Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 12, 2014

Kentang fritters

 Alhamdullilah, sampai jugak seru nak buat fritters yang jadi viral sekarang ni.... dah lama nak mencuba tapi bila vitamin m tu banyak sangat apa yang diinginkan pastilah tak menjadi kan... tapi hari ni ade sedikit kerajinan.... untuk lunch kak rose tak masak sbb g kenduri kat rumah kawan, dan bila petang mula lah menjelajah blog kengkawan cari resepi untuk minum petang lak...

 dan bila teringat pasal potato fitters yang jadi kegilaan sekarang ni, terus la g berkuntau kat dapo bak kata Noor yang kak rose copy resepinya ni... bawak tab kedapo n mulakan lah menggodek... sagat kentang n carrot, potong cili n terus snap gamba.... lupa lak daun bawang tak potong lagi.... pas tu terus lah godek masuk dalam besen, tak ingat dah nak amik gambo lagi sekali... sebenarnya dah tak sabo nak ngap la tu!

 dah ramai yang mencuba dan kak rose jer yang tertinggal ketapi, tapi nak jugak tepek kat sini resepinya.... mekasih ya Noor kak rose cnp ya.

BAHAN NYA
3 biji kentang di sagat halus
1 biji carrot kecil di sagat halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun bawang hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji telur A
sedikit garam dan ciliflakes


CARA NYA
1.  Pecahkan telur dan pukul sekejab biar kembang, masukkan semua bahan dan gaul sebati.
2.  Kalau terlalu pekat tambah sedikit susu segar atau air pun ok.
3.  Ciliflakes dan cili tu kalau tak nak pun ok ikut selera sendiri.
4.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, ambil sesudu masukkan dalam minyak yang panas dan gorenglah sehingga kekuningan dan ranggup.
5.  Buatlah sehingga habis dan sedia untuk dihidangkan.

3 comments:

Bicara Kak Noor said...

wah dah merasa fritters ya kakrose, nampak ranggup tu terliur lah time lapar ni hahaa sdgkan baru je makan nasi

Kak Rose said...

ya lah Noor, baru nak merasa... tengok lah sapa cikgunya yang tayang dalam tab dibelakang tu!

Torviewtoronto said...

looks wonderful