Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 26, 2014

Jeruk mangga asam boi


ni kes tak menahan tengok sana sini dok tayang jeruk mangga dengan asam boi. bukak fb lagi la banyak tayangan amal.... siap berjualan lagi. kebetulan ada kawan bagi buah mangga semasa kak rose hantar laksa johor kat rumahnya... mulanya nak buat kerabu mangga, tapi jeruk ni yang jadi dulu... ade lagi nanti boleh buat kerabu pulak... tu pun kalau rajin ler! tapi nampak gayanya kena bli lain la kalau nak buat kerabu tu!

dah siap gaul rata dan masukkan dalam botol.  nampak cam banyak jer cili api tu kan... tapi sebenarnya cuma 3 biji jer yang kak rose potong2, yang selebehnya cuma nak bagi kaler2 diantara mangga dan asam boi tu... tu pun dah rasa pedas dah!

 balang kuih raya jadi mangsa. simpan dalam fridge dalam 4 hingga 5 jam gitu.... tapi kak rose ni dah tak sabar nak merasa...

ni hasilnya selepas 2 jam disimpan dalam fridge, sedap sangat. rangup kruk krak. dah boleh menikmatinya sambil ngadap komputer!... tak sedar, cepat je habis satu mangkuk ni...tambah lagi pulak.... dan terus buat another batch of jeruk mangga asam boi. tamak sungguh kan!

memula tu buat 3 biji jer... bila dah makan dan rasa kesedapannya, buat another batch, walaupun nampak macam dah kuning mangga tu, tapi masih keras dan rangup sangat. yang ni boleh la perap lama sket kot.... bagi pure kaw2 punya jeruk. tapi kena sabar menunggu la kan! next batch kena tunggu asam boi yang dibawak khas dari kota kinabalu pulak.

resepinya kak rose amik dari sini.... mekasih ya kongsikan resepi.

Bahan-bahan
1) 3-4 biji mempelam
2) 7 biji asam boi
3) Sedikit garam (kak rose omit yg ni)
4) Gula ( lebihkan pun boleh )
4) 3 biji cili padi ( lebihkan jika nak pedas )

Cara-cara
1) Masukkan semua bahan dalam balang
2) Gaul sebati/goncangkan bekas
3) Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman
4) Sedia untuk dimakan

13 comments:

Unknown said...

salam kak rose, i baru buat ni tapi guna kedondong sbb mangga ellek, tapi tetap nyaman tak masam sngt hahaa jom tukar yuk

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terliur tengok kak rose.. ;)

Rei said...

Salam kak rose, sedap2 resipi sini.

Saya nak jemput kak rose join Projek Dapur, mobile app utk resipi blogger. Kalau minat leh antar email ke projekdapur@gmail.com yer.

Insha Allah extra2 trafik utk blog akak.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.projek.dapur

Gee® said...

Best kan....

cheq da said...

Huhuhu..sedapnya la..

Kak Rose said...

Noor, buat dengan kedondong pun sedap gak... kak rose sllu buat juice kedondong tu. best!

Kak Rose said...

Yati, kena buat tu... harap yati dah sehat betul2 baru makan ni ya.

Kak Rose said...

Rei, tq for the invitation...

Kak Rose said...

Gee, tergoda jugak sudahnya ya. he he he

Kak Rose said...

cheq da, rugi kalau x buat ni.

Anonymous said...

nk kna bt ni..sbb rmai yg kta sdap..

Kak Rose said...

Anon, mmg sedap tau!

Anonymous said...

Kak. Nama pelam tu ape? Sebab saya cari pelam yang saya pernah makan masa kecik. Tak masam sangat. Rangup je. Bole gigit kulit dia sekali sebab rangup sangat. Macam pelam yang akak buat ni.