Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 30, 2014

Jeruk apple asam boi

 jeruk apple hijau asam boi pulak.... tak menahan tengok tayangan amal di blog CMG yang sangat buat menjejehkan air liur, walaupun apple cuma ade dua biji jer, tak kisahla kan asal dapat merasa jeruk ni.  asam limau kasturi pun ilek, yg ade cuma limau purut so kak rose tak letak la....apa pun masih ohsemmmm sangat jeruk ni walaupun tanpa limau kasturi tu... dulu tak terpikir pulak nak buat jeruk cam ni, asik buat jus apple+asam boi jer!

 mekasih mat CMG bagi idea dan kongsikan resepinya.... mohon kak rose sharekan kat sini pulak ya... tapi kak rose cuma ade dua biji jer apple ni..... huhuhu, so pepandai nak adjust2 resepinya!

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji epal hijau, cuci bersih dan toskan
15 biji asam boi @ asam kecut (jenis putih)
1/4 camca teh garam
1/3 cawan gula pasir
3 biji limau kasturi, belah 2 setiap 1
10 biji cili padi thai, potong kecil
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan botol kaca, cuci bersih dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan. Epal hijau dibelah 2 setiap satu, korek keluar bahagian tengahnya (empulur) kemudian hiris sederhana tebal (che mat hiris menjadi 6 keping untuk 1/2 bahagian epal). Buat kaedah sama untuk 1/2 bahagian epal lagi. Dan juga baki kesemua epal. 
  2. Masukkan semua epal2 hijau yang telah siap dipotong ke dalam bekas besar. Kemudian tambah gula pasir, garam, cili padi, asam boi dan limau kasturi. Gaul rata2 hingga semua mesra. rasa dan jika suka manis, anda boleh tambah sedikit lagi gula.
  3. Kemudian masukkan ke dalam botol tadi (mungkin anda kena guna 2 biji botol). Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4-5 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih ampuh. Sedap dimakan sejuk...(nanti che mat nak try buat guna buah amra @ kedondong pulak.. )

9 comments:

JaSSNaNi said...

assalam kak..
ni yang malas ni.. hari tu dah buat.. buah amra.. hari ni nampak pulak buah apple.. erm.. nak buat gak lah..

huda said...

tengah berpantang ni sume nampak sedap, tambah2 jeruk memang kecur air liur

Bicara Kak Noor said...

apple pun sodap kakrose, esuk nak buat gak lah ada tu apple kat dlm esbok

zana fahmi said...

Zana baru buat tadi, belum update kat blog pun..

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Nani, kalau ade buah kedondong pun kak rose nak buat jugak! kemaruk dah!

Kak Rose said...

Haippp! Huda habiskan pantang dulu ya... nnti2 lepas tu boleh gasak makan banyak2!

Kak Rose said...

Noor, mata ni tak leh nampak orang buat, molot nak saja merasa! adoyaiiiii la!

Kak Rose said...

zana, memang sedap, rugi kalau tak buat kan.

Bazlia Amoza said...

memang viral sekarang ni..guna mangga saya try pasni nak guna epal pulak.nampak mcm best je ;)