Apam kentang yang tinggal gambar jer....semuanya dah masuk di indah water punya simpanan. kak rose buat apam ni untuk pot luck hari jumaat lepas masa gathering bacaan Surah Al-Khafi setiap jumaat. dan kuih ni kak rose guna sepenuhnya paste pandan yang kak rose buat sendiri tu.... mmg harum sangat bau pandannya yang asli...tapi warna hijaunya memang kurang menyerlah, maybe lain kali kena add jugak sedikit artificial color.... baru lah ku lihat hijau!!!!!! camner nak buat homemade paste pandan tu boleh tengok kat entry yang sebelum ni ya.
resepi apam kentang dari Nor SecubitGaram dan kak rose kongsikan kat sini pulak ya... sedap kuih ni, lemak2 gitu sebab ade santan pekat dalam adunan tu...
APAM KENTANG
Sumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67
Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste
* 250 ml santan (kak rose guna sepeket santan serbuk n bancuh ngan 250ml air)
Cara-cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.
1 comment:
AsSalam Kak Rose,
Thank you sbb share resipi ni.. Boleh cuba, bahan-bahan pun senang dapat..
Hasilnya nnti saya kongsi dalam blog saya, hihihi
Post a Comment