan la.

Kak Rose said...

Betul tu Sham... yg dia nak makan jer baru la nak menolongnya!

adda syuhada said...

Assalam kak rose.. nampak menyelerakan..

Kak Rose said...

Memang sedap Adda, tapi renyah nak buatnya...kena ada buruh paksaan tu baru menjadi!