salam dan selamat tengahari semuanya... dah lunch ker? kalau belum, mai makan pulut mangga dengan kak rose ni.... ni kes tergoda dek tayangan amal dari Dr. Inahar punya pulut mangga tu teruslah kak rose ni merajinkan diri membuatnya dan yang pasti memakannya bagai x hengat donia! suker sbb sedap lemak manis gitu.
kalau Dr. Ina tanak pulut tu, tp kak rose kukus pulak, masa g Thai hari tu ada bli pulut yg jenis tanak tp x sure pulak sukatan air dia camner.... so untuk nak selamat guna yg kukus je la..... dan santan tu ikut cara Dr. Ina, taruk sedikit garam n tepung jagung untuk pekatkan kuah. jangan lupa daun pandan yg disimpul untuk bau harum kuah tu nnti...... kak rose omit gula tu, tp dah rasa manis dengan santan fresh juga buah mangga tu. puas dapat makan... sambil post entry ni dah abes pun sepiring pulut mangga yg sedap nih!
Lanai Kijang
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Bebola ubi keledek
Salam dan selamat petang semua..... dah menjelang petang baru dapat nak mengupdate rumah ni.... x tau lah kenapa vitamin m tu banyak sangat dalam diri ni..... sebenarnya ada keja sikit pun ya jugak, tu yg jadi malas sangat ak ngadap pc ni.... masak pun dah jadi malas, asik g tapau jer.... tp petang ni ada rajin sket buat snek untuk minum petang. dek kesian kan keledek yg tergolek terbiar saja kat dapo tu, buat lah sesuatu yg bolah dingap kan. so jadilah bola2 ni.... resepinya dari vdia@myr.... mekasih ya, kak rose nak sharekan kat sini lak...
bahan2
makan panas2 dengan secawan nescafe o sambil dengar sinar fm.... best!
bahan2
- 2 cawan ubi keledek-rebus&mashed
- 1 biji telur
- 1/2 sudu baking powder
- tepung secukupnya
- minyak untuk menggoreng
- sedikit garam
- 3 tsb gula (yg ni kak rose tambah)
Cara-cara
- Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
- Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
makan panas2 dengan secawan nescafe o sambil dengar sinar fm.... best!
Monday, February 27, 2012
Makan2 di Melaka lagi.....
salam hari Isnin semuanya.... muga semua nya ceria saja memulakan minggu yg baru... pagi2 ni buat entry basi bertemankan radio sinar pagi yang ceria juga. suka dengar kemerapuan derang bertiga ni.... sebenarnya ni makan2 kat melaka masa g tengok anak yg jatuh moto. nasib baik je dia x apa2 cuma moto je yg rosak.... bila dengar berita camni, sebagai emak mmg x leh nak duduk diam kan.... mesti nak g tengok jugak! walaupun dia dah assure yg dia x apa2, tp har ti seorang ibu kan..... Syukur Alhamdullilah, dia ok je. kereta budak sekampus yg langgar dia, so kos baiki moto tu dialah yg tanggung. harap dia akan keep his words lah kan..... dah lepas g tengok moto kat workshop tu, bawak anak g makan.... dia yg pilih nak makan nasi arab ni.... Restoran Dima. masa kita sampai tu mmg x ramai pelanggan, tp pas tu mmg penuh meja dan ramai juga yg beli bungkus je....
anak yg suka sangat dengan kambing... Zurbi meat, ni portion yg small....sepinggan beso penuh, boleh makan 2 orang nih!
pilihan ayah n mama.... kabsa chicken portion for 2 persons.... nasik sangat banyak. sedulang beso, mmg x leh nak abes la.... portion dia sangat mewah dengan nasik yg sedap!
salad garden yg simple dan sambal tomato
anak mama sedang menikmati nasi arab dengan new hair style.... sbb dah kena tegur dengan technician, so potong rambut pun gaya revenge gitu... terus botak! alahai anak! masa bayar kat kaunter tu sambil cashier tu tanya, camner tau testoran ni, ayah pun cakap anak dah pernah makan kat sini, so ni kiranya anak bawak ayahnya pulak nak makan kat sini... so dia tanya student ker? bila kata ya, dia kata student ada diskaun 30%, tp masa tu dah bayar pun... x pe katanya, dia pun pulang balik 15.60.... Alhamdullilah , rezeki kan... makan2 dah kenyang dapat diskaun pulak! x de pun service tax n gst! padanlah penuh je restoran tu.

Saturday, February 25, 2012
Stalled ktm komuter
selamat berhujung minggu pada semua.... ni kisah petang semalam yg gigih nak g bershopping2... tu lah kalau ada warehouse sale, hujan ribut pun sanggup kan! sebenarnya masa keluar rumah tu cuaca sangat panas n terang jer. dan bila dah naik komuter tu pun cuaca ok jer, tp bila dah nak sampai ke stesen Subang Jaya tu hari mula mendung dan stat hujan.... dan makin lebat bila sampai next station, Setia Jaya. betul2 lebat! hujan cat n dog! ribut segala.... pas tu ketapi ni x jalan, the officer incharge dok jalan kebelakang depan berulang kali tp still no announcement ttg apa sebenarnya terjadi.... dalam tu dah mula panas sbb x de power. penumpang dah mula gelisah, tertanya2 sama sendiri.... pas tu barulah di announce kan soh turun semua, power failure katanya. nasib baik masa ni hujan pun dah reda sikit dan angin pun dah kurang.... x lah basah kena tempias. nasib baik sket ketapi ni stalled kat stesen, kalau tengah perjalanan.... nak turun berteduh kat mana kan?
nak turun kat stesen Bank Negara... jauh lagi kan perjalanan...dan tunggu lama jugak baru ketapi ni ok balik, lebih kurang 1jam setengah gitu. katanya power failure dari Pantai Dalam ke Subang!. so kena bertukar ke platform 2 dan naik dari arah yg bertentangan. at last dapat jugak meneruskan perjalanan...
bila dah lambat dan tersangatlah ramainya manosia, maka coach yg for ladies only ni pun dah jadi mixed passengers. ramainya kaum lelaki ni yg x reti baca gamaknya! wonder derang ni x tau ker or saja je sbb as if x de rasa salah pun! at last sampai gak kat sogo untuk cuci poket dan masa balik dengan hubby tu jalan sangat lah jemnya.... kl - sa yg 30km tu pun amik almost 2 hours! tu pun lalu highway kerinchi link, tp lepas je bayar tol terus jammed like mad! macam parking kat jalanraya je gamaknya.....ok, bye... nak g melaka pulak ni.

Thursday, February 23, 2012
Bubur candil
cuaca panas2 ni rasa nak makan bubur or pengat. ingat nak buat pengat keledek + cha cha, tapi bila terpandang bubur candil ni kat rumah Mama-hawa terus je tukar pikiran.... nampak macam mudah jer buatnya kan.... seakan2 bubur biji nangka kot rasanya... cuma bentuk pulut tu yg lainnya. kisah bubur biji nangka yg sedih kat sini... hu hu hu. apa pun puas dapat makan bubur candil buatan sendiri.... siap bertambah2 lagi! dari mana dapat nama bubur candil tu x tahula pulak! terima kasih pada Mama-hawa dan kak rose nak sharekan kat sini resepinya ya..
bahan2nya.
bahan2nya.
- 2 cawan tepung pulut
- sedikit garam
- air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
- santan dari sebiji kelapa
- sedikit sagu biji
- 1 senduk gula merah
- 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
- garam dan daun pandan
- uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat.Boleh letak pewarna jika suka.
- kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
- sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
- tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
- perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat
Cucur nasi + nugget
cucur nasi ni kak rose buat petang semalam... semasa bw ternampak cucr nasi yg sedap ni kat rumah Linapg, mula la terasa nak makan la pulak! kebetulan ada pulak lebihan nasi yg seciput tu, teruslah kak rose mengodeknya.... buat minum petang terus ke malam. mmg sedap cucur ni. rangup diluar dan sangat lembut didalam. makan dengan cili sos mmg heaven. dah berkali2 buat tp nak gak tepek kat sini dengan resepinya sekali ya.. resepi asal cucur nasi jejari ketam dari Yatie. kali ni kak rose buat dengan nugget ayam, pernah jugak buat dengan tempura. mekasih ya.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 2 cwn nasi
- 2 cwn air
- 1 biji bwg besar
- 2 biji bwg putih
- 1 sudu besar udng kering-rendam dan toskan (kak rose skip yg ni - allergic!)
- 2 1/2 cwn tepung gandum
- 8 btng crabsticks-atau lebih, di potong kecil2 ( kak rose gantikan ngan nugget didadu)
- 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
- Daun sup/bawang (di hiris halus)
- sedikit garam
- Minyak untuk mengoreng
- Blend nasi bersama air, masukkan sekali udng kering, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
- Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
- Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali potongan nugget dan gaul hingga sebati.
- Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
- Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.
Wednesday, February 22, 2012
Free ad pole
salam semua..... gambar2 ni kak rose capture pagi semalam semasa on the way nak ke kedai... sambil jalan selepas brisk walk tu kak rose amik la gambar iklan2 ni.... cara pengiklanan yg paling sempoi sepanjang jalan yg x sampai pun 1km.... kiranya every pokok tepi jalan tu ada ditepek iklan ni... yg ni cuma sebelah jalan jer, the opposite jalan pun ada macam2 iklan yg berlainan pulak, tp x de la nak melintas jalan semata2 nak amik gamba tu kan.... ada tempat2 tu, papan nama jalan tu pun habis ditampal dengan bermacam2 iklan. yg paling banyak ialah stiker2 ah long yg nak bagi pinjaman tu.... kenapa ya pihak majlis bandaran x nak amik tindakan terhadap depa2 ni?....
kalau ada masaalah kekurangan duit nak tebus pajak gadai, depa ni boleh tolong!
masaalah nak kutip hutang pun ada jalan penyelesaian..... tp yg ni untuk yg berhutang juta2 jer, kalau hutang seciput agaknya derang ni layan x? cara halus lak tu! huishhhhh..... takut dengo!
nak sewakan rumah pun tepek kat pokok... siap laminet lg!
yg ni iklan sangat x boleh belah!.... iklan yg cenggini kah yg menyebabkan banyaknya kejadian rogol n incest.... maklumlah penangan ubat2 kuat ni kan. teringat kat anak kawan yg atoknya berjualan kedai minuman dikg.... "mak, bagi tau atok, jangan jual kopi tongkat ali/kopi jantan kat pelanggan takut nnti dia orang jadi kuat" aikkk???? masa ni anak kawan tu baru berusia 10 tahun!
service air-cond, lori sewa, pinjaman ah long... suma ada.

Tuesday, February 21, 2012
Tauhu singapura
bila rasa nak makan tauhu, menu ni yang sllu terbayang dikepala.... sebab sedap dan sangat kena dengan tekak.... so buat berkali2 pun x jemu. mula tu nak buat tauhu sumbat tp x berapa rajin nak membuat sosnya.... resepi CMG ni lah jadi penyelamat untuk lunch hari ni. konon x nak amik nasi tapi kalau makan tauhu ni sampai dua keping ape ke halnya kan....... apa pun mekasih ya Mat, sekali lagi kak rose sharekan resepi sedap ni kat sini...
BAHAN KUAH KACANG :-)
150 gram kacang tanah
2 biji cili merah*
4 biji cili padi* (kak rose buh 2 biji je... pun dah podeh sampai berasap tinger!)
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus, gunakan air masak) (kak rose x letak ni sbb x makan!, tp ttp sedap!)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca besar kicap pekat
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
1/2 biji timun, diracik halus
1 biji sengkuang saiz kecik, diracik halus (x de stok la pulok!)
2 genggam taugeh, celur sekejap dan toskan
Hirisan halus cili padi merah (optional)
kak rose tambah carrot yg dipotong halus
CARA MEMBUATNYA :-)

- UNTUK KUAH KACANG :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang lapisan nipis pada kacang tanah tadi dan kisar. Masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus, jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalu kuah kacang sedikit manis), jika pekat tambah sedikit air, kacau rata. Ketepikan sebentar.
- UNTUK TAUHU SINGAPURA :- Susun tauhu goreng yang telah didadu dalam pinggan. Letak hirisan sengkuang, taugeh dan timun atasnya, curah kuah kacang dan tabur hirisan cili padi. Hidangkan segera....hmmmm...sedap ok....i likeee!!..
Kabus di tengahari....
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.... ewahhhh macam cikgu sekolah pulak dah! eh, kalau kak rose ni jadi cikgu mau habis lah anak murid semua... cikgu ni nak mengeja pun x betul kan.... jd cikgu pada diri sendiri dan anak sudahlah.... hari ni saja kak rose nak sharekan gambar2 yg kak rose capture semasa dalam perjalanan ke Thailand hari tu.... dah lama dah, tp saja nak tepek kat sini buat kenangan.... bukan selalu dapat melalui perjalanan yg berkabus camni kan. pemandangan berkabus ni kak rose capture semasa melalui lebuh raya timur barat Grik.... gelap, berkabus walaupun masa tu dah hampir menjelang tengahari...
Monday, February 20, 2012
Apam marmar menyamar
pagi td ternampak apam marmar yg telah diputrikan oleh tun telani.... so biasalah mata dan tekak kak rose ni sangatlah jahat. x leh nampak, nak makan saja. mula tu pujuk hati dan sebetulnya malas nak buat tapi bila dah menjelang tengahari dah berkali2 tengok kat blog tun tu.... x leh jadi ni, kena buat jugak! dan inilah hasilnya.... apam marmar yang telah menyamar jadi putri ayu! terimakasih pada tun yang telah memberikan ilham memputrikan apam ni.... sangat lembut n gebus! terima kasih jugak buat CMG kerana share resepi ni....
Apam Marmar
Sumber: CMG@myr
Bahan2 (tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna acuan puteri ayu
Cara2:
Apam Marmar
Sumber: CMG@myr
Bahan2 (tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna acuan puteri ayu
- 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
- 200 ml santan- tun guna santan kotak
- 200 g gula halus
- 2 biji telur Gred A
- 1 camca teh vanila esen
- 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
- Secubit garam
- Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara2:
- Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
- Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
- Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
- Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
- Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.
- (kak rose guan acuan putri ayu n kukus -+ 20 minits)
Buat lagi.... pratha gulung
Salam hari isnin semuanya.... muga kita semua dapat memulakan minggu yg baru ni dengan hati yg ceria dan gembira.... tp kan pagi ni cuaca mendung dengan hujan renyai2 yg membuatkan kak rose membatalkan hasrat nak ber briskwalk.... pas subuh jer terus onkan pc n ngadap sampai lebam!..... sebenarnya kalau nak boleh saja briskwalk atas treadmill tu kan.... alasan apakah?
so bila dah malas2 ni meh la kita g bekpes dengan pratha gulung ni.... dah banyak kali buat dengan isi yang berlainan.... sadin, tuna, serunding daging tp yg ni kak rose guna fillet ayam + kentang n mixed vege... inti ni pernah buat untuk buat pie yang sedap! resepi asal dari Ros@SinaranMenu, terima kasih ya Ros. instead of goreng, kak rose bakar je dalam oben.... makan panas2 bersama secawan nescafe o tanpa gula..... heaven
inti:
goreng kentang sehingga warna keemasan, ketepikan
panaskan minyak
tumiskan bawang besar, masukkan mixed vege, cendawan, ayam dan kentang yg telah digoreng td
masukkan air, sos tiram, garam, gula dan lada sulah
akhir sekali masukkan tepung jagung supaya inti jadi pekat
sejukkan inti.... dan sedia digunakan.
tips dari Ros:
Pastikan mengunakan prata yang baru dikeluarkan dari freezer.Biarkan beberapa saat dan mulakan proses mengulung.
Siapkan satu persatu.
Prata yang belum digunakan biarkan didalan plasti.
Lakukan proses mengulung dgn cepat sebab prata cepat lembik.

- ~1 bijik bwg besar dicincang
- ~1 cwn kentang yg dipotong dadu
- ~1 cwn mix vegetable
- ~cendawan butang dihiris (kak rose x letak... x de)
- ~2 keping dada ayam diptg kecil
- ~minyak
- ~1\2 cawan air.
- ~1 sudu bsr tepung jagung+2 sudu bsr air
- ~1 sudu bsr gula & sos tiram
- ~garam dan lada sulah
goreng kentang sehingga warna keemasan, ketepikan
panaskan minyak
tumiskan bawang besar, masukkan mixed vege, cendawan, ayam dan kentang yg telah digoreng td
masukkan air, sos tiram, garam, gula dan lada sulah
akhir sekali masukkan tepung jagung supaya inti jadi pekat
sejukkan inti.... dan sedia digunakan.
tips dari Ros:
Pastikan mengunakan prata yang baru dikeluarkan dari freezer.Biarkan beberapa saat dan mulakan proses mengulung.
Siapkan satu persatu.
Prata yang belum digunakan biarkan didalan plasti.
Lakukan proses mengulung dgn cepat sebab prata cepat lembik.
Sunday, February 19, 2012
Cekodok pisang gebu
salam pagi minggu semua..... wah!!!! pepagi pas subuh dah buat entry cekodok? saja jers bb dah bangun awal dan nak g briskwalk hari hujan pulak.... terus lah ngadap mendaalah ni.... apa lah lagi kerja yg kak rose ade kan? ni je la yg rajin kak rose buat. nak ngemas rumah, nanti2 lah kalau rajin. boleh gitu? cekodok gebus gebas ni kak rose buat minggu lepas lagi, sbb nak abeskan pisang yg dah over ripe tu. mmg gebus sangat, ada rasa macam kek pun ya jugak.... resepi dari rumah CMG, mekasih ya mat kak rose sharekan kat sini lak ya... selamat berehat2 pada semua.... kak rose nak g melaka pagi ni...
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas (kak rose guna 4 buji pisang montel)
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

- Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
- Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
- Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...
Saturday, February 18, 2012
Rendang n pulut semalam punya....
stok pulut ada banyak yang kak rose bli masa g Thailand hari tu, tp x masak lagi.... actually x lah banyak mana, bli cuma 5kg jer pun. tp sbb kami 3 beranak jer rasa dah banyak la tu kan... so semalam tu merajinkan diri buat rendang daging untuk dimakan bersama dengan pulut kukus ni. pulut susu yang sangat lembut dan harga pun jauh berbeza dengan harga yg kat sini...
resepi rendang daging ni kak rose dapat dari Amy yg duk kat Germany tu.... rendang tp ada letak kari sket.... sedap. dulu pernah wat guna ayam, kali ni guna daging lak. meh kak rose kongsikan resepinya sekali lagi kat sini ya...
Bahan-bahan

500gm daging
2 sudu kecik serbuk kari
1sudu kecik serbuk kunyit
*2biji bawang bsr sederhana
*3ulas bawang putih
*2inci halia
*2batang serai kalo kecik letak 3 btg k
*2cm lengkuas
*2cm lengkuas
*cili padi ikut kepedasan ok amy taruk 6bijik (kak rose guna cili blend)
Daun limau purut 7-8helai dipotong halus2
kerisik
250ml santan
asam keping skit jer
garam dan gule secukup rase
1. Blend bahan2 bertanda *. Pastu masukkan serbuk kari dan kunyit dan sebatikan. Kemudian tumis. Minyak sndiri adjust k.
2. Bile dah naik bau masukkan santan separuh dulu. Kacau2 skit. Biarkan sehingga pecah myk.
3.Kemuadian masukkan daun limau purut tadi, kacau lg. Kemudian masukkan kerisik.
4. Kamudian masukkan daging then gaul rata.
5. Bila da digaul sebati masukkan lebihan santan td.
6. Last sekali masukkan garam dan gule secukup rase. Biarkan rendang masak. Amy tggu dlm sejam jgk la nak suh kering. Tapi kene kacau selalu tau.
7. Siap dihidang!
New set of ubat
salam hujung minggu semua.... sedang berehat2 bersama keluarga tentunya kan. apa pun semuga bahagia bersama orang2 tersayang.... pagi tadi kak rose g jumpa doktor untuk stok bulanan ubat....aik? doktor tukar jenama ubat kpd yg lebih baik dari yg lama tu..... tp takut pulak x serasi kan.... so dia pesan kalau ada rasa pening pas amik ubat ni terus g jumpa dia balik...... harap2 serasilah dengan ubat yg baru ni. hypertension ni kalau sekali dah makan ubat kena teruskan.... n x leh miss pulak tu walaupun kak rose nyer bp x lah tinggi tp kena teruskan jugak... tiap2 pagi kak rose monitor bp reading tu.... macam doktor lak kat rumah. pagini punya 1st reading 123/70/66 and 2nd reading tu 113/70/65... para doktor diluar sana, sila lah bagi advice tentang kak rose punya bp reading ni..... ok ke tak?
kenalah jaga diri sendiri kan, tu yang merajinkan diri berbriskwalk pagi2 hari selama sejam at least. tp pagi ni baru jalan about 40 minit, hujan turun la pulak..... berlari balik rumah terus kak rose sambung briskwalk atas treadmill selama 20 minit pulak.... tu dia! menchieh poloh!..... kalau x paksa diri mmg malas sangat... apa lagi bila hujung minggu cenggini, sunyi sepi kat kawasan padang tu! semua penghuni taman ni tarik selimut agaknya!
ni set ubat yg lama yang kak rose amik tiap2 hari..... sampai bila? entahlah! tp doktor tu ada kata kalau reading berterusan macam hari ni selama 3 bulan bolehlah berenti makan ubat dah! kalau macam tu dah kira bagus la kan.... sejak sebulan ni mmg reading tu elok jer n to see another 2 month. kalau rajin bereksais n jaga makan, nothing is impossible kan?

Friday, February 17, 2012
Kuih sagu kukus
salam semua..... buat kuih sagu ni untuk minum petang semalam. mulanya ternampak kat dapur cantik CT Delima. kuih pun sangat cantik berposing dengan prop yg vogue membuatkan kak rose tersangat lah nak membuatnya. actually nak memakannya! tu la kak rose ni, nampak semua nak makan!
kak rose penah jugak buat dulu menggunakan resepi dari mamakastam tioman ni. lain sket dari biasa sbb tang kukus tu kan. meh tengok resepinya yg kak rose amik dari mamakastam@Myr. mekasih mama.
RESEPI BRONOK @ KUIH SAGU (KUKUS)
source : mamakastam@myresipi
Bahan-bahan
kali ni kak rose buat macam terlembik, mungkin sbb sagu tu kak rose basuh dan dah kembang semasa masuk dalam air yg melegak tu.... wpun lembik sket tp masih boleh berbentuk bila kak rose keluarkan dari acuan kecik2 tu.... yg selebahnya kak rose kukus dalam loyang jer... pas tu masuk dalam gelas dan buh santan pekat .... he he he jadi macam sagu santan minus the gula melaka!

- 1 gelas sagu biji kecil
- 3 gelas air - (next time nak kurangkan air 2 gelas ok kot)
- 3/4 gelas gula pasir - (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan sket)
- Sedikit pewarna merah
- 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu teh esen rose
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
- Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
kali ni kak rose buat macam terlembik, mungkin sbb sagu tu kak rose basuh dan dah kembang semasa masuk dalam air yg melegak tu.... wpun lembik sket tp masih boleh berbentuk bila kak rose keluarkan dari acuan kecik2 tu.... yg selebahnya kak rose kukus dalam loyang jer... pas tu masuk dalam gelas dan buh santan pekat .... he he he jadi macam sagu santan minus the gula melaka!
Keropok belinjau
Asalamualaikum dan selamat pagi dihari Jumaat yang mulia.... oh, dah nak tengahari dah rupanya.... baru je balik dari bank, nak bank-in yuran pengajian 2nd sem anak tp transaction x berjaya sbb x de surat lagi.... x tau la pulak kena ada surat arahan baru kena buat bayaran.... kalau baca pada surat tawaran tu mmg kena bayar every permulaan sem tp x kata tunggu surat pun.... maklumlah 1st taim buat bayaran cenggini, so tunggu je la surat tu, harap2 duit tu x la terguna untuk benda lain!
ehhhh, nak cerita ttg keropok kegemaran hubby ni, tiap kali balik Johor mesti nak bli menda ni.... tempat lain x tau kat mana nak bli, jadi setiap kali balik kg mmg x lupa lah. rasa mmg ada pahit2 sket dan lemak2 gitu. tp anak kata bau busuk je. entahlah. kak rose pulak bolehla makan tp x lah sampai kemaruk nak abeskan satu balang.... betul ke tu? sedar2 je balang dah kosong!
pada sapa yg x pernah tengok buah belinjau, cenggini lah rupanya..... daun mudanya juga boleh dibuat sayur.... masak bening kata orang jawa. tang daun ni mak kak rose mmg cukup suka masak cenggini. rasa pahit2 sket la...

Subscribe to:
Posts (Atom)