Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 14, 2014

Mee udang

 Mee udang untuk lunch dan dinner semalam. kiranya sehari suntuk meghadap mee udang ni la... lama dan teringin nak buat, bebola ikan yang dibeli pun dah habis dan beli lagi barulah sampai seru nak buat lagi. resepilah ni kak rose guna setiap kali nak buat mee udang ni. simple dan sedap dengan bahan yang minimal....

 spagehetti yang baru ditos dari rebusan berposing atas periuk.... stok spaghetti ni sentiasa ade, sbb kalau nak guna mee kuning kena cari yang fresh susahlah... bukan selalu g buat marketingkan...so stok spaghetti ni akan menyelamatkan keadaan bila diperlukan....

kuah mee udang yang lemak kaw2 dan cukup bahannya barulah sedap. kak rose ade terbaca kat satu blog tu dia sengaja simpan kulit udang yang baru disiang untuk tujuan buat kuah ni.... so kak rose pun ikutla.... rebus dan jadikan stok udang dan memang berbaloi bila kuah ni sangat teraasa dengan udangnya!
 resepinya dari ros jintanmanis, mekasih banyak2 ya. pada sapa yang nak mencuba kak rose kongsikan kat sini sekali lagi ya....

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna sepeket 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar (guna udang besa2 jer)
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus ( gantikan dengan sawi)
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya kak rose.. terliur tengok.. ;)

Kak Rose said...

mmg sedap Yati...boleh la buat nanti ya.

cheq da said...

Besar tul udang nya..sedap ni

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

adohaiii... tengah2 print resepi2.. jumpa lak resepi mee udang.. meletops ni Kak Rose.. kena masuk dalam folder.. hihi

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

lupa nak cakap, sy pun suka simpan stok spaghetti kat rumah, malam2 lapar senang.. hihi